Ramai terlupa hal yang satu ini. Iaitu menghormati diri sendiri, menyayangi dan menjaganya tanpa kita perlu menjaga hati orang lain. Pakar psikologi iaitu Aiman Amri dan lebih dikenali sebagai Aiman Psikilogi di media sosial berkongsikan konsep Self Care dan ia wajar dilakukan kita. Bahkan katanya, teknik ini satu cara menyembuhkan orang yang depresi.

Ikuti perkongsiannya.

Kita selalu diajar untuk jaga hubungan dengan orang lain, Hormat mak ayah. Panggil orang tua pakcik/makcik, Kalau buat salah, minta maaf, Tetapi jarang diajar jaga hubungan dengan individu paling penting dalam hidup iaitu, DIRI SENDIRI. Ini bebenang konsep “Self Care”.

Self Care, atau BM ialah Penjagaan Kendiri, Antara ‘senjata’ penting untuk pastikan kesejahteraan mental kita. Ia nampak kecil, tetapi sebenarnya sangat besar impak. Kalau ikut model Kontinum Kesihatan Mental, Self Care ialah teknik penting untuk golongan zon hijau dan kuning.

**media[470481]**

Self Care bukan teknik merawat diri sendiri, sebab itu perlu bersama dengan pakar profesional, sama ada kaunselor, psikologis klinikal atau doktor psikiatri. Tetapi Self Care ini faktor penyokong SEMUA orang perlu buat, untuk beri kesihatan pada diri.

Ada 5 kategori Self Care.

  1. Physical Self Care Rajinkan diri bersenam – Makan makanan yang sihat – Makan pada waktu sama setiap hari – Amalan berjemur matahari Ini untuk pastikan biologi dan fisiologi kita sihat. Mandi on-time atau pakai skin care yang kita selesa pun satu tindakan Self Care.

  2. Emotional Self Care – Tonton balik filem yang kita suka dan pernah tengok – Dengar lagu yang menginspirasikan – Tulis jurnal emosi harian – Luahkan pada kawan Kategori ini untuk pastikan setiap emosi kita disahkan (validate), dan tinggikan tahap Emotional Intelligence.

  3. Social Self Care – Guna media sosial secara sihat – Hubungi kawan lama tak contact – Berborak/masa berkualiti dengan rapat Manusia ialah makhluk yang perlu bersosial (terbukti secara jutaan tahun, ia trait yang pastikan kita survive). Jaga social self care kita.

  4. Psychological Self Care – Mampu berkata ‘Tak’ bila komitmen dah banyak – Berehat sekejap daripada kesibukan tugasan – Amalan latihan pernafasan Penjagaan psikologi ini penting untuk pastikan kesejahteraan mental, dan bertindak sebagai ‘coping mechanism’ yang efektif.

  5. Professional Self Care – Melibatkan kerjaya, akademik, pembelajaran hidup dan sebagainya.
    – Tonton videografik sesuatu ilmu (e.g. Kurzgesagt, Veritasium)
    Belajar/buat sesuatu skil baru (e.g. belajar resepi @khairulaming /@realCheNom
    Baca buku self help yang saintifik

Professional self care ini penting untuk jadikan minda kita sentiasa ‘bergerak’ dan tak statik dari segi tahap perkembangan. Orang yang bosan, tak tahu nak buat apa dan luangkan masa buat sesuatu yang ‘auto-pilot’ dan tak menyumbang kepada perkembangan mental, ada risiko burnout.

Ads

Self care ini antara teknik yang memang kita syorkan pada pesakit yang sedang jalani rawatan psikiatri di hospital, selain daripada intervensi yang sedia ada (ubat, psikoterapi dll). Sebab penjagaan kesihatan mental mesti menyeluruh (holistik), tak boleh ambil sekerat-sekerat.

Bila self care tak terjaga, terutama dengan kesibukan komitmen dan tugasan harian yang melampau, ada potensi untuk kita jadi Burnout.

Resepi untuk Burnout terjadi:-
1. Tekanan wujud
2. Melebihi kemampuan
3. Berpanjangan & berterusan.

**media[470483]**
**media[470485]**

Ads

Dalam eBuku Grafik ini, ada cerita panjang lebar definisi dan kategori Self Care, dan 8 amalan praktikal yang boleh buat setiap hari untuk tambahbaik kesejahteraan mental kita. Bonus: – Senarai semak tahap self care kita – Cabaran 30 hari self care

Kesimpulan,

Satu-satunya individu takkan sesekali kecewakan kita bila diperlukan ialah diri sendiri.

Ads

**media[470486]**
**media[470487]**

Self Care ≠ Selfish

Kita mesti dalam keadaan baik, baru dapat jadi terbaik kepada orang sekeliling.
Orang lemas tak dapat bantu orang lain yang lemas juga, kan?

BACA SINI ;Mak, Ayah Yang Tak Faham Psikologi Anak, Sudahnya Cop Mereka “DEGIL”
10 Fakta Menarik Kesan Psikologi, Bila Ayah RAPAT Dengan Anak!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI