Karya Cikgu Ida pernah terpilih dijadikan cenderahati untuk dihadiahkan kepada Tengku Pemaisuri Selangor, Norashikin Abdul Rahman.

Mungkin ramai di antara kita yang pernah mencuba membuat kraf ini. Kebiasaannya akan menyimpan daun-daun atau bunga di dalam buku yang tebal dan menungu berminggu-minggu sehingga daun atau bunga itu kering secara semulajadi.

Rupanya daripada keringkan rumput begitu sahaja, apa kata mak-mak susun bagi cantik dan framekan. Daripada rumput yang tumbuh meliar akhirnya jadi hiasan dinding yang nampak mahal.

Berbeza dengan proses penyediaan bahan yang ingin Cikgu Ida kongsikan di sini. Moga perkongsian ilmu dalam ruang yang singkat ini akan dapat membantu penggemar kraf menghasilkan karya mereka dengan lebih kreatif dan bertahan lama.

JOM DIY GUBAHAN HIASAN RUMPUT DAN BUNGA KERING

Tanpa kita sedari pelbagai flora yang hidup subur di sekeliling kita sebenarnya boleh dijadikan sebagai bahan utama dalam projek DIY ini. Rumput rampai halus termasuk paku pakis yang pelbagai jenis mempunyai reka bentuk yang sangat cantik.

Selain itu bunga-bunga rumput yang tumbuh melata juga boleh dijadikan bahan untuk melengkapkan hiasan. Penghasilan kraf dari sumber alam ini boleh dibuat oleh anak-anak bagi mengisi masa terluang khasnya sewaktu PKP.

Ia sesuai dijadikan sebagai penanda buku dan kad ucapan yang bersaiz kecil. Bagi orang dewasa, kraf DIY yang mudah mendapatkan sumber bahan di persekitaran mereka. Imaginasi dan kreativiti mengolah dan mereka letak bahan ini boleh anda hasilkan dalam karya yang lebih besar seperti hiasan dinding dan lebih bernilai tinggi tatkala dibingkaikan.

ANGGARAN KOS

Kos untuk menghasilkan penanda buku yang mudah sangat sedikit dan bahan-bahannya mudah didapati adalah seperti berikut:

  • Gam UHU saiz kecil anggaran harga RM 1.80
  • Kertas A4 putih atau berwarna
  • Gunting kecil
  • Spray Aerosol – Clear spray anggaran harga RM 8
  • Daun, rumput dan bunga- kutip sekeliling rumah.
  • Sterika pakaian sedia ada.

Sekiranya anda ingin menggunakan bahan-bahan lain sebagai tambahan mengikut kreativiti amat digalakkan terutama untuk laminate penanda buku agar tahan lama dan hasil karya tersebut tidak mudah merosak.

PROSES:

Langkah 1:
Penyediaan bahan iaitu daun, rumput kering atau bunga serta alatan. Kutip daun sperti paku pakis, bunga rumput dan sebagainya.

IKLAN

Langkah 2:
Seterusnya gosok daun dan rumput atau bunga tadi satu persatu dengan dialas dengan tisu hingga kering. Masa untuk mengeringkan anggaran daun tersebut rata dan berwarna hampir coklat.

***Pastikan jangan terlalu lama atau sampai daun rapuh dan mudah patah. Proses ini perlu dicuba dan masa untuk setiap jenis bahan yang digosok tidak sama bergantung jenisnya, jika banyak air atau tebal masa diperlukan lebih sedikit.

Langkah 3:
Setelah siap digosok semua bahan yang hendak digubah, pastikan asing dalam bekas supaya senang untuk dipilih mengikut kesesuaian.

Langkah 4:

Dapatkan sehelai kertas putih, dengan menggunakan warna air lukiskan sedikit background berwarna sebelum anda menyusun daun kering.

Langkah 5:
Setelah selesai gam dan susun daun serta bunga kering, hasil kraf ini boleh diframekan seterusnya dijadikan hiasan dinding.

INFO:
Cikgu Rohida Hamzah telah lama menjadikan hasilan kraf ini sebagai aktiviti yang bernilai komersial. Ia mempunyai permintaan yang tinggi daripada para pelanggan sebagai hadiah sempena hari jadi, cenderamata dan hiasan dinding.

Selain daripada itu produk karya beliau telah dibawa ke beberapa negara yang dikunjungi dalam lawatan rasmi antara budaya. Produk gubahan hiasan rumput dan bunga kering menjadi salah satu bahan wajib pertukaran cenderahati. Rata-rata tuan rumah negara yang dilawatinya amat berminat dan mengagumi hasilan kraf sebegini. Hasil karyanya sehingga kini telah berada di Sri Lanka, Padang Indonesia, Jepun dan Filipina.

Cikgu Ida sering mengadakan bengkel penghasilan produk gubahan hiasan rumput dan bunga kering sejak awal tahun 2000.

Cikgu Ida juga sering mengadakan bengkel penghasilan produk gubahan hiasan rumput dan bunga kering sejak awal tahun 2000 kepada guru berpendidkan Khas di Negeri Melaka. Selain itu beliau juga mengadakan bengkel tersebut bersama-sama Persatuan Pencinta Alam Malaysia di beberapa negeri dan dalam pelbagai program. Tidak keterlaluan jika dinyatakan di sini, ramai dalam kalangan pencinta kraf gubahan bunga kering mengenali beliau.

Baca Juga Di Sini:

DIY Pasu Gantung Bajet, Tanam Sayur Boleh…Tanam Bunga Pun Cantik!

4 Hari Siapkan DIY Accent Wall Lawa, Bajet Kurang RM200!

DIY Pagar Keselamatan Bayi Sendiri Guna Paip PVC, Modal RM60 Saja

MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mak, ayah yang mencari idea untuk menjalankan perniagaan bagi menjana pendapatan sampingan. Bukan sahaja tidak perlu mengeluarkan banyak modal, bahan yang digunakan juga mudah dicari dan berada di sekitar rumah.