Keluarga besar. Memang seronok bila adik beradik berkumpul. Tak perlu orang lain dah, cukup dengan mereka saja. Macam-macam karenah pun ada.
Tak dinafikan, mak ayah dulu-dulu ramai anak tapi sekarang ini susah nak lihat keluarga besar. Kalau anak 5 orang pun dah kira paling ramai sebab biasanya hanya 2-3 anak saja.
Anak ramai ni memang seronok tapi dari segi perbelanjaannya pun boleh tahan juga. Apa pun, rezeki anak pasti anak. Inilah salah satu keluarga besar di Britian yang mempunyai 13 anak. Hebat sungguh.
Alexis dan Davie adalah pasangan yang mempunyai keluarga terbesar di Britian. Mereka bakal mempunyai anak ke-13. Ini adalah anak terakhir buat pasangan ini kerana mereka bersetuju untuk ‘tutup kilang’ memandangkan jumlah perbelanjaan yang besar utuk keluarga mereka.
Pasangan ini mempunyai anak bernama Campbell, 20 tahun, Harrison, 19 tahun, Corey, 17 tahun, Lachlan, 14 tahun, Brodie, 12 tahun, Brahn, 11 tahun, Hunter, 9 tahun, Mack, 8 tahun,, Blake, 6 tahun, Rothagaidh, 5 tahun Cameron, 4 tahun, Orran , setahun, dan Scarlet, 5 bulan.
Ads
Keluarga itu boleh membelanjakan £120 (RM570) sehari dengan membeli makanan di Tesco. Antara yang diperlukan untuk keluarga ini adalah menggunakan 7 liter susu, tiga keping roti, satu kotak bijirin gergasi dan dua pek kerepek setiap hari.
“Kami terpaksa membeli katil tiga tingkat supaya semua orang mempunyai tempat untuk tidur dan membeli dua sofa sudut besar supaya kami semua boleh duduk serentak.”
Boleh dikatakan bil perbelanjaan keluarga ini melebihi £5000 (RM23775) sebulan. Ini tidak termasuk bil eletrik yang dibayar sebanyak £750 (RM3566) sebulan. Selain itu, bil makanan pun mencecah lebih £3000 (RM14265) sebulan.
Walaupun berada dalam keluarga yang besar, segala perbelanjaan mereka adalah hasil daripada pendapatan Davie sebagai pemandu kereta api dan Alexis pula bekerja sambilan bagi membantu suaminya. Mereka tidak menuntut dan menerima mana-mana bantuan aripada kerajaan.
Ads
Tambah Alexis lagi, dengan keadaan sekarang ini kos sara hisup semakin meningkat. Jadi pasangan ini perlu berjimat cermat dan mengira setiap sen yang keluar masuk.
“Kami jarang makan di luar dan saya lebih suka masak sendiri di rumah dengan hidangan yang banyak untuk diberi makan setiap anak, “ katanya.
Kehidupan Seperti Keluarga Lain
Mungkin ada yang beranggapan dengan jumlah seramai 13 anak ini, tentu keadaan bising dan ‘huru-hara’.
.
Ads
“Sebenarnya, rutin harian kami seperti orang lain juga. Membuat kerja rumah, anak ke sekolah dan mereka berehat dan baring menonton televisyen.
“Malah, waktu tidur kami juga seperti biasa, tidak terganggu dan nyenyak sepanjang malam. Kami bahagia dengan kehidupan yang kami miliki,” katanya.
Mingguan Wanita : Seronok bila ada ahli keluarga ramai. Masa kecil memanglah agak kelam-kabut tapi bila masing-masing dah besar dan ada kehidupan sendiri, terus sunyi rumah.
Selepas selamat melahirkan cahayamata pertama yang diberi nama Siti Aafiyah pada 2018, penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza semalam telah selamat menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta, sebagai persediaan hamil anak kedua.
Kaedah Rawatan IVF
Siti, 41, berkata, prosedur itu perlu dilakukan kerana dia akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya untuk kehamilan pertama.
“Pagi tadi, Siti menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana Siti akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah Siti lakukan sebelum ini.
“Siti harap semua pihak dapat doakan Siti supaya segera sembuh,”katanya.
Kongsi Di IG Story
Semalam, penyanyi bersuara emas ini ada memuat naik foto yang memaparkan dirinya berada di hospital serta keterangan gambar yang menyatakan dia selamat menjalani pembedahan kecil di Instagram (IG) Story. Namun, Siti tidak memaklumkan dengan lebih lanjut jenis pembedahan yang dibuat.
Sebelum dimasukkan ke wad, Siti telah mengiringi persembahan Bob Yusof mendendangkan lagu Anta Permana pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, Ahad lalu. Penampilan tersebut, sekaligus mengubat rindu para peminatnya di pentas pertandingan berprestij ini.
Majlis konvokesyen adalah hari paling bersejarah buat mereka yang bergelar mahasiswa. Ini masanya untuk mereka diraikan selepas beberapa tahun belajar di pusat pengajian.
Malah, hari paling bererti juga sebab dapat berkongsi bersama mak ayah yang turut hadir dalam majlis konvokesyen tersebut. Inilah masanya untuk membanggakan mak ayah atas kejayaan sehingga dapat merangkul scroll yang diimpikan oleh setiap pelajar.
Detik dan debaran sudah pastinya saat melangkah ke atas pentas. Tak kurang juga sorakan dan tepukan daripada mak ayah dan kawan-kawan seperjuangan di dalam dewan.
Sejak kebelakangan ini, bila sebut dewan anugerah apa-apa pasti ada sesuatu yang boleh menarik perhatian terutamanya aksi daripada pelajar itu sendiri. Namun, apa yang menarik perhatian dari perkongsian ini adalah aksi mak ayah pula.
Satu video di TikTok dikongsikan oleh Nurulmohdshah memaparkan aksi comel mak ayah mentuanya ketika menghadiri majlis konvokesyen anak mereka di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia hingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kamera yang sedang merakam suasana di dalam dewan itu sedang memberikan tumpuan pada tetamu yang hadir.
Menyedari kamera sedang fokus kepada mereka, pasangan ini terus mempamerkan peranti yang tertera ‘sedang mencari calon menantu’ sambil ketawa dan memaparkan gambar seorang gadis di dalam peranti lain.
Aksi itu juga membuatkan tetamu yang berada dalam dewan tersebut terhibur dan ketawa dengan gelagat mereka yang dikatakan ‘sporting’.
.
Perkongsian tersebut turut menjadi perhatian ramai kerana terhibur dengan pasangan itu dan menyifatkan mereka adalah ibu bapa yang ‘sporting’.
Mingguan Wanita : Terus yang bujang munculkan diri ni.
Majlis perkahwinan atau apa-apa majlis keraian sekalipun, dah tentu tetamu akan ternanti-nanti doorgift yang akan diberikan pada tuan rumah. Bukan apa sekadar untuk kenangan hari bahagia itu.
Tak terkecuali juga buat tuan rumah mahupun bakal pengantin mesti akan terfikir apakah yang sesuai untuk diberikan kepada tetamu sebagai tanda kenangan. Paling penting doorgift itu tidaklah membazir dan memberi manfaat kepada mereka yang menerimanya.
Salah satu trend yang selalu tuan rumah dan pengantin bagi adalah berasaskan makanan. Tak kiralah kicap, pek mini beras, sos tomato dan roti. Comel sangat dan dikira tidak membazir sebab ia boleh dimakan dan digunakan untuk mak-mak.
Tapi, terfikir juga bagaimana nak dapatkan doorgift seperti ini. Nak kena tempah di mana dan caranya. Bagi yang sinonim dengan produk Gardenia dan ingin hadiahkan pada tetamu, wanita ini kongsi cara nak tempah.
1. Telefon kilang gardenia di talian 03-51613228 dan mintalah bercakap dengan orang yang bileh uruskan tentang tempahan untuk majlis yang bakal diadakan.
2. Bagi tahu Cik/Puan/Datin/Puan Seri nak tempah berapa banyak roti. Kalau nak tau harga sila lah tanya dulu. Kalau kena dengan bajet boleh proceed langkah seterusnya.
3. Lepas dapat harga, mereka akan bagi no akaun gardenia & email. Apa kita kena buat, kita kena bayar duit dan kita kena email resit dalam bentuk PDF.
4. Waktu send email bagi sekali details kita. Nama, Alamat, Tarikh nak anta roti, berapa banyak roti nak dan no telefon kita.
5. Okey, sampai hari kejadian tak perlulah nak gelabah apa. Memang lori gardenia akan sampai depan rumah kita.
6. Dah sampai, kita pack sendiri lah roti masuk dalam kotak tu. Kita bayar harga roti dan harga kotak itu sekali. Dalam RM2.65 (masa saya buat tempahan). Sekarang tak tahulah berapa harganya.
7. Tak ada charge delivery. Percuma sahaja sampai depan pintu rumah kita.
JIKA BAJET HAMPA BAWAH RM 2. BOLEH TEMPAH NUMEE GARDENIA, SIAP SEKALI KOTAK JUGA.
Ok. selamat menempah!
Mingguan Wanita : Senang sangat. Rasanya mana-mana jenama produk makanan mungkin sediakan doorgift untuk sebarang majlis, cuba kita kena telefon di kilangnya sendiri atau pejabat urusan.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!