Berita baik buat pasangan dan ibu bapa jarak jauh yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19, mungkin akan dibenarkan merentas negeri untuk bertemu keluarga mereka, melalui kelonggaran yang akan diumumkan kerajaan nanti.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau mendapati ramai yang menyuarakan keluhan termasuk pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang terpisah dengan anak-anak mereka berikutan larangan rentas negeri yang masih berkuat kuasa.
Kelonggaran Bertemu Keluarga
Sehubungan itu, beliau berkata, kelonggaran bertemu keluarga jarak jauh adalah antara perkara yang sedang diperhalusi kerajaan untuk dipertimbangkan bagi mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.
“Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia.
“Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama, terutama jika ibu bapa itu sudah pun menerima dua dos vaksin.
“Justeru, saya sering membawa isu ini dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan bagi mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.
“Insya-Allah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula,” kata beliau melalui Facebooknya, hari ini.
Bersandarkan Beberapa Faktor
Semalam, Ismail Sabri memaklumkan, kajian untuk memberikan kelonggaran kepada individu yang melengkapkan suntikan imunisasi COVID-19 akan dibuat bersandarkan beberapa faktor.
Katanya, ia merangkumi model pelaksanaan yang digunakan negara jiran dan fakta sains, selain kebimbangan diutarakan pelbagai pakar kesihatan.
“Sebarang keputusan dimuktamadkan Jawatankuasa Teknikal MKN berhubung perkara itu akan dibuat secara menyeluruh bagi mengelak risiko penularan jangkitan pada masa depan,” katanya.
Mingguan Wanita : Alhamdulillah diatas pertimbangan ini bagi individu yang telah lengkap dua dos vaksin. Semoga memberi sinar harapan untuk berjumpa keluarga tersayang dan dapat merentas negeri setelah sekian lama berkuat kuasa larangannya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Pakaian seragam pramugari bagi sesetengah syarikat penerbangan lazimnya mempunyai potongan baju ketat mengikut bentuk badan, terdedah pada bahagian tertentu malah memerlukan memakai kasut bertumit tinggi untuk ‘kelihatan anggun’ ketika menjalankan tugas.
Gaya Lebih Selesa & Sopan
Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang murah Ukraine, SkyUp Airlines berani membuat kelainan dengan melakukan perubahan dalam pakaian seragam rasmi pramugarinya kepada gaya yang lebih selesa dan sopan.
Ia dilakukan susulan hasil tinjauan yang dilakukan syarikat itu yang mendapati kebanyakan krunya meluahkan rasa tidak selesa serta bosan dengan gaya kasut tumit tinggi, skirt dan blaus ketat.
Keselesaan Maksimum Ketika Bertugas
Justeru, syarikat penerbangan berkenaan memberi pilihan kepada pramugarinya untuk mengenakan pantsuit berona jingga yang merangkumi blazer longgar, baju T putih, seluar panjang beserta kasut sneaker Nike Air untuk mendapatkan keselesaan maksimum ketika bertugas. Malah gaya penataan rambut juga ditukar daripada sanggul kepada gaya ‘braid.’
Pramugari senior SkyUp Airlines, Alexandrina Denysenko berkata bahawa adakalanya dia tidak memiliki masa terluang untuk duduk ketika penerbangan untuk merehatkan kakinya yang bengkak setelah menghabiskan masa berjam-jam dengan memakai kasut tumit tinggi.
Menurut Denysenko, tidak dinafikan bahawa memakai kasut tumit tinggi membuatkan penampilan menarik tetapi pramugari terpaksa menahan derita kesakitan pada kaki.
Malah katanya, jika kru kapal perlu melakukan pendaratan di atas permukaan air atau pemindahan kecemasan, ia amat tidak selesa.
Pelancaran Rasmi 22 Oktober
Pembaharuan pakaian seragam baru itu akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober ini. Dalam pada itu, syarikat penerbangan terbabit turut melancarkan pakaian seragam baharu untuk pramugara.
Benarlah keselesaan adalah kunci utama dalam menggayakan apa jua pakaian. Bila selesa, secara automatik tugas menjadi lebih lancar. Semoga pembaharuan yang dilakukan oleh SkyUp Airlines ini menjadi inspirasi kepada syarikat penerbangan lain.
Baca Lagi Di Sini:
Minta Nombor Telefon Tak Dilayan, Beri Kad Nama Hilangkan! Akhirnya “Pramugari” Disatukan Dengan “Penumpang”
3 Tahun Jadi Pramugari, Hilang Kerja Kini Jual Tong Gas
Mulianya Hati Pramugari, Sanggup Menyusukan Bayi Menangis Kehabisan Susu Formula Dalam Pesawat!
Mingguan Wanita: Wah memang terbaik, inisitif dan perubahan yang dilakukan oleh syarikat penerbangan tambang murah Ukraine, SkyUp Airlines. Lebih menghormati wanita dengan berpakaian sopan dan pastinya kru yang bertugas juga dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih selesa. Semoga menjadi ikutan syarikat penerbangan lain diseluruh dunia juga.
Sejak semalam, hangat diperkatakan tentang hubungan cinta antara pelakon Harris Alif bersama Intan ladyana yang jauh beza usia. Rentetan perkongsian Harris di instagramnya dengan gambar berbaju raya sedondon dengan caption ‘second raya with (love)’
Rupanya, akui Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi yang kini berusia 21 tahun, tidak kekok menjalin hubungan cinta dengan Intan Ladyana, 38. Biarpun jarak usia 17 tahun membezakan mereka, ia tak menjadi halangan untuknya saling mengenali hati budi masing-masing.
Kata Harris, dia sudah pun mengenali Intan sejak 10 tahun yang lalu. Namun, tiada yang istimewa berlaku antara mereka, sehinggalah tahun ini mengubah sisi pandangnya terhadap aktres tersebut.
Biar pun tiada lagi memikirkan soal berkahwin, memandangkan hubungan mereka masih baru, namun pintanya agar mendoakan yang baik-baik untuk mereka berdua.
“Ramai cakap fasal perbezaan usia, bagi saya itu hanya angka. Saya tak nampak ianya sebagai satu masalah kerana masing-masing tahu apa matlamat dalam hubungan.”
Bukan Mereka Saja Pasangan Dengan Beza Usia
Bak kata Harris, bukan mereka saja pasangan yang berbeza usia. Ada orang lain pun sama dan mereka dah buktikan perbezaan umur bukan penghalang.
Nampaknya hubungan mereka pun dah mendapat restu orang tua.
“Dalam hal ini, saya bersyukur kerana keluarga okay saja dan mereka merestui.” Jelasnya memaklumkan senang bersama Intan yang dilihat sebagai wanita yang matang.
“Intan seorang yang ringkas, saya suka sebab dia tak ada ‘drama-drama’. Dia juga matang dan saya rasa banyak benda yang kami boleh ‘masuk’”.
Betul juga apa kata Harris itu, kalau disenaraikan artis yang dah berumah tangga dan bahagia dalam perkahwinan berbeza usia ini ada beberapa contoh,
Misalnya,
Amar Baharin (1985) – Amyra Rosli (1991) = 6 tahun Fizz Fairuz (1979) – Almy Nadia (1986) = 7 tahun Que Haidar (1979) – Linda (1972) = 7 tahun Fattah Amin (1990) – Fazura (1983) = 7 tahun Azad (1976) – Eira Syazira (1984) = 8 tahun
Dan kesemuanya direzekikan hubungan rumahtangga yang bahagia.
MW : Mendoakan yang manis-manis untuk Harris Alif dan Intan Ladyana.
Pelitup muka dipakai bertujuan untuk mengekang penularan COVID-19 dan mempunyai spesifikasi tertentu barulah ia benar-benar berkesan dalam melindungi diri daripada virus ini. Walaupun kini, pelbagai rekaan ada di pasaran, namun material yang digunakan pula pastinya yang bersesuaian dengan tujuan pemakaian pelitup muka ini.
Pelitup Muka Emas
Mungkin atas status sosial bagi menggambarkan status dan kekayaan yang dimiliki, seorang Ahli Perniagaan di Benggal, India telah menempah dan menggayakan pelitup muka emas daripada pereka barang kemas Chandan Das.
Das difahamkan menyiapkan pelitup muka emas seberat 108 gram itu dalam masa 15 hari.Harga pelitup muka berkenaan mencecah Rs 5.7 Lakh atau bersamaan RM236,000.
Semasa perayaan ‘Durga Puja’ di Kolkata, ahli perniagaan itu memakai pelitup muka tersebut terbarunya tetapi terpaksa menanggalkannya kerana menerima pelbagai reaksi orang ramai.
Foto pelitup muka tersebut kemudian tular di Twitter dikongsikan wartawan Rituparna Chatterjee.
Pada tahun 2020, pelitup muka emas milik seorang hartawan, Shankar Kurhade dari Pune menjadi tular. Pelitup muka seberat 60 gram itu mempunyai beberapa lubang kecil yang membolehkan dia bernafas.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Mungkin sebab dah terlampau kaya, pelitup muka pun nak diperbuat daripada emas. Pelitup muka sekadar bergaya, namun tidak berfungsi untuk melindungi diri daripada virus covid-19.
Anzalna Nasir meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak di sekolah susulan peningkatan kes rogol pelajar. Ibu prihatin ini menyeru agar semua pihak lebih peka terhadap keselamatan pelajar.