Kejar Pendapatan Lumayan, Graduan Universiti Berhenti Kerja Pejabat Nekad Jadi Tukang Cuci! Siapa sangka walaupun bekerja sebagai tukang cuci namun tetap boleh menjana pendapatan lumayan, berbanding pekerjaan lain. Meskipun mempunyai pendidikan tinggi, graduan universiti ini nekad berhenti kerja pejabat dan memilih untuk menjadi tukang cuci secara profesional.
Berhenti Kerja Pejabat
Seorang wanita di China tular kerana mampu membeli rumah selepas berhenti bekerja di pejabat, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Liu Xiaoli dari Henan merupakan graduan universiti yang pernah bekerja sebagai pekerja pentadbiran di pejabat. Kerjaya itu bagaimanapun tidak menghasilkan pendapatan lumayan buat dirinya.
Jadi Tukang Cuci
Ibu kepada dua anak itu akhirnya memutuskan untuk menukar pekerjaan sebagai tukang cuci.
Ads
“Anak saya mula bersekolah dan ibu bapa saya semakin tua. Saya memerlukan lebih banyak wang.
“Selepas menjadi tukang cuci, saya takut untuk memberitahu ibu bapa saya dan tidak mahu mereka dimalukan,” kata Liu dalam temu bual bersama media tempatan, Ding Duan Xin Wen.
Kewangan Bertambah Baik
Selepas setahun menyembunyikan pekerjaan itu, Liu akhirnya mendedahkan kebenaran kepada ibu bapanya. Mereka ternyata menerima pilihan Liu.
Liu semakin bersemangat apabila mendapat sokongan mereka. Setelah bekerja sebagai tukang cuci profesional selama dua tahun, keadaan kewangannya bertambah baik.
Ads
Dia kini berjaya membeli dua rumah dan kereta hasil kerja kerasnya menawarkan khidmat pembersihan dari rumah ke rumah.
Kisah wanita itu menarik perhatian ramai pengguna di media sosial. Video memaparkan aktivitinya membersihkan rumah mendapat lima juta tontonan.
Mingguan Wanita: Biar apa pun pekerjaan, jika rajin berusaha tidak memilih kerja mampu mendatangkan pulangan yang lumayan. Apatah lagi kerjaya sebagai tukang cuci profesional memang ada permintaan ramai dan mampu mendapat keuntungan.
Bertabahlah orang kerja KL, gangguan LRT highway jem luar biasa. Ramai lewat 3 jam ke tempat kerja. Penutupan selama seminggu Transit Aliran Ringan (LRT) melibatkan 16 stesen bermula dari Stesen LRT Kelana Jaya hingga ke stese LRT Ampang Park yang bermula semalam membuatkan ramai warga kerja khususnya kotaraya Kuala Lumpur mengeluh.
Ini kerana selain bas disediakan seakan tidak mencukupi, ramai yang akhirnya memilih meggunakan kenderaan sendiri kerana selepas pihak pengendali LRT iaitu Rapid Rail dalam satu kenyataan memaklumkan pihak mereka masih sedang dalam proses bagi mengenal pasti punca gangguan kepada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC pada perkhidmatannya di Laluan Kelana Jaya.
Syarikat itu memaklumkan masalah yang berlaku itu adalah sesuatu yang serius dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
Katanya, gangguan tersebut mengakibatkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren sekali gus menyebabkan tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.
Di sebalik kesulitan ini, apa yang dilalui oleh pengguna jalan raya lain apabila ramai yang menggunakan kenderaan sendiri ialah kebanyakan lebuh raya yang berhubung ke pusat bandar melekat luar biasa.
Dari satu perkongsian di Tik Tok @Mohd Rifdi Rosli yang berkongsi dari pejabatnya situasi lebuhya AKLEH memperlihatkan suasana pagi itu kenderaan melekat luar biasa. Kesemua empat lorong highway tersebut dipenuhi kenderaan tidak bergerak.
Dari komen diberikan oleh pengguna yang terperangkap, ada memaklumkan perjalanan dari Kajang ke Pantai Dalam mengambil masa tiga jam seolah dari KL ke Melaka. Keluar jam 6.30 pagi dan sampai ke pejabat jama 9.30 pagi. Bahkan ramai mengadu mereka antara terperangkap dalam kesesakan berkenaan.
Dalam satu komen lain dimaklumkan, uniknya di Malaysia, satu keluarga memiliki 10 kereta (dengan nada lucu) dan ada yang mengakui biasa lewat 30 minit tapi ini sampai tiga jam lewat dari kebiasaan. Jadi harap yang mencari rezeki di ibu kota tu bertabahlah selama seminggu ini.
Ustazah Afifah tuntut kaki fitnah mohon maaf, bakal saman pihak sengaja sensasi perkongsiannya. Hari ini tular di kebanyakan media massa mengenai satu video MAKAN UBAT TAHAN SAKIT MASUK API NERAKA & ALLAH TAK TERIMA AMALAN 40 HARI?
Ternyata isu yang menjadi cemuhan masyarakat ini mungkin telah disalah erti kerana kebanyakan dari individu yang menyebarkannya tidak melihat perkongsian dari awal dan hanya memetik separuh dari video dikongsikannya.
Dan akibat kurang pemahaman, ramai yang beranggapan makan ubat tahan sakit masuk neraka.
Ternyata hal ini boleh mendatangkan fitnah buat yang mendengarnya dan mendatangkan sensasi kepada Ustazah Siti Afifah sendiri.
Dari satu perkongsian tik toknya @sunnah tak berbohong 2, Ustazah Siti Afifah menjelaskan kali ini dirinya tak akan berdiam diri dan menuntut pihak yang memfitnah agar membuat permohonan maaf terhadapnya berkaitan isu yang dikecam.
Ini kerana tajuk yang diberi oleh pihak media sengaja disensasikan hingga lain yang disampaikan, lain yang difitnahnya.
Katanya, tunggu saja tindakan mahkamah. Begitu juga kepada individu yang membuat kenyataan fitnah, tak kenal tapi mengaku kenal katanya kemudian membuat liputan sendiri hingga ia menimbulkan salah sangka.
Dirinya dan suami pernah menerima kecaman ramai sebelum ini berikutan isu bersalin dengan rawatan dari doktor lelaki hingga mendapat kecaman ramai namun mereka mempertahankan apa yang dilontarkan kerana kehadiran doktor lelaki hanya boleh dilakukan dalam keadaan darurat.
“Tak boleh nak hadam fikiran mak ayah” Lotus Birth, Allahu bayi terbaring uri diletak sebelah besen ‘berpasir’.
Bersalin sendiri di rumah. Ibu hamil punya pilihan yang terbaik buat diri mereka. Namun janganlah pertaruhkan keselamatan diri dan bayi anda. Jika kawasan tempat tinggal adalah jauh daripada hospital, sebaiknya pilihlah untuk bersalin di hospital.
Ini kerana jika timbul masalah perubatan kecemasan, rawatan segera dapat diberikan untuk menyelamatkan nyawa ibu atau bayi.
Paling merisaukan, ada pasangan yang memilih untuk bersalin sendiri di rumah dengan proses melahirkan anak di dalam air (water birth). Ini mungkin akan diikuti oleh kelahiran plasenta sama ada di dalam atau di luar air.
Bukan itu saja, ada juga yang memilih Lotus Birth yang mana bermaksud tali pusat anak tak dipotong. Uri pula dibiarkan bersama dengan bayi sampai lah tertanggal sendiri. Dalam 3 ke 10 hari.
Menerusi perkongsian Dr. Rusyainie Ramli menerusi akaun Facebooknya walaupun sudah tahun 2022 namun masih ada wanita yang masih berani mempertaruhkan nyawa sendiri dan anak.
Penerangan dari Dr. Rusyainie banyak manfaatnya. Mak ayah yang bakal menimang cahaya mata tolonglah fikirkan keselamatan. Janganlah risikokan diri sendiri dan juga nyawa anak kecil yang tidak berdosa.
“Water birth dah diharamkan di negara kita sejak 2015 walaupun di pusat perubatan swasta. Bersalin sendiri di rumah tanpa kehadiran petugas perubatan berkelayakan adalah sesuatu yang sangat berani menduga takdir.
Saya pernah mengendalikan mak bersalin sendirian di rumah. Saya yang pucat lesi bila saya tiba, bayi yang baru lahir tu langsung tak bernafas. Dah lah kawasan yang pedalaman. Memang separuh nyawa kami berusaha.
Mujur juga akhirnya bayi tu menangis sebelum kami bergegas membawa dia dan maknya ke hospital yang tersangat jauh. Belum dicerita keadaan mak tu lagi. Tu kami yang ada kemahiran dan kelulusan dalam bidang perubatan. Mereka yang sengaja ni, tak terfikir ke sebarang kejadian buruk yang boleh berlaku? Allahuakbar.
Doula duli cikebum, saya dah tak nak mengulasnya. Sebab dah tahun 2022 pun masih ada yang berani mempertaruhkan nyawa sendiri dan anak demi janji bulan bintang yang ditabur. Kalau lah beranak tu mudah sangat, mengapa masih ada mortaliti?
Sebenarnya, ada kes-kes yang sampai di telinga saya tentang komplikasi bersalin di rumah. Ada yang bayi meninggal. Bayi tak diberi Vitamin K sampai mengalami pendarahan dalam otak. Neonatal jaundice yang mak ayah tak mahu bayi dirawat walaupun tahap teruk. Mak pula sampai tinggal nyawa-nyawa ikan dek post-partum haemorrhage.
Saya berdiam diri saja bila diberitahu cerita berani umat seagama saya yang terasa siri maksum. Benda ni mudah, pilihan masing-masing. Mungkin ni lah cara alam nak kurangkan populasi manusia yang songsang pemikirannya. Pada saya, mak ayah begini, jawab lah nanti di depan Tuhan, atas apa yang telah mereka pilih. Saya dah malas nak ambil pusing sebenarnya.
Lotus birth tu asalnya dari nama mat salleh Amerika, Clair Lotus Day, pada tahun 1974 yang beranak tapi tak nak potong tali pusat anak dia. Tiada kaitan dengan bunga teratai.
Lotus birth bermakna tali pusat anak tak dipotong. Uri pula dibiarkan bersama dengan bayi sampai lah tertanggal sendiri. Dalam 3 ke 10 hari.
Pada mereka yang ala-ala alami ni, kata mereka bayi akan sakit bila dipotong tali pusat. Pelik betul. Bayi sebaik saja dilahirkan, sistem pernafasan, peredaran darah tidak lagi bergantung pada plasenta tadi. Plasenta sudah tak ada gunanya pun lepas beberapa minit bayi lahir.
Uri yang keluar tadi mereka basuh dengan air. Lepas tu bungkus dengan kain. Tak lama dulu, mak ayah letak segala herba-herba termasuk minyak aromaterapi supaya uri tu tak busuk. Mereka angkut la uri dalam besen tu sekali bila bayi diangkat ke sana sini dalam rumah. Mereka biarkan sampai tali pusat tu jatuh sendirinya. Bayangkan berapa hari tu?
Fesyen terbaru sekarang, bayi tu berbaring sebelah besen yang saya syak berisi pasir yang biasanya kita gunakan untuk najis haiwan peliharaan kita. Uri tu diletak dalam pasir tu lah. Entah lah, saya tak boleh nak faham dan hadam apa yang bermain dalam fikiran mak ayah ni.
Kajian dah tunjukkan lotus birth tiada kebaikan pun. Keburukan lagi ada la. Sebab plasenta tu dah jadi tempat untuk pembiakan kuman dan disebabkan tali pusat bersambung pada bayi, senanglah bayi mendapat jangkitan akibat tisu uri dan tali pusat yang mereput. WHO dah bagitahu yang Delay Cord Clamping tu 2-3 minit saja. Bukan berhari-hari macam tu.
Lotus birth bukan ajaran Islam. Walaupun dalam Islam tak ada terangkan betul-betul cara nak uruskan uri bayi, tapi pandangan ulama’ Islam suruh kita uruskan uri anak tu dengan cuci bersih dan tanam dalam tanah. Sekalikan dengan pensel, paku bagai tu kepercayaan khurafat.
Kita ni kena berpatah balik pada landasan ilmu yang betul berdasarkan nasihat mereka yang pakar dalam bidangnya. Kenapa lah mesti melawan arus? Apa yang mahu mereka ni tunjukkan pada dunia? Yang mereka tu manusia pilihan Tuhan?
Nauzubillahiminzalik. Semoga Allah SWT membuka ruang di jiwa raga mereka untuk kembali ke pangkal jalan sebelum mereka ditimpa musibah yang buatkan mereka menyesal seumur hayat. Nyawa manusia tu bukan boleh dibeli ganti,” nasihat Dr Rusyainie Ramli.