Kepak ayam goreng pasti jadi kesukaan ramai terutama anak-anak. Tapi pernah tak anda semua makan Pik Gai Tod Nam Phla (Kepak Ayam So Ikan) yang merupakan antara makanan asli orang Thai. Ia biasanya dimakan dengan nasi atau makan begitu saja. Sesuai dimasak untuk seisi keluarga kerana tidak pdas. Anak kecil pun boleh makan.
Nak cuba? Jangan risau. Sangat senang cara membuatnya bahkan ia hanya menggunakan tiga bahan saja. Jom Tengok cara membuatnya.
Kepak Ayam Nam Phla (sos ikan dah tentunya brand Tiparos) Tepung Beras
Ads
CARA MEMASAK:
Kepak ayam dibersihkan dulu dan dipotong dua. Buang bahagian hujung.
Perapkan dengan nam phla (sis ikan Tiparos).
Lapik tisu atas pinggan. Letakkan ayam tadi. Tekapkan dengan selapis lagi tisu dapur bagi menghilangkan lebihan sos ikan. Ayam tak boleh terlalu basah bagi menjamin kerangupannya. Aturkan ayam yang telah dipekap ke dalam pinggan.
Ads
Setelah itu ayak tepung beras di atas kepak ayam. Pastikan semua bahagian ayam kena dan balik-balikkan agar serata.
Panaskan kuali dan tuang minyak, tak perlu banyak. Cukup sekadar untuk menggoreng dan balikkan semula ayam apabila masak bahagian bawah. Goreng hingga masak, angkat dan toskan.
Tada..siap! Sedia dinikmati begitu saja atau dimakan dengan nasi. Ringkas Tapi sedap!
Kalau selalu beli wraps, ada masanya terlupa nak buat sampai jadi keras kejung simpan dalam peti sejuk tu. Sebenarnya mak-mak boleh jadi lebih kreatif buat Nachos Chips sedap dan rangup guna wrap Gardenia yang ada. Kemudian bakar dalam air fryer atau oven pun boleh.
DIY NACHOS
1 pek Gardenia roll wraps ada dalam 5-6 keping. Biasa 1 meal maximum pakai just 2 keping. Selebihnya simpan dalam fridge sampai jadi keras. Macam kulit kayu.Nak buang sayang.Tak nak membazirkan. Jom buat jadi nachos chip.
Tengok wrap ni macam takde harapan jadi lembut semula. Dehydrated sampai patah lipatnya.Capati brand tesco pun selalu tak habis pun boleh guna macam ni.
1 pek Gardenia roll wraps
Sos Korea pedas Adabi/Sos Tomato
Hexa Onion & cheese powder
mozzarella cheese
(Potong dadu):
Cili merah
Tomato
Bawang
Hotdog
Nugget
1.Potong kan bentuk wedges.Potong kecil-kecil.
2.Tuang sos Korea pedas Adabi.Kalau nak based flavor tomato, guna sos tomato.
3.Gaul.Sebab sos ni memang pedas, gaul guna sarung tangan plastik.
4. Gaul rata-rata.
5. Tabur Hexa Onion n cheese powder. Boleh beli di TESCO.
6. Masuk dalam air fryer. Gril 5 minit. Suhu 180-200C.Kalau nak sekata jangan letak berlapis banyak.Tang ni oven menang.Boleh letak dalam tray besar sekali gus.
7.Tabur semua yang dipotong dadu atas nachos yang garing.Alaa.. Terlupa black olives.
8.Tabur mozzarella cheese.
9.Letak banyak-banyak cheese lagi best.Kalau ada bolognese sos, letak as topping sebelum letak cheese. Grill semula kasi topping cair.
10. Done Nachos wrap Gardenia.Kalau ada pickles, cili jeruk hijau.Letak atas. Punn sedap.
Mini Crunch Choco Jar memang diminati ramai tak kira usia. Rasa lemak dan manis coklatnya sangat mengujakan bila dinikmati. Ia juga amat digemari oleh anak-anak terutamanya. Fuh, satu balang kecil tu boleh sekali hadap.
Biasanya kalau nak beli, harganya boleh tahan juga. Bayangkan kalau anak-anak ramai. Pitam juga nak membelinya. Bukan cukup sebalang. Mauny berbalang-balang.
Mungkin ada yang rasa nak buatnya susah dan renyah. Ha..resipi yang dikongsikan kali ini sangat mudah. Bahan pun hanya tiga saja. Memang jimat dan rasanya juga cukup sedap. Coklatnya cairnya molek berkilat. Kalau nak buat niaga pun boleh laku keras ni. Selamat mencuba!
3 keping coklat Cadbury
500gm mini crunch (boleh beli di kedai bakeri)
1 cawan minyak jagung/minyak masak
Sedikit dark chocolate – pilihan
Pertama, bakar mini crunch selama lima minit di dalam oven dengan suhu `150 Darjah Selsius. Setelah siap, keluarkan dan ketepikan.
Masak secara ‘double boil’ coklat dan minyak. Untuk kurangkan rasa manis, boleh tambahkan sedikit dark chocolate ke dalamnya. Masak hingga semuanya mencair. Kena pastikan coklat betul-betul sejuk barulah dimasukkan ke dalam bekas. Masukkan mini crunch Chocolate ini ke dalam bekas. Siap! Super mudah kan? Selamat mencuba!
Telur mata goyang ini, disebut juga telur mata kerbau. Sesetengah orang suka makan yang telur kuningnya lembut, cair sementara telur putih masak elok. Nak dapatkan telur mata goyang yang sempurna bukannya mudah.
Kongsi lelaki ini, Khabbab Jamalludin jika ikut teknik / step by step yang diajar ini anda akan dapat telur mata goyang yang sempurna. Sebagaimana yang dibayangkan.
“Orang kata kalau nak resepi boleh Google je. Tapi resepi yang sama, bahan yang sama, hasil boleh berbeza. Teknik memainkan peranan penting dalam masakan juga.
Jadi ada orang minta saya kongsi macamana nak dapat telur goyang/gedik (kuning telur tersebut bergoyang ketika digoyangkan.
Kadang badan pun ikut goyang dalam kita nak buktikan kegoyangan telur tersebut.”
Telur goyang yang ideal pada saya :
– Keseluruhan kuning telur tak jadi padat.
– Semua putih telur kering.
– Bahagian bawah putih telur ada kerak kecoklatan sedikit (kurang muak)
– Ada selaput putih menutupi kuning telur.
“Mesti korang tengah rasa geram nak cucuk kuning telur tu kan? Dengki la tu.”
Pemilihan telur adalah penting.
Saiz tak kisah.
Yang pasti telur mesti baru.
Dah lepas beli telur, jangan cuci.
Simpan dalam peti sejuk terus.
Kalau nak guna baru cuci.
Kalau cuci awal, akan ganggu lapisan telur yang berfungsi lindungi isi telur.
Telur yang agak lama dan dicuci terlalu awal akan buat kuning dia pecah.
Dah habis basuh lap kering.
Tak nak air dekat kulit masuk sama.
Kain lap boleh pakai apa saja.
Saya pakai kain Norwex apa tah.
Bini beli.
Dia kata ada beza.
Saya pakai sahaja ambil hati dia.
Pecahkan telur dalam bekas dahulu.
Kadang tangan kita tak dibedung dulu, pecahkan telur atas kuali, telur tu dah hancur macam telur dadar sebelum cecah kuali.
Yang kedua, kita boleh tahu telur tu elok ke tak sebelum masuk dalam kuali.
Disamping itu kalau baru keluar peti sejuk dia ada can kurang sejuk sikit.
Tak nak dia terkejut dari sejuk gila pergi panas gila.
Masuk angin nanti (burrppp)
Paling baik pakai kuali ‘non stick’ yang tak lekat. Kawalan suhu lebih sekata.
Tapi tetap kena bubuh minyak sedikit.
Kalau kuali biasa minyak kena lebih lagi.
Minyak goreng biasa tu je.
Api antara sedang dan besar.
Tapi jangan lama sangat.
Jangan tunggu berasap satu dapur.
Air fryer boleh ke tak?
Tak bole la, gedik.
Ini telur yang gedik, bukan yang masak.
Dah cukup panas boleh tuang telur.
Jangan tinggi sangat macam buat teh tarik; pecahlah ia.
Bagi dia ‘landing’ ngam ngam atas minyak tu.
Okay ini tips paling penting.
Wajib ada tutup yang boleh cover kuali tu.
Tak ngam ngam takpa.
Janji boleh cover telur.
Saya pakai tudung periuk je.
Selepas letakkan telur atas kuali panas,
basahkan satu tangan macam basuh tangan tu,
bukan takung macam nak ambil wuduk ya.
Kemudian terus renjiskan air yang ada kat tangan tu ke tutup (banyak lebih kurang macam dalam gambar)
Pastikan tangan bersih tak ada hingus ke apa sebelum buat.
Hanya terbalikkan, tutup bila betul-betul atas kuali sambil terus tutup.
* kenapa renjiskan air? Bagi wap yang terhasil, bila kena kuali masakkan bahagian atas.
Api pun main peranan penting.
Terus adjust macam dalam gambar.
Tak nak terlalu kuat nanti hangus dan tak sekata.
Setiap dapur berbeza.
Dapur kayu api, minyak tanah saya tak tahu setting dia macamana.
Biarkan dalam 30 saat dan buka tudung nak tengok masak dia macamana.
Kalau belum tengok lagi tiap 10 saat.
Tudung periuk tadi tau.
Letih pula kalau tudung tukang masak nak kena buka pakai buka pakai.
Tambah-tambah kalau pakai shawl.
Dah ngam masak terus buka periuk, tutup api.
Untuk yang guna non stick, tolong ya pakai sudip bukan besi.
Besi boleh calarkan lapisan coating non stick dan bahayakan kesihatan.
Tiap kali nampak orang guna besi kat non stick.
Hati saya meraung sama.
Sekejap sajala tapi.
Kuali dia bukan kuali saya.
Sudip tu masukkan perlahan lahan bawah telur just in case ada lekat lekat sikit.
Slide je telur tu masuk dalam pinggan.
Prinsip saya mudah.
Apa yang boleh beri manfaat pada orang.
Saya kongsi.
Biar seremeh apa pun ia.
Bagi kita remeh, bagi orang lain mungkin tidak.
Terfikir juga apa ‘storyline’ saya nak buat.
Takkan nak kongsi gitu je.
Baru faham susahnya jadi ‘content writer’
Sementara perah otak tu tiba tiba ada anak yang tanya.
“Macamana baby boleh lahir?”
Ahhh sudah..
Muka saya macam Misae bila Shin Chan tanya soalan kontroversi.
Saya hanya mampu kata “nanti eh ..”
Akhirnya lepas goreng telur saya dapat idea nak jelaskan kat anak saya macamana baby ada. Tapi masa nak bawa kat meja terfikir pula nanti lagi banyak dia tanya.
Macam terlalu awal pula.
Jadi terus tak jadi.
Saya hidang nasi lemak biasa je sudahnya. #dapurpakbidan
Baru-baru ini Neelofa kongsi menu tahan lapar, ramai yang cuba kata berkesan. Jadi boleh lah mak-mak yang sedang mencari menu sahur cuba resepi ini nanti.