Percayalah kekuatan asmaul husna boleh membantu anak-anak tempuh peperiksaan dengan lebih tenang dan yakin.
Jadi mak ayah yang ada anak nak tempuh peperiksaan boleh amalkan zikir ini, info padat daripada Rosmanita elin, rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, program di Tanjung karang.
Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..
Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x
Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan 1x
Ads
Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x
Allahumma 1x
Ya Baari’. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.
Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya.
Mudah-muadahan perkongisan ini dirahmati Allah.
Ads
Dalam Al-Quran surah Al A’ Raf.. ayat 180. Buka dan carilah apa Allah kata tentang Asmaul Husna.
Ini pula cara kedua yang mak ayah boleh buat…
1. Buat solat taubat, solat hajat khusus untuk anak. Dalam doa tu sebut nama anak…
Ya Allah, Kau kembalikan segala elmu yang anakku (sebut nama anak) tahu, izinkanlah anakku (sebut nama) menjawab soalan dengan baik dan lapang dada. Jadikan anakku (sebut nama) seorang professional yang mukmin.
Ads
2. Sepanjang anak exam, baca yassin atau zikir, bayangkan korang duduk sebelah anak dalam dewan peksa. Baca sepanjang anak jalani exam.
3. Pastikan anak gi exam dalam keadaan berwuduk.
4. Maafkan anak-anak dengan ikhlas.
5. Mak ayah bersedekah. Klu naik teksi, bayar lebih, atau bayar lebih kat makcik-makcik jual kuih, nasi lemak atau banje kawan opis sarapan. Bila kita gembirakan orang lain, Allah pasti gembirakan kita.
6. Pastikan environment kat umah dalam keadaan positif. Elakkan marah-marah adik-adik atau abang kakak yang lain untuk elakkan suasana tegang kat rumah.
Moga Allah berikan keputusan terbaik untuk anak-anak semua. Amin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jodoh adalah rahsia Allah SWT. Tiada siapa yang tahu siapakah jodohnya sehinggalah tiba masanya. Namun, sering kali menjadi cemuhan dan bualan bila melibatkan jodoh di antara lelaki muda dengan wanita berusia. Atau gadis muda dengan lelaki yang terlalu jarak usianya.
Apa pun, tak ada salahnya. Bahagia tetap mampu diraih. Cuma betulkan niat ye…
“Dr., okey tak kalau saya terima gadis yang lebih tua daripada saya?” tanya seorang pemuda.
“Jarak umur berapa tu?”
“Jarak lima tahun Dr. Saya baru 25, dia 30. Tapi kami nekad nak kahwin. Okey tak nanti jadinya?”
“Okey ke tidak bergantung pada apa niat kamu. Apa niat kamu nak berkahwin tu?”
“Rasanya dah sampai masa. Lagipun dah sanggup pikul tanggungjawab. Errr, kawan-kawan semua dah kahwin Dr.”
Jodoh Dah Sampai
Saya tertawa dengan jawapan yang hujung itu. Kalau alasan serupa itu semata-mata, bukanlah kuat untuk menempoh kehidupan yang sedikit pelik, kelak.
“Kahwin sekadar ikut-ikut ni bahaya. Tambahan lagi bakal isteri lebih tua daripada kamu. Dia mungkin lebih dulu kereput, sedang kamu masih muda belia. Macam mana tu?” Duga saya.
“Rasa-rasanya saya boleh menerima Dr. Alah, lawa-lawa sangat pun akhirnya tua juga. Yang muda pulak demand tinggi. Tak ada dua puluh ribu tak mahu kahwin, sedangkan saya ni baru bekerja, manalah ada duit.”
Saya menunjukkan isyarat bagus. Kahwinlah dengan siapa pun, tak kira sama umur atau lebih tua, yang penting niatnya kena betul. Kalau niatnya betul, insya-Allah semua masalah dapat dilalui dengan mudah.
Yang dikatakan niat yang betul itu macamana? Allah. Niatkan kerana Allah. Berkahwin kerana Allah akan menjadikan perkahwinan itu sangat berkat, moga-moga bahagia hingga ke sudah.
Macam pemuda tadi, dia hendak berkahwin dengan gadis yang lebih tua, kalau dihenyak dengan telahan, “Apalah kau ni kahwin dengan orang yang lebih tua!” jawab “Aku kahwin kerana Allah,” akan senyaplah si penemplak. Andai ada orang berani mempertikai niat serupa ini, berani sungguhlah dia untuk berdepan dengan murka Allah.
Kebaikan Bila Jodoh Wanita Lebih Tua
Sebenarnya berkahwin dengan wanita lebih tua ini baik sebab selalunya selain pemikiran matang, kerja juga sudah stabil. Sebaik berkahwin boleh membeli rumah, kereta dan lain-lain, berbanding berkahwin sama umur, sama-sama 22 tahun, susah juga tu untuk mengumpul harta kecuali dua-dua bekerja. Tetapi kalau suami sahaja bekerja, tinggal pula di bandar, ada sedikit susahlah.
Alasan kedua yang mesti diambil kira ialah sunnah. Ingatlah sejarah Nabi Muhammad s.a.w berkahwin dengan Khatijah. Ketika itu Nabi s.a.w tersangat muda sedangkan Khatijah berusia lanjut, janda pula. Tetapi oleh kematangan yang dimiliki oleh Khatijah menyebabkan Nabi s.a.w dapat menempuh detik kerasulan dengan baik sekali.
Stabil Emosi Dan Material
Moga-moga perkahwinan anda dengan gadis lebih berusia mendatangkan kehidupan yang stabil dari segi mental, emosi dan material. Saya sendiri mempunyai ramai kenalan yang berkahwin dengan gadis lebih tua, sesetengahnya hingga jarak 10 tahun. Kehidupan mereka terus baik sehingga hari ini. Sebab itulah, niat yang betul kena dipasak terlebih dahulu, sekiranya terlepas, masa untuk memperbetul sentiasa ada.
Alasan ketiga adalah keserasian. Jika anda sanggup mengambil gadis yang lebih tua bermakna anda seorang yang sangat boleh bertolak ansur. Memang hidup ini perlu diterima seadanya, usah terlalu rakus oleh kehendak yang muluk-muluk sebab kemahuan serupa itu selalunya terdorong oleh sifat mahu menunjuk, ego, perasan bagus dan lain-lain.
Sebaliknya apabila rela menerima seseorang seadanya dia, bermakna kita juga seorang yang lunak. Kehidupan sememangnya perlu dilalui dengan humble, barulah segala-galanya menjadi penyebab untuk rasa bahagia dengan sempurna.
Bersedia Untuk Berdepan Cemuhan
Apabila kita membuat keputusan memilih sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan itu bukti kita istimewa. Namun, perlu jugalah diingat, sesuatu yang sedikit berlainan daripada kebiasaan selalunya juga akan menjadi perhatian. Bersedialah untuk berhadapan dengan apa saja, baik berupa cemuhan mahupun pujian. Orang memuji, sesetengahnya bukan jujur tetapi menyimpan sindiran tajam.
Apapun setiap orang ada pilihan tersendiri. Apapun pilihan kita, pasakkanlah dengan tiga alasan utama tadi. Apabila menghadapi masalah baik datangnya dari diri sendiri, dari pasangan mahupun keadaan sekeliling, tebat diri dengan tiga alasan berkenaan – ALLAH, Nabi s.a.w dan keserasian. Anda akan stabil dan tenang.
Usah terlalu diambil kira kata-kata manusia, andainya ia baik jadikan itu perangsang tetapi andainya tidak, jadikan itu pembakar semangat untuk lebih cemerlang. Orang bermotivasi tinggi tidak pernah lemah oleh kata-kata orang. Jangan keliru-keliru ye. Ingatlah, apapun kalau baik, ia sentiasa baik.
Pelakon Elvina Mohamad sifatkan penyondol berfikiran singkat, sondol suami orang semata nak hidup mewah. Pelakon Datin Elvina Mohamad menyifatkan wanita yang sanggup menggugat kebahagiaan rumah tangga orang demi kepentingan peribadi sebagai individu berfikiran singkat.
Pelakon Elvina Mohamad Sifatkan Penyondol Berfikiran Singkat
Ujar Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 29, memang wujud segelintir wanita yang berfikiran pendek dan sanggup mengorbankan prinsip demi meraih kehidupan mewah dengan cara yang salah.
“Sebenarnya ada wanita yang fikir singkat. Nak hidup senang, nak mewah, cuma perlu ‘sondol’ suami orang.
“Tetapi, bila mereka melangkah ke alam perkahwinan, semua itu tak seindah yang disangka.
“Sampai sekarang usia perkahwinan saya sudah tujuh tahun dan macam-macam yang kami sudah lalui,” katanya menerusi video dalam TikTok.
Sondol Suami Orang Semata Nak Hidup Mewah
Elvina, yang telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun bersama suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan, berkongsi pengalaman hidup berumah tangga yang menuntut komitmen dan pengorbanan, jauh dari bayangan kehidupan mewah yang mudah.
Belajar berdikari, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu juga turut menitipkan nasihat buat kaum wanita agar memiliki kerjaya sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada suami untuk kelangsungan hidup.
“Saya rasa kalau nak duit, bekerja dan usaha sendiri. Walaupun pasangan kita kaya-raya, tak boleh bergantung sepenuhnya pada mereka.
“Sebab pada akhirnya kita sendiri yang kena tanggung, jadi sediakan payung sebelum hujan.
“Saya nasihatkan pada perempuan di luar sana, mereka perlu ada karier sendiri,” tegasnya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga mendedahkan pernah menerima mesej-mesej pelik dalam media sosial sejak dahulu, termasuk daripada individu yang tidak menghormati status perkahwinannya.
“Walaupun saya dan suami kerap berkongsi mengenai kehidupan kami dalam media sosial, masih ada yang berani DM (direct message) dengan niat untuk mengganggu.
“Mereka tahu saya dah berkahwin, tapi sengaja buat-buat tak tahu. Sampai saya terpaksa sekat mereka kerana mesej-mesej itu mengganggu,” jelasnya.
Elvina Mohamad telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan pada Mac 2018 lalu.
Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Karl Mateen dan Ean Maleeq.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berkongsi bab pengorbanan hidup ini, ada satu perkara yang rata-rata para ibu lakukan namun jarang sekali untuk mereka berkongsi tentangnya. Kerana mana-mana ibu sekalipun akan buat yang terbaik untuk anaknya kerana inilah yang dinamakan pengorbanan ibu menyusu.
Bersyukurlah ibu ini, Siti Nurfarrah Haimid berkongsi pengorbanan perjalanan menyusukan setiap 4 orang anak-anaknya. Kerana, kisah nyata ini boleh dikongsikan dan difahami ramai. Agar mereka tahu, sebenarnya bukan mudah malah struggle sebenarnya nak melengkapkan penyusuan setiap anak sehingga 2 tahun lamanya.
Pengorbanan…
2009 sampai saat ni.
Sis breastfeed semua anak-anak seratus peratus.
Sis kira ini antara pengorbanan paling manis.
Sis suka.
9 Pengorbanan Ibu Menyusu, Walau..
1. Banyak Kali Demam Sebab Bengkak Susu
Allah jer tahu sakit dia macamana. Kadang-kadang rasa magik sebab selalu kalau baby tidur dan kau keluar sekejap beli barang. Tiba-tiba rasa bengkak. Confirm hasben call. ‘Balik cepat.. baby nangis nak susu.’ hebat!.
2. No Beauty Sleep
Gituh.. sis tidur sehari 5,6 jam. Selang-selang bagi susu dalam tempoh 5,6 jam tu. Baby menyusu lepas kenyang, dia akan melekat lagi. Kena bagi betul-betul lena. Baru kita leh lena. Kalau masa tu berlebih lagi la..
3. Anak Melekat Jer La Dengan Mama
Tak boleh pas kat orang lain. Susu kat mama kata papa.
4. Orang Kata Menyusu Bayi Boleh Kurus
Tapi jangan lupa, menyusu baby cepat lapar. Tak boleh lapar, banyak makan. Kena pilih makanan. Apa-apa kena fikir anak. So prinsip tu la sis makan jer. No diet. Pallng sedih kalau jadi apa-apa kat anak. Orang akan tanya. Hah! mak dia makan apa yer sampai anak sakit? Pulakkk..
5. Masa Mengepam Susu
Selalunya benda ni rutin. Kalau kita dah biasa pam pukul 1, kalau lewat dari masa/rutin.. automatik kita rasa sakit@bengkak susu.. oh bengkak susu bukan boleh diubati sekelip mata.
Kau akan rasa seksa dan kesan dia makan sehari suntuk. Belum lagi kalau tiba-tiba masa rutin tu tiba-tiba ada meeting mengejut dan satu hal yang pasti, kalau kau mengepam tergesa-gesa dan stress. Ikut pengalaman sis, dari 5 auns yang biasa sis pump, sis akan dapat setengah auns jer.. huwaaa!
6. Sis Lama Dah Tak Beli Handbag
Sebab rasa beg isi segala kelengkapan mengepam susu lagi penting plus harga pun bleh tahan. Kalau teragak juga beli la handbag fufu. Kalau tertinggal beg ni.. risaunya tuhan jer la tahu.
7. Bila Terpaksa Menyusu 2 Anak Serentak
Ok..ni bab kena pot pet. Sis menyusu anak nonstop dari 2009. Kebetulan masa pregnant Adam, Qeysha still menyusu sampai Adam lahir. So menyusu dua orang serentak. Ada makcik tu panggil sis ibu kucing. Meooowwww..
Qeysha stop menyusu masa umur dia 3 tahun. Adam 2 tahun dan terus menyusu sampai pregnantkan Ayra. Ayra lahir baru Adam stop. Macam tu la Ayra dan Idris.
Paling rare, sis menyusu anak dalam labour room. Mula-mula nurse tak bagi. Tapi sis start menangis. Hasben tak tahu nak buat camaner. Merayu juga ke nurse nak bawa anak.. giler!
Isu kecam ni sis kuatkan hati sebab apa yang orang tua tegur tu.. sis dengar dan hadam. Tapi setiap kali nak stopkan breastfeed anak, sis yang meroyan. Huwaaa drama sangat. So sis letakkan harapan dan doa pada Allah
8. Ni Paling Ngeri Dan Kerap Jadi
Rumah sis sejenis asal petir jer suis elektrik utama tendang. Sso kalau balik kampung, memang sis akan simpan segala stok susu pada orang lain. 5 botol rumah si polan, 5 botol kat nursery, 5 botol kat rumah ipar duai dan lain-lain. So kalau elektrik tak ada. Susu yang rosak ada backup. Ikut sejarah 3 kali jadi dan first time jadi stok susu 30 botol x 5 auns rosak. Beriya la nangis-nangis cerita kat orang. Diaorang cuma kata, “pump dan buat la stok balik….baikkkkkkk.”
Kesimpulannya:
Perjalanan menyusukan anak sis kira cebisan pengorbanan sis untuk anak-anak. Semoga ada kebaikan untuk mereka satu hari nanti.
Jua..
sis sangat menghormati semua ibu-ibu tidak kira yang bagi susu ibu atau susu formula. Kadang-kadang kita berusaha sedaya mungkin untuk sesuatu perkara tapi semua atas izinNya. Pengorbanan ibu tiada nilai tara.
Selamat Hari Raya Qurban
Di kala pengorbanan itu perlu kerana kebaikan
Lakukanlah..
Sungguh..
Segalanya punya hikmah..
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.