Betul-betul bernasib baik. Sebuah kipas jatuh dari siling dan nyaris timpa budak lelaki yang sedang makan bersama keluarganya.
Kipas siling ini dikatakan terjatuh ketika keluarga ini menikmati makanan. Mujur tiada yang tercedera dengan insiden yang berlaku.
Kipas Jatuh Dari Siling
Seorang budak lelaki di Hanoi, nyaris cedera apabila sebuah kipas tiba-tiba terjatuh dari atas siling ketika dia sedang menjamu selera bersama keluarga di rumahnya di Bac Ninh, Vietnam baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku ketika enam sekeluarga sedang duduk dan makan malam bersama-sama apabila budak lelaki berkenaan mendengar bunyi bising menyebabkannya melihat ke atas siling.
Beberapa saat kemudian, kipas itu terjatuh dengan tiba-tiba.
Ads
Bilah kipas tersebut terjatuh di sebelah tempat budak tersebut dan dua anggota keluarga lain yang sedang duduk rapat-rapat sewaktu menikmati makanan di atas lantai rumah berkenaan.
Ibu mangsa yang terkejut, bergegas pergi ke arah anaknya kerana bimbang dia mengalami kecederaan.
Seorang anggota keluarga itu memberitahu Viral Hog bahawa tidak ada seorang pun ahli keluarganya yang cedera dalam kejadian tersebut. – Agensi
Mingguan Wanita : Bimbang juga kipas siling yang sudah berusia, nasib tak baik ia jatuh dan mencederakan orang. Semoga kita dijauhkan daripada tragedi seperti ini kerana malang tak berbau.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Kematian itu pasti, cuma dimana tempatnya dan bagaimana caranya semuanya rahsia Allah. Perbanyakkanlah berdoa semoga cara kematian kita dalam keadaan ‘Khusnul Khotimah’ dan yang terbaik.
Bagi orang Islam, kesempatan mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir adalah peluang yang sangat indah dan sangat diharapkan. Apatah lagi nyawa diambil saat menyeru orang lain mendirikan solat iaitu melaungkan kalimah azan.
Innalillahi wainnailaihirajiun.Sungguh kematian yang dicemburui apabila lelaki ini yang merupakan AJK Surau dijemput sang pencipta dalam keadaan yang paling mulia, iaitu ketika sedang melaungkan azan Subuh.
Menerusi perkongsian daripada Ahli Jawatankuasa Surau Ar-Rayan, seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kerana azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ni cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti. Kemudian bersambung di corong pembesar suara keadaan cemas.
Selang kemudian terdengar AJK lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.
Meninggal Ketika Laungkan Azan
Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.
Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan. Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.
Hari Ketiga Azan Subuh
Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.
“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau. Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.” ujar salah seorang jemaah.
Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau.
Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh :
“Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”.
Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.
MW: Salam takziah buat seluruh keluarga arwah. Bertuahnya ‘dijemput’ ilahi dalam keadaan paling mulia.Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Perkembangan terkini dilaporkan jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan kepala air dari rumah mereka di Kampung Iboi ditemukan dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.
Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan itu ditemukan bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, pada jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.
Jasad Dalam Keadaan Baik
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, kedua-dua jasad mangsa ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya percaya bongkah kayu dilanggar arus deras dan menghempap rumah mangsa.
“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan mangsa terperangkap di bawah timbunan kayu.
“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (Sar) hari ini.
Pencarian Remaja Lelaki
Sayani berkata, tumpuan kita seterusnya adalah melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.
Beliau berkata, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.
“Kita turut menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa dan semua yang terlibat dalam kejadian banjir besar di Baling. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.Alfatihah
Wanita amat takut untuk menghadapi kenyataan diri akan mengalami menopaus.
Apa itu menopaus? Menopaus menunjukkan pengakhiran haid bulanan dan berakhirnya tempoh reproduktif wanita. Ia juga adalah tanda folikel dalam ovari telah berhenti menghasilkan dua hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesterone.
Wanita menopaus apabila mereka tidak mengalami haid selama 12 bulan.Umur sebenar peralihan ke menopaus ini berbeza daripada antara wanita. Walaupun purata umur 50 tahun kebanyakan wanita sudah mula mengalami menopaus tetapi itu tidak bermakna semua wanita akan mengalaminya pada umur yang sama.
Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, menjelaskan ramai wanita yang tidak dapat menerima hakikat diri mereka sedang berada dalam fasa untuk menopaus.
“ Daripada melawan menopaus seharusnya wanita perlu menerima hakikat diri akan menopaus. Ada yang berfikiran apabila diri menopaus mereka sudah jadi tua. Saya selalu beritahu wanita agar melihat pada diri saya. Saya sudah menopaus dan tidak pernah terfikir diri sudah tua.
Kami pengamal perubatan perlu beri banyak motivasi kepada wanita yang beranggapan menopaus itu adalah menjadi tua. Sebenarnya sokongan daripada para suami, anak dan kawan-kawan adalah penting juga.
Ada antara wanita ini rasa risau terhadap penerimaan suami apabila mereka telah menopaus. Mereka risau suami akan mencari wanita lain. Jadi kita perlu mendidik wanita dan juga lelaki apa sebenarnya menopaus dan kesannya pada wanita dan kehidupan mendatang.”
5 cara hadapi menopaus ikut saranan doktor
Berikut adalahb saranan Dr. Premitha kepada wanita apabila merasakan diri mula menopaus.
1-Wanita perlu melihat apa yang mereka makan kerana apabila menopaus, berat badan akan naik. Jika makan, mereka perlu makan sikit-sikit. Wanita boleh makan apa sahaja tetapi kurangkan pengambilan karbohidrat dan lemak. Makan lebih banyak protein dan sayuran. Jangan makan lebih dari 8.00 malam.
2-Wanita juga perlu minum lebih banyak air kosong. Boleh juga minum teh dan kopi tetapi kurangkan had pengambilannya dalam sehari.
3-Wanita juga perlu ada masa untuk berehat dan masa untuk diri sendiri yang boleh membuatkan diri rasa lebih gembira. Tanamkan dalam fikiran bahawa inilah masa untuk diri sendiri. Tidak ada orang lain boleh menganggu masa untuk diri sendiri ini.
4-Wanita juga perlu bersenam. Tidak perlulah mendaftar di gim untuk melakukan senaman kerana bila pergi ke gim sudah pasti anda dapat mengurangkan berat badan. Tetapi sebaik anda tidak pergi ke gim, berat itu akan mula naik. Lebih baik buat senaman yang boleh anda lakukan secara berterusan seperti berjalan-jalan, menari atau senaman meregang yang mudah. Tanamkan dalam diri agar berjalan 10,000 langkah sehari.
5-Wanita juga boleh mengambil vitamin-vitamin yang diperlukan tubuh. Dapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kongsi hal jodoh, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mencuri perhatian apabila mengakui dirinya masih selesa dengan cara lama iaitu biarlah lelaki yang memulakan langkah pertama...