“Tak boleh nak hadam fikiran mak ayah” Lotus Birth, Allahu bayi terbaring uri diletak sebelah besen ‘berpasir’.

Bersalin sendiri di rumah. Ibu hamil punya pilihan yang terbaik buat diri mereka. Namun janganlah pertaruhkan keselamatan diri dan bayi anda. Jika kawasan tempat tinggal adalah jauh daripada hospital, sebaiknya pilihlah untuk bersalin di hospital.

Ini kerana jika timbul masalah perubatan kecemasan, rawatan segera dapat diberikan untuk menyelamatkan nyawa ibu atau bayi.

“Tak Boleh Nak Hadam Fikiran Mak Ayah”

Paling merisaukan, ada pasangan yang memilih untuk bersalin sendiri di rumah dengan proses melahirkan anak di dalam air (water birth). Ini mungkin akan diikuti oleh kelahiran plasenta sama ada di dalam atau di luar air.

Bukan itu saja, ada juga yang memilih Lotus Birth yang mana bermaksud tali pusat anak tak dipotong. Uri pula dibiarkan bersama dengan bayi sampai lah tertanggal sendiri. Dalam 3 ke 10 hari.

Menerusi perkongsian Dr. Rusyainie Ramli menerusi akaun Facebooknya walaupun sudah tahun 2022 namun masih ada wanita yang masih berani mempertaruhkan nyawa sendiri dan anak.

Penerangan dari Dr. Rusyainie banyak manfaatnya. Mak ayah yang bakal menimang cahaya mata tolonglah fikirkan keselamatan. Janganlah risikokan diri sendiri dan juga nyawa anak  kecil yang tidak berdosa.

“Tak Boleh Nak Hadam Fikiran Mak Ayah” Lotus Birth, Allahu Bayi Terbaring Uri Diletak Sebelah Besen ‘Berpasir’

“Water birth dah diharamkan di negara kita sejak 2015 walaupun di pusat perubatan swasta. Bersalin sendiri di rumah tanpa kehadiran petugas perubatan berkelayakan adalah sesuatu yang sangat berani menduga takdir.

Saya pernah mengendalikan mak bersalin sendirian di rumah. Saya yang pucat lesi bila saya tiba, bayi yang baru lahir tu langsung tak bernafas. Dah lah kawasan yang pedalaman. Memang separuh nyawa kami berusaha.

IKLAN

Mujur juga akhirnya bayi tu menangis sebelum kami bergegas membawa dia dan maknya ke hospital yang tersangat jauh. Belum dicerita keadaan mak tu lagi. Tu kami yang ada kemahiran dan kelulusan dalam bidang perubatan. Mereka yang sengaja ni, tak terfikir ke sebarang kejadian buruk yang boleh berlaku? Allahuakbar.

Doula duli cikebum, saya dah tak nak mengulasnya. Sebab dah tahun 2022 pun masih ada yang berani mempertaruhkan nyawa sendiri dan anak demi janji bulan bintang yang ditabur. Kalau lah beranak tu mudah sangat, mengapa masih ada mortaliti?

Sebenarnya, ada kes-kes yang sampai di telinga saya tentang komplikasi bersalin di rumah. Ada yang bayi meninggal. Bayi tak diberi Vitamin K sampai mengalami pendarahan dalam otak. Neonatal jaundice yang mak ayah tak mahu bayi dirawat walaupun tahap teruk. Mak pula sampai tinggal nyawa-nyawa ikan dek post-partum haemorrhage.

Saya berdiam diri saja bila diberitahu cerita berani umat seagama saya yang terasa siri maksum. Benda ni mudah, pilihan masing-masing. Mungkin ni lah cara alam nak kurangkan populasi manusia yang songsang pemikirannya. Pada saya, mak ayah begini, jawab lah nanti di depan Tuhan, atas apa yang telah mereka pilih. Saya dah malas nak ambil pusing sebenarnya.

Lotus birth tu asalnya dari nama mat salleh Amerika, Clair Lotus Day, pada tahun 1974 yang beranak tapi tak nak potong tali pusat anak dia. Tiada kaitan dengan bunga teratai.

Lotus birth bermakna tali pusat anak tak dipotong. Uri pula dibiarkan bersama dengan bayi sampai lah tertanggal sendiri. Dalam 3 ke 10 hari.

Pada mereka yang ala-ala alami ni, kata mereka bayi akan sakit bila dipotong tali pusat. Pelik betul. Bayi sebaik saja dilahirkan, sistem pernafasan, peredaran darah tidak lagi bergantung pada plasenta tadi. Plasenta sudah tak ada gunanya pun lepas beberapa minit bayi lahir.

Uri yang keluar tadi mereka basuh dengan air. Lepas tu bungkus dengan kain. Tak lama dulu, mak ayah letak segala herba-herba termasuk minyak aromaterapi supaya uri tu tak busuk. Mereka angkut la uri dalam besen tu sekali bila bayi diangkat ke sana sini dalam rumah. Mereka biarkan sampai tali pusat tu jatuh sendirinya. Bayangkan berapa hari tu?

Fesyen terbaru sekarang, bayi tu berbaring sebelah besen yang saya syak berisi pasir yang biasanya kita gunakan untuk najis haiwan peliharaan kita. Uri tu diletak dalam pasir tu lah. Entah lah, saya tak boleh nak faham dan hadam apa yang bermain dalam fikiran mak ayah ni.

IKLAN

Kajian dah tunjukkan lotus birth tiada kebaikan pun. Keburukan lagi ada la. Sebab plasenta tu dah jadi tempat untuk pembiakan kuman dan disebabkan tali pusat bersambung pada bayi, senanglah bayi mendapat jangkitan akibat tisu uri dan tali pusat yang mereput. WHO dah bagitahu yang Delay Cord Clamping tu 2-3 minit saja. Bukan berhari-hari macam tu.

Lotus birth bukan ajaran Islam. Walaupun dalam Islam tak ada terangkan betul-betul cara nak uruskan uri bayi, tapi pandangan ulama’ Islam suruh kita uruskan uri anak tu dengan cuci bersih dan tanam dalam tanah. Sekalikan dengan pensel, paku bagai tu kepercayaan khurafat.

Kita ni kena berpatah balik pada landasan ilmu yang betul berdasarkan nasihat mereka yang pakar dalam bidangnya. Kenapa lah mesti melawan arus? Apa yang mahu mereka ni tunjukkan pada dunia? Yang mereka tu manusia pilihan Tuhan?

Nauzubillahiminzalik. Semoga Allah SWT membuka ruang di jiwa raga mereka untuk kembali ke pangkal jalan sebelum mereka ditimpa musibah yang buatkan mereka menyesal seumur hayat. Nyawa manusia tu bukan boleh dibeli ganti,” nasihat Dr Rusyainie Ramli.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Baca Disini : Bidan Urut Dedah Kes Doula ‘Ibu Meroyan, Anak Masih Lekat Uri Dibiar Tak Berbaju’

Suamilah ‘Doula’ Utama Isteri, Tiba Masa Serah Pada Ahli Yang Layak

IKLAN

“Kasihan Baby” Netizen

Menerusi ruangan komen dibanjiri kritikan daripada netizen.

“Tak Boleh Nak Hadam Fikiran Mak Ayah” Lotus Birth, Allahu Bayi Terbaring Uri Diletak Sebelah Besen ‘Berpasir’ “Tak Boleh Nak Hadam Fikiran Mak Ayah” Lotus Birth, Allahu Bayi Terbaring Uri Diletak Sebelah Besen ‘Berpasir’ “Tak Boleh Nak Hadam Fikiran Mak Ayah” Lotus Birth, Allahu Bayi Terbaring Uri Diletak Sebelah Besen ‘Berpasir’

Mingguan Wanita : Jangan pertaruhkan keselamatan anak yang baru dilahirkan. Tolonglah fikir baik buruk bila buat sesuatu keputusan ya mak ayah.

Sumber : Facebook Rusyainie Ramli

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI