Ads

Kes Buli Pelajar Tingkatan Dua Di Asrama Tular, Ibu Saudara Kongsi Berita Anak Buah Meninggal Dunia

Kes Buli Pelajar
Kes Buli Pelajar

Membaca kes buli pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan membuatkan ramai pihak rasa marah terhadap pelaku dan mahu siasatan terus dibuat bagi menuntut keadilan.

Kes Buli Pelajar Tingkatan Dua Di Asrama Tular

Kes Buli Pelajar Tingkatan Dua Di Asrama Tular, Ibu Saudara Kongsi Berita Anak Buah Meninggal Dunia

Menurut sumber berita, mangsa disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama.

Perkara itu dikongsikan seorang wanita yang mendakwa ibu saudara mangsa, @Nurhijj menerusi beberapa hantaran di Threads sejak malam tadi.

Kongsi wanita berkenaan, dia dimaklumkan mengenai kematian anak saudaranya selepas menerima panggilan daripada adiknya yang juga ibu mangsa.

“Angah telefon adik tadi menangis kata anaknya dah meninggal kena pukul dekat asrama sekolah.

“Sekarang semua tengah dalam perjalanan ke Hospital Kuala Pilah,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Ads

Ibu Saudara Kongsi Berita Anak Buah Meninggal Dunia

Kes Buli Pelajar Tingkatan Dua Di Asrama Tular, Ibu Saudara Kongsi Berita Anak Buah Meninggal Dunia

Dalam hantaran susulan, wanita itu mendakwa jenazah mangsa pada awalnya berada di Hospital Kuala Pilah sebelum dibawa ke sebuah hospital di Seremban untuk bedah siasat. Tulisnya lagi,

“Saya minta maaf ada yang tanya waktu dan tempat kebumi tetapi saya tak dapat kata putus lagi. Insyaa Allah saya akan update lepas ada selesai semua. Doakan urusan arwah Idlan dipermudahkan.”

Dia turut mendakwa seorang pelajar Tingkatan Empat ditahan berhubung kejadian itu, manakala mangsa yang berasal dari Gemencheh itu merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan pelajar tingkatan dua.

Ads

Pemimpin Politik Desak Tindakan Diambil Segera

Kes Buli Pelajar Tingkatan Dua Di Asrama Tular, Ibu Saudara Kongsi Berita Anak Buah Meninggal Dunia

Sementara itu, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi hantaran di Threads menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang dinyatakan sebagai pelajar SMK Za’ba, Kuala Pilah.

Beliau turut meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan teliti berhubung dakwaan mangsa menjadi mangsa buli demi keadilan kepada Allahyarham dan keluarganya.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang juga Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menyampaikan ucapan takziah dan menggesa tindakan tegas serta pantas diambil berhubung kejadian berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Pagi ini amat sedih dan terkesan dengan berita kematian Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang didakwa menjadi mangsa buli.

“Wajib disiasat segera, telus dan ambil tindakan tegas!” katanya.

Di Malaysia, kes buli di sekolah kini tertakluk di bawah Akta Antibuli 2026 serta pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan tindakan undang-undang tegas terhadap pelaku dan ibu bapa.

Akta Antibuli 2026 (Akta 876) ini adalah undang-undang baharu yang melindungi golongan rentan seperti kanak-kanak dan remaja daripada kes buli dalam talian serta luar talian.

Semoga ada keadilan buat arwah adik Muhammad Idlan Fareeq Shahril jika benar berkait dengan kes buli di sekolah berkenaan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Nunha

Jiwa Menangis, Nunha Bawa Peserta Renung Makna Sebenar Rumah Tangga

Bukan sekadar hadir untuk mendengar, program Nunha mencuit emosi kira-kira 800 peserta yang menyertai program Rumah Tangga Sekadar Dunia Atau Selamanya pada 19 September baru-baru ini.