Hidup kita tak selamanya berada di atas. Ada masa Allah uji dengan ujian yang berat, menarik kita ke lantai rumput nan hijau. Ada ketika, Allah uji kita terbang tinggi ke awan biru. Apa pun ujian yang datang, formula hati tenang adalah BERSYUKUR.
Dan inilah perjalanan hati yang dilalui oleh seorang Agency Manager di Public Mutual Berhad, Maya Amir. Sembang bersama pemandu Grab usia 50-an yang memberi pengajaran indah yang bagus untuk sama-sama kita fahami.
Kerana itulah sebenarnya pun yang perlu diri kita terapkan dalam prinsip mencari rezeki halal di muka bumi ini.
‘Syukur Dulu Baru Hati Redha’ 14 Poin Ini Hadam Satu Persatu
Minggu lepas, kereta buat hal. Jadi saya pergi ofis Public Mutual naik grab. Grab driver saya kali ni bukan budak babyface macam kat Ipoh hari tu. Kali ni, ayah babyface. Nampak lingkungan umur 50-an.
Mula-mula saya macam tak nak borak sangat. Pagi kot, malas nak bukak mulut. (Kalau unit trust consultant lain tentu dah laju soal siasat). Saya diam jek. Tapi driver ni macam nak ajak borak.
Sebab dia macam abah-abah (Muka of courselah tak macam KJ tapi kulit ada macam KJ), jadi saya layan sambil mengiakan sikit-sikit. Tanda hormat.
Dia banyak cerita hal-hal agama. Lama-lama saya naik syok dengar dan kami bertukar pendapat dan sama-sama berkongsi tips.
Saya buat ringkasan ya:
1) Beliau resign.Panjang cerita. Saya pendekkan, company tempat beliau bekerja mengalami kerugian. Jadi, ramai staf dihint-hint suruh berhenti kerja. Jawatan terakhir beliau ialah General Manager.
2) Sebelum company yang last ni, beliau kerja dengan company lain. Yang tu lama berkhidmat. Tapi akhirnya kena VSS.
Ads
3) Jawatan tinggi, gaji besar dan company bagus tak menjamin perkhidmatan kita diperlukan sampai bila-bila. Takde yang kekal dalam hidup ini.
4) Sejak bawak grab, beliau banyak muhasabah diri. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku di keliling kita ada tarbiyah tersendiri. Allah mahu mendidik kita.
Alhamdulillah kalau kita dapat berfikir. Adalah amat rugi, jika kita biarkan berlalu pergi dan tak ambil apa-apa iktibar.
5) Dulu kerja mengarah orang, lepas bawak grab, dia pulak diarah-arah.Hidup macam roda kan? Kejap kita kat atas, kejap lagi kita kat bawah.
6) Syukur. Apa-apa jadi kena syukur dulu.Kena buang kerja tapi hidup tak merempat. Makan pakai cukup. Ada kudrat dan badan masih sihat untuk cari rezeki. Anak dah besar panjang dan dah bekerja. Bukankah itu semua nikmat?
Bila syukur, baru datang redha. Kalau tak syukur, sampai bila-bila kita tak redha.
Ads
Siang Bawa Grab, Malam Wajib Untuk Keluarga
7) Kerja di siang hari. Malam masa untuk keluarga. Beliau akan pastikan sebelum Maghrib mesti stop bawa grab.
8) Anak muda jangan memilih kerja. Buatlah apa juga pekerjaan yang halal.
9) Kita tak perlu jadi ustaz atau ustazah untuk sampaikan ilmu dan kebaikan.Bila kita buat baik dengan orang, Allah akan temukan kita dengan orang yang baik-baik.
10) Solat awal waktu.Dan beliau akan pastikan beliau solat di masjid. Sebelum azan, beliau dah terpacak di masjid. Keluar masjid, on grab. Bertalu-talu Allah hantar customer. Non-stop.
11) Sedekah setiap hari. Nilai kecil takpe, yang penting ikhlas.
12) Bila kita buat apa yang Allah suka, Allah akan atur semua urusan kita mudah jek.
13) Ada seorang imam bagitahu beliau, kalau nak pergi haji tapi belum ada rezeki panggilan mahupun duit, baca selawat haji setiap hari.
Ads
Saya sertakan erti selawat haji
“Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang dengan rahmat itu semoga Engkau menyampaikan kami berhaji ke rumahMu yang mulia dan berziarah ke makam Nabi Mu Muhammad SAW kepadanya dipenuhkan kesejahteraan. Semoga kami sentiasa dikekalkan di dalam sihat walafiat, selamat dan tercapai segala hajat dan limpahkan pula rahmat, berkah dan salam kepada keluarganya dan para sahabatnya”
14) Ada orang Pakistan share pada beliau. Setiap pagi selepas Subuh, amalkan baca Yassin. Selepas itu, dimulakan doa dengan menyebut, Ya Allah, ini sunnah Rasulullah SAW dan aku mengikut semua sunnahnya. Kau permudahkanlah segala urusan ku hari ini dan makbulkanlah segala hajatku.
Kejutan Sebelum Turun Kereta
Ok tu jek kot. Kalau ada yang saya teringat balik, saya share lagi.
Tapi ada 1 perkara yang buat saya terkejut sebelum turun kereta.
“Alhamdulillah, hari ini saya dapat ilmu dari adik. Dan adik juga dapat ilmu dari saya. Saya tak pandai menulis kat FB. Ada orang pandai menulis, jadi tulislah. Share pada ramai orang”
Aikk! Dia tahu ke aku suka menulis? Ajaib ni. Mungkin muka ada cop penulis? Kahkah.
Silakan share sekiranya bermanfaat.
Moga-moga Encik Mohamed, Imam Masjid dan Orang Pakistan (serta saya) dalam cerita di atas dapat tempias pahalanya.
Dilema mak-mak selepas naik pangkat jadi ibu, nak kurus dan mampu uruskan hal rumah tangga dengan sempurna walau masih gigih cari duit poket tepi sendiri.
Ya, kalau sebenarnya kebanyakan wanita bergelar isteri mengidam nak nak cantik, slim dan boleh masak untuk keluarga tersayang. Tetapi macam mana? Kadang diri sendiri pun tak sempat nak makan, apa lagi nak calit ‘warna-warna’ kat muka.
Haaa… ada mak-mak mampu buat, ini salah seorang daripada jutaan ibu yang berjaya urusakan masa dan pandai jaga body. Anda mesti teruja nak tahu apa rahsia ibu anak tiga, Puan Norafiza Mahmud amalkan dalam kehidupan hariannya…
Hello semua, cik oya sini. I’m mother of 3 and I’m ur personal trainer. OK tutup mata.
Bagaimana hendak menjadi isteri yang boleh masak laju dan kurus bergaya. Ehhh, bak kata orang macam anak dara lagi la. Rupanya anak beratur macam anak ayam. Ha ha sila muntah.
Macam mana pula hendak menjadi guru kepada anak-anak. Satu hal juga. Nak Ikat kain pun tak sempat mak aku cakap.
Itu la ayat emak di masa remaja aku. Pedih kena “sound”.
Pertama
Mental kena kuat. Orang perempuan ni selalu emosi, bila emosi habis rumah terbalik. Alasan padu yang selalu digunakan adalah period. Aku rasa orang lelaki pun muak dengar.
Kedua
Cipta aktiviti sendiri. Maksud aku, pergi joging, bersenam di luar rumah, bayar rm5 – rm10 untuk gym, daftar kelas zumba atau boxing. Ikut lah mana mana satu kelas yang mampu.
Ketiga
Susun kembali cara kerja di rumah agar lebih tersusun. Contoh : gosok baju seminggu sekali, basuh baju di awal subuh. displinkan diri dahulu baharu seisi keluarga akan mengikut cara kerja yang kau orang telah sediakan.
Asalkan kita keluar dari lopak kebiasaan.
Sudah aku kata lopak. Mesti la basah, kotor, busuk dan Sebagainya.
Lopak tu diri kita la. Bila duduk selesa dengan keadaan diri kita yang serba serbi terlondeh memang akan mempengaruhi persekitaran.
Umpama diri kita sendiri sebenarnya yang negatif. Aura kita tidak sampai. Nak jadi online seller pun malas. Aura tu takda wak.
Cuba kau orang bayang kan!
Kau orang tinggi 155cm. Berat 50kg. Calit sedikit wangian di tepi tudung, blusher merah merah pink, bibir mugil nude dan pinggang 28inci.
Agak-agak kau orang la kan. Berapa banyak aura kau orang boleh sampai dan tarik orang untuk mendapat aura dari kau orang.
Cik oya boleh buat. Takkan kau orang tidak boleh.
Usaha. Usaha. Usaha.
Tip Mak-mak Nak Kurus
Kalau dah diet tapi berat tak turun juga, itu bermaksud tahap diet Itu perlu diubah dan lebih hard-core.
Contoh:
2 bulan pertama makan nasi tetap boleh kurus.
Masuk bulan ke 3. Berat statik. Tak nak turun.
Ini bermakna. Awak perlu tukar jadual diet. Buang nasi dan lebihkan sayur dan buah.
Di tahap ini. Badan bukan lagi lemak air. Lebih kepada lemak tepu. Ini yang awak perlu start joging dan bersenam.
Ada mak-mak perlu detox kulit muka untuk pastikan tiada jerawat yang tersembunyi di bawah kulit.
Sekali detox. Itu dia, jerawat tumbuh sebiji di dahi.
Dalam 2 hari sahaja jerawat tu melepak. Cik oya banyak minum air kosong. Gula memang tidak ambil langsung. Maka, cepat la jerawat Itu lari.
Cik oya guna lemon je. Lumur pada muka dan diamkan selama 15minit.
Nota :
Asid lemon sangat tinggi untuk kulit. Tidak semua kulit serasi. Kau orang cuba dahulu di bawah dagu sebelah pipi.
Mudah sahaja. Tinggalkan En.Malas,
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Indah dan bahagianya rumah tangga bila setiap pasangan memberi fokus sepenuhnya pada pasangan masing-masing. Ini tidak, setelah bertahun-tahun melayari bahtera perkahwinan, hubungan suami, isteri nampaknya semakin tawar.
Rumah tangga yang tinggal adalah hanya dibina dengan saki baki perasaan yang ada. Ungkapan sayang jadi acuh tak acuh saja.
Sedarlah mak, ayah… Rumah tangga adalah keutamaan selepas berkahwin, usahlah jadi hero di luar nampakkan bahagia tetapi di rumah seperti tunggul kayu.
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan hadam baik-baik iya:
Bina Rumah Tangga Dari Saki Baki Perasaan
Ramai hari ini membina rumahtangga daripada saki baki perasaan yang ada. Baki sayang yang ada, itu yang dia guna untuk rumah tangga dia.
Baki perhatian yang ada, itu yang dia beri pada pasangan. Lebihan kata-kata indah yang dia sudah beri punya banyak pada orang lain, itu yang dia ungkap pada pasangan.
Senyum kita banyak kita habiskan dengan kawan-kawan. Sedikit kita bawa balik rumah.
Usahlah Jadi Hero Di Luar, Di Rumah Tunggul
Bergelak ketawa pun sebanyaknya kita tumpahkan di luar rumah. Terkenal lah kita sebagai seorang yang riang dan sentiasa gembira.
Balik rumah sudah tak ada modal nak ketawa dengan pasangan. Kita pulang ke rumah, yang tinggal cuma muka yang masam.
Dahi yang berkerut. Mulut yang asyik nak marah. Mata yang penuh penat, merah dan menunggu masa untuk lelap tak pedulikan mata pasangan kita yang tunggu untuk ditatap.
Kawan-kawan yang baik, Selepas kita berumahtangga, fahamlah keutamaan kita adalah rumah kita. Bukan kehidupan di luar rumah.
Hidup di rumah ini dah tentu bersama suami, isteri, anak-anak dan keluarga. Bukan keutamaan di luar dengan kawan-kawan atau kenalan.
Maka usahlah di luar dia hero, di rumah dia cuma jadi tunggul kayu. Ada macam tiada. Tak ada peranan. Tak memberi apa-apa melainkan sedikit sahaja.
Nyatakan sayangnya sedikit, perhatiannya macam tak ada, kata-kata indah dah bertahun tak terucap dan ketawa pun terpaksa.
Allahu. Berubahlah. Sedar yang tanggungjawab utama kita di rumah. Apa yang ada di luar adalah alat dan bahan tambah untuk kita suburkan kasih sayang di dalam rumah.
Begitulah. Firdaus Mokhtar, Berjela pula orang yang mesej cerita hal rumah tangga terbiar.
MW: Bila di luar bukan main ceria, tiba di rumah lain pula ceritanya. Jangan biarkan rumah tangga mak, ayah begini lama-lama. Bimbang jika dibiarkan hilang terus kasih sayang yang tinggal.
Bagi seorang isteri, kehilangan suami yang menjadi tempat berkongsi kasih dan berlindung pastinya sangat dirasai. Meskipun terpisah jasad dan jodoh di dunia, segala kenangan manis tetap didalam ingatan dan sanubari. Hanya doa dipohon dalam setiap sujud semoga rohnya diberi ketempatkan dikalangan orang-orang beriman dan dipertemukan kembali di syurga.
Sungguh pantas masa berlalu, sudah hampir setahun Pelawak terkenal yang disayangi ramai, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia. Arwah meninggal dipercayai akibat demam panas pada 10 Februari 2020.
Sempena mengingati ulangtahun Hari Lahir arwah suami tersayang pada 19 Januari baru-baru ini, Nor Hidayah Mohd Ali ada kongsikan video bergambar dan ucapan yang cukup meruntun hati didalam Instagramnya.
Perkongsiannya seperti berikut;
Selamat Hari Lahir Suamiku,
Walaupun terpisah dunia tetapi rohnya sentiasa disisiku.. Ku percaya dia sentiasa menemaniku. Ini sedikit kenangan-kenanganku bersama Allahyarham suamiku saat-saatku mengandungkan anakku harta yang tak ternilai Syed Uthman Hamzah.
Aku akan terus mendukung namamu hingga ke syurga kelak. Selagi hayatku masih ada dan menjadi Bidadarimu hingga ke akhirnya. Tak semestinya tak pergi tempatmu,ku Lupa kan mu. Setiap masa, setiap saat, setiap detik TIDAK pernah ku lupa akan ku selit namamu di dalam doaku Dan setiap sujudku, Al-fatihah untukmu imam ku Syed Umar Mokhtar.
Syed Uthman Hamzah harta yang tak ternilai akan ku jaga dan akan ku bimbing anak kita menjadi anak yang soleh. Bila dia besar dia akan mendoakan ayah dia di syurga dan berbakti kepada ibu dan ayah mu.
Alhamdulliah syukur pada Allah sekarang ku ada kedai sendiri. Berkat doa-doa anda semua saya berjaya sampai sekarang. Terima kasih Mak,abah,keluarga,saudaraku, kawan-kawan ku selalu support dan mendoakan ku berjaya sampai sekarang ini. Susah senangku keluarga ku sentiasa ada bersama ku dan anakku.
Ku akan terus kuat dan teruskan perjuanganku untuk membesarkan anakku, terus mencari pahala untukmu dan kita kongsi pahala bersama-sama.
Terdahulu, arwah Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 1 tahun 4 bulan.
MW: Alfatihah untuk arwah abam semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Memang bukan mudah bila kehilangan suami yang dikasihi, semoga Hidayah terus diberi kekuatan, dimurahkan rezeki untuk meneruskan kehidupan bersama anak tersayang.
“Rezeki Anak, Hadiah Dari Allah” — Ibu muda berpantang, Nurshafikah Abd Manaf, raih dua anugerah tertinggi di Konvokesyen UniSZA ke-17 walaupun baru sebulan melahirkan anak.