Kerepek kentang bilis kacang sambal pedas bilis memang sedap dinikmati begitu sahaja. Bila makan memang payah nak berhenti, tak sedar boleh habis sebalang. Namun selalunya bila buat kerepek macam ni, salah teknik dan caranya kentang yang dihiris mudah serap minyak bila digoreng, malah lembik tak rangup.
Puan Missz Amiraada kongsikan resipi dan tip macam mana nak buat kentang kekal rangup, garing tak lembik berminyak.
First time makan masa kenduri bulan lepas, tak tau orang panggil apa ni. Bila makan syok lak tak mau berhenti. Tak puas makan punye pasal balik umah try buat kene pulak kentang RM2.50 sekilo. Alhamdulillah nasib menjadi, sedap dan ranggup krukk krakk. 2 balang ni sekejap dah licin.
3 bahan utama:
Kacang tanah(digoreng) Ikan bilis(digoreng) Kentang(dihiris nipis macam kerepek dan goreng)
* tips, goreng api yang perlahan
Cara Membuat:
1. Kentang yang dihiris nipis rendam cuka @ soda bikabornat @ air kapur dalam sejam dua kemudian cuci buang kanji dan toskan. Kemudian goreng sampai garing. Nak guna bahan mana-mana pun boleh semuanya menjadi. Banyak mana bahan tu tak kisah sebab nanti kentang tu dicuci sekali lagi.
Antara sebab serap minyak ialah dihiris tebal, dan kanji kentang ada lagi. Sebab tu kena rendam nanti air kentang akan keluar yang keruh. Cuci bersih toskan baru goreng.Biasanya lepas rendam dan cuci kentang tu jadi lebih keras dan mudah digoreng.
2. Ketiga-tiga bahan yang dah siap goreng dicampur. Makan gini pon dah sedap.
Ads
3. Yang ni dah siap digaul sambal. Bahan agak-agak yea takde sukatan. Caranya macam buat sambal tumis biasa.
Sambal Pedas Manis:
Bahan-Bahan:
Cili kering dikisar halus/cili boh (nak pedas lebihkan)
Bawang putih dikisar
Bawang merah/bawang besar dikisar
Sedikit Sos tiram
Gula (lebihkan untuk dapatkan kerepek ranggup. Tapi jangan manis sangat nanti tak sedap)
Garam
Minyak untuk menumis
Caranya:
1.Panaskan minyak tumis kesemua bawang kisar kemudian masukkan cili boh/cili kisar tumis sampai pecah minyak.Baru perasakan dengan sos tiram, gula garam.
Ads
2.Jangan cair sangat dan jangan terlampau pekat sangat. Dah masak sejukkan dahulu sambal ni baru masukan kentang,kacang dan ikan bilis kemudian gaul kesemua sebati.
3.Selepas itu terus masak dalam bekas/botol boleh tahan lama tetap ranggup.
Mingguan Wanita: Sedapnya kerepek kentang, kacang, bilis pedas manis kruk krak ni. Macam ni rupanya nak buat supaya kentang kekal rangup, tak serap minyak.
Ada petua tertentu untuk memastikan bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas, kekal segar serta tahan lebih lama. Bukan apa boleh dikatakan bahan-bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas ini merupakan antara bahan penting yang mesti ada di dapur. Terutamanya jika kita gemar memasak menu seperti gulai,sup, masak lemak, rendang dan sebagainya.
Namun, kebiasaannya juga bahan-bahan ini kita gunakan hanya sedikit sahaja selebihnya disimpan di dalam peti sejuk dan selalunya bahan-bahan ini tidak tahan lama, ia mudah menjadi kering, busuk dan tak boleh digunakan lagi. Akibatnya, lebihan halia, lengkuas atau kunyit yang tidak habis digunakan ini akan dibazirkan begitu sahaja.
Perkara ini boleh diatasi sekiranya mengikut petua dan cara yang betul penyimpanannya. Malah kunyit, lengkuas, serai dan halia ini mampu boleh bertahan sehingga dua bulan, masih elok, segar serta masih boleh digunakan untuk sebagai bahan memasak dalam tempoh tersebut. Ikut petua ini.
Cara-Caranya:
1.Cuci bersih kunyit, lengkuas, serai dan halia.
2.Masukkan kunyit, lengkuas, serai dan halia yang masih segar ke dalam bekas bertutup yang berisi air.
3.Simpan dalam peti sejuk.
4.Pastikan air bersih ditukar tiga atau empat hari sekali, jangan biarkan sehingga air berlendir.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nampak sangat sedap resipi mudah Matcha Brownies kedut yang lembut dan cair di mulut ni. Sesuai sangat untuk mak-mak yang nak buat jualan berniaga atau untuk makan sendiri di rumah.Lebih-lebih lagi jika suka rasa teh hijau. Mudah sangat boleh pilih nak buat ikut sukatan timbang atau sukatan cawan.
Boleh cuba resipi Matcha Browniesyang mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Nor Atika Nazirah ini sebagai panduan.
Matcha brownies sedap bangat! Siapa peminat green tea confem suka. Resepi sis ambik kt tiktok je. Siapa nak,sis share resepi kat bawah ni. Untuk serbuk matcha tu sis beli dekat BIG supermarket ye. Bau dia sebijik macam air starbuck.
Bahan-Bahan :
120g coklat putih
60g (1/4 cawan) unsalted butter
50g (1/4 cawan) Gula Perang
50g (1/4 cawan) Gula Kastor
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
120g (1 cawan) flour 12g (2 sudu besar) serbuk matcha
1/2 sudu kecil baking powder
coklat putih chunks/nuts (Pilihan)
Cara Membuat:
1. Mula-mula sekali ayak tepung, serbuk matcha & baking powder ke dalam mangkuk.
2. Selepas tu double boil coklat putih dan mentega. Nak panaskan dalam microwave pun boleh saja.
3. Kemudian, pukul gula kastor, gula perang, esen vanila dan telor selama 5 minit. Pukul sampai adunan gebu sikit.
4. Kemudian masukkan tepung yang kita dah ayak tadi ke dalam adunan. Gaul guna spatula sahaja je, jangan pukul pakai handmixer. Nanti tak dapat kedut-kedut tu.
5.Akhir sekali, masukkan dalam loyang saiz 8 dan bakar dalam suhu 150 @ 160c selama 25 minit. Suhu bergantung pada oven masing-masing ye.
Mingguan Wanita: Bagi yang suka perisa dan rasa teh hijau, boleh cuba kelainan buat Matcha Brownies ni. Memang sedap! Nak berniaga atau makan sendiri pun boleh, ikut resipi mudah yang dikongsikan ini.
Ada caranya untuk pastikan Kek Marjerin yang dibuat elok ‘moist’, lembut, sedap dan berlemak. Iaitu dengan menggunakan teknik ‘mix’ dalam mesin pengadun selama 3 minit sehingga dapat adunan yang gebu dan beralun. Bukan apa, jika terkurang mahupun terlebih ‘mix’ memang boleh menyebabkan kek bantat atau tak jadi.
Kek marjerin merupakan antara kek mudah yang disediakan dan selalu dihidangkan waktu minum petang untuk anak-anak, mahupun diberikan pada saudara mara jika ada buat kenduri. Mungkin kerana bahan-bahannya yang tak banyak, cara nak buat pun senang je membuatkan kek ini selalu menjadi pilihan.
Boleh cuba resipi dan cara buat kek marjerin mudah, lemak gebu dan lembap daripada Puan Nor Aini Abd Rahman ini sebagai panduan;
Kek marjerin lemak ,gebu dan moist.
Bahan-Bahan:
160gm marjerin (Butterlite/buttercup)
150gm gula (blend halus)
Esen vanilla
1 sudu teh ovallette
4 biji telur A
1/4 cawan susu uht
180gm tepung naik sendiri (Self Raising Flour)
Cara Membuat:
1. Mix marjerin 3 minit, masukkan gula halus, esen vanilla, ovallette.
2. Mix lagi 3 minit, masukkan telur 1 per satu, mix sehingga gebu. Lepas masuk telur mix dengan speed tinggi 3-4 minit.
3. Ayak tepung self raising dan masuk susu segar, mix lagi sehingga jadi adunan yang gebu dan beralun.
4. Siapkan loyang ukuran 7 inci, sapu marjerin dan alas kertas baking.
5.Masukkan adunan, ratakan permukaan kek dengan spatula. Lorekkan dengan lidi untuk pecahkan bubble halus.
Mingguan Wanita:Boleh cuba buat sendiri kek marjerin ni di rumah. Sesuai buat untuk minum petang, atau jamuan nanti. Memang sedap, lemak gebu dan moist rasanya!
Bayi kembar tiga Mejar Mohd. Fikry dimasukkan semula ke NICU selepas didakwa berlaku kecuaian Hospital Melaka. Mejar Mohd. Fikry luah rasa kecewa namun tetap reda dan berharap kejadian sama tidak berulang.