Bidan Urut Dedah Kes Doula ‘Ibu Meroyan, Anak Masih Lekat Uri Dibiar Tak Berbaju’

Ada sesetengah ibu bersalin menggunakan khidmat doula bagi memastikan dirinya dapat melalui kelahiran bayinya secara alami. Malangnya, impian indah ibu harap, mimpi ngeri pula yang ibu terpaksa lalui.

Pendedahan bidan urut profesional, Syasya Suez Spa seharusnya membolehkan mak-mak yang bakal melahirkan berfikir sedalam-dalamnya.

Sebelum meneruskan niat mahu memilih doula jadi peneman bersalin, hadamlah 2 kes yang melibatkan doula ini.

Kes Doula 1

Customer saya bersalin secara alami yang diajar doula, disambut oleh doula di rumah dan diuruskan sepenuhnya oleh doula termasuk urusan bayi.

Terkedu bila datang, bayi masih bertali pusat yang belum dipotong dari uri. Malah dibiar kering di sebelah bayi yang tak dipakaikan baju.

Alasan perbuatannya ialah tali pusat lebih cepat tanggal dan tak perlu tinggalkan sisa tali pusat. Nanti tanam semua sekali dengan uri.

Bayinya menangis tak berhenti akibat kembung tak berbaju. Dia istilahkan bayi sihat kerana bayi sakit takkan menangis.

Dan si ibu meroyan. Ketawa dan senyum sorang ketika diurut.

Si doula melarang si ibu mengikut sebarang amalan yang diajar terapis kerana si doula kata dia lebih terlatih dan mengetahui.

IKLAN

Nota dari tukang urut : Kementerian Kesihatan dah melarang amalan bersalin melalui perbidanan kampung ni dari zaman hujung 80-an lagi.

Timbul pula doula si bidan sesat zaman le ni. Kita dah ada pengkhususan mengikut jawatan doktor, nurse, terapis confinement lady. Zaman dulu iya lah bidan je yang ada.

Ini Yang ‘Mereka’ Percaya..

√     Uri (baby lotus) berada di sebelah tidak ditanam selagi belum tertanggal dari tali pusat, kering dan berbau daging.

√     Tali pusat beserta uri tak dipotong dan dibiar dengan bayi yang dipanggil konsep matrixx dan selamat atau attachments theory. ‘Konsep yang mereka percaya’ di mana bayi perlu ditemani uri yang juga kembarnya sehingga bayi menyusu dengan baik dan uri akan tertanggal setelah itu.

√     Bayi dibiarkan tidur dalam keadaan sebegini sepanjang hari tanpa baju hanya beralaskan kain batik.

√     Orang yang dijaga doula biasanya tidak persoalkan perbuatan mereka.

IKLAN

Kes Doula 2

Customer kali ini call last minute. Minta urutan segera sebab isteri dia bersalin kat rumah. Saya fikir mungkin tak sempat pergi hospital.

Mendengar suara terdesak dan sedikit masalah yang diceritakan, saya aturkan terapis yang berpengalaman. Sesampai terapis melihat ibu yang terbaring lemah.

Bersalin hari ke-5. Biasanya pada hari ke-5, ibu dah kuat untuk duduk. Tapi customer ini tak boleh duduk. Sakit sangat katanya.

Bila pegang nak urut, customer tak tahan. Pegang sikit pun dah sakit. Badan lemah, luka koyak sampai ke punggung dan tak ambil sebarang ubatan.

Bila ditanya, customer maklumkan dia bersalin di rumah dengan kaedah nature birth. Kedudukan ala ‘doggy style’.

Terpinga-pinga terapis. Ada ke bersalin cara macam tu? Masa buat rawatan, si ibu tadi tak bersedia dan tak nak diurut.

IKLAN

Walau Ibu Sakit Rengat, Tak Nak Diurut Atau Makan Ubat

Walaupun sedang mengalami rengat atau doula sebut ‘surges’.

Sebab doula dah pesan nanti akan baik sendiri secara ‘fitrah fisiologi kelahiran’. Tak perlu buat apa-apa. Bila susukan bayi, ‘surges’ akan hilang.

Si suami tak kata apa-apa, hanya turut kehendak isteri.

So sempat urut sekali tapi itupun tak boleh urut badan. Dia terlalu lemah. Doula tak ada dah masa terapis datang. Tapi ajaran yang diberi doula diguna pakai oleh customer.

Tugas doula mengajar.. iya betul. Penerimaan si ibu itu tanpa dipaksa pun. Acane tu? Sebab itu doula tanya.. salah doula ke?

MW : Semoga dengan pendedahan ini ibu-ibu bakal hamil dapat hadam baik-baik. Benarkah anda benar-benar bersedia mahu menggunakan khidmat doula, atau anda sedang bersedia untuk menyeksa diri dan anak yang bakal lahir.

Sumber/Foto : Syasya Suez Spa

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI