Kehilangan anak merupakan antara ujian terbesar bagi seorang ibu. Sukar untuk menerima kenyataan anak yang dikandung, dilahirkan dan dijaga penuh kasih sayang kini tiada lagi didepan mata. Emosi pasti terusik dan bukan mudah semangat untuk kembali pulih tanpa sokongan daripada seorang suami yang memahami.
Cukup tersentuh rasa hati membaca kisah yang dicoretkan oleh Muhammad Hassan ini. Dalam keadaan isteri sangat memerlukan sokongan emosi dari seorang suami, lelaki ini sanggup mengambil cuti selama satu tahun, hanya demi untuk menjaga emosi isterinya, tak mahu isterinya terus bersedih dan sunyi kerana kehilangan anak mereka.
Jemput baca catatan yang dikongsikan semoga kita pelajari sesuatu.
Petang semalam kami luangkan masa ziarah anak syurga. Setiap kali datang ziarah wajah bidadari saya selalu berubah,nampak sangat dia rindukan anak syurga ini. Sebelum ini langsung tak boleh masuk kawasan perkuburan,mesti dia akan menangis.
Ini anak sulong kami. Komplikasi jantung,paru paru dan ada masalah tulang belakang. Walaupun 1 tahun 4 bulan tapi tak boleh duduk,tak boleh mengunyah makanan pejal, tak boleh tidur dengan lena siang malam kerana batuk. Hanya ubatan,puri dan susu sahaja makanan dia. Beliau meninggal dunia 24jam selepas pembedahan.
1 tahun 4 bulan isteri tidur tak lena. Makan pun tak menentu. Minggu pertama berpantang kena ulang aling ke hospital susukan anak. Kesian sangat tengok baru kali pertama dapat anak Allah dah beri ujian. Isteri kuat sangat,macam mana pun dia nak susukan anak juga.
Ads
Pujuk Isteri Dengan Hadith Nabi
Begitulah mana ibu pun akan berjuang untuk anak. Sakit, demam, lapar, tak cukup tidur itu semua bukan penghalang untuk dia tunaikan tanggungjawab terhadap anak. Janji anak sihat,anak dapat susu,anak kenyang,anak tak nangis,anak tidur dengan selesa.
Masih terpahat dalam ingatan saya. Bagaimana malam pertama kehilangan anak. Isteri angkat bantal dan riba disangka itu anak,sedangkan itu bantal yang digunakan untuk tidurkan anak. Isteri nangis bila sedar itu hanya bantal.
Saya peluk isteri. Saya peluk erat. Saya pujuk isteri dengan hadith Nabi Muhammad s.a.w bahawa anak kita sedang menunggu kita di pintu syurga. Anak kita tak sakit dah,dia tak batuk dah. Dia boleh jalan dah. Mesti dia sedang bermain main di taman syurga. Mesti dia rindu nak jumpa kita kat syurga. Allah kan janji kita redha,Allah akan bina sebuah rumah pujian dalam syurga untuk kita.
Sehingga ke saat ini saya tak pernah lupa setiap hari ucap kepada isteri. Terima kasih susah payah jaga anak siang malam tanpa sedikit pun mengeluh. Terima kasih sebab jadi isteri solehah untuk saya. Saya janji akan jaga awak kerana Allah. Saya nak awak tahu,saya sayangkan awak lebih dari nyawa saya sendiri.
Kehilangan Anak, Hargai Isteri
Saya dan suami diluar sana. Ketahuilah. Isteri sanggup buat apa sahaja demi kita. Dia sanggup hidup susah payah bersama kita. Dia dah berikan sepenuhnya jiwa,masa untuk kita.
Apakah kita tidak mahu hargai seorang wanita yang sanggup tinggalkan kesenangan bersama keluarga demi bersusah payah bersama kita?
Ads
Hargai isteri, sayangi mereka, betulkan kesilapan mereka dengan penuh lemah lembut, kasih sayang. Bagi sepenuhnya perhatian saat mereka mengeluh, mengadu. Mereka siang malam jaga anak kita, jaga makan minum, pakaian kita,mereka pernah ‘mati’ untuk lahirkan zuriat kita. Jangan lihat kekurangan mereka, tapi lihat betapa banyak jasa mereka kepada kita.
Peluklah mereka saat mereka sedang berduka, pimpinlah mereka saat mereka jauh dengan ugama.Setiap Pelukkan buatkan rahmat Allah dan rezeki mencurah-curah terhadap keluarga kita. Jangan tengking mereka, jangan pukul mereka,jangan tinggikan suara terhadap mereka. Bukan itu cara mendidik mereka.
Isteri adalah amanah Allah dikurniakan kepada kita. Jagalah mereka,bimbinglah mereka supaya Allah redha dan sama sama masuk syurga.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerhebat
MW: Allahu, sedihnya baca kisah ini.Kehilangan anak memang cukup memeritkan.Tak tertanggung rasanya sedih di hati.Lebih-lebih lagi kehilangan anak pertama.Sokongan daripada suami yang memahami sangat penting dalam memulihkan kembali emosi isteri. Tahniah buat suami ini berjaya dalam membantu isterinya dalam menangani detik tersebut.
Ramai isteri beri repons. Ada yang bersyukur suami bawa berjalan-jaln walau sekadar cuci mata di kedai Eco, ada juga yang pilih tak perlu pun nak bawa jalan-jalan. Sebab lepak di rumah itu lebih menenangkan.
Apa pun alasan yang isteri beri, reward daripada suami itulah yang paling isteri harapkan. Walau simple, isteri tetap bahagia.
Ada juga yang sudah terima reward ‘jalan-jalan’ daripada suami tapi hati masih terasa pedih. Seolah-olah suami cuma berusaha keras mahu isteri bahagia tapi kurang ikhlas hatinya.
Tak ramai isteri yang meluahkan perasaan ini sebenarnya, namun realiti inilah yang jadi. Dan jika tak diselesaikan cara baik lama-kelamaan susah nanti nak dicantum rasa sayang yang dah sedia retak.
Bila Suami Bawa Jalan Tapi Tangannya Setiap Saat Di Telefon
Ramaikan yang macam ini. Suami bawa ke tempat kesukaan isteri. Sayangnya seolah-olah isteri berjalan sendirian. Sebab di tangan suami tak lekang telefon.
Nampak tak? fokus suami dah kelaut. Tak beri perhatian pada isteri. Paling pantang bila duduk di meja makan, sepatutnya samalah berbual dengan isteri.
Ini tidak, suami macam nampak bahagia bebenor melayan kawan-kawan dalam telefon. Sudahnya terkulat-kulatlah isteri. Kalau ada anak-anak terpaksalah isteri paksa relakan hati layan anak-anak saja. Makan hati sungguh dapat suami perangai rupa ini.
Bukan Suruh Romantik Pun, Cuma Janganlah Tinggal Isteri Jauh Sangat
Dah tipikal lelaki Melayu memang macam ni Cik Gayah! Nak buat apa lagi. Tahu tak apa tu?
Kalau jalan berdua, nah sorang di timur, sorang di barat. Apalah salahnya jalan beriringan. Kenapalah nak malu. Awakkan suami isteri.
Masa bercinta kan main berkepit. Bila dah lama-lama jemu ke bang! Janganlah macam itu. Isteri awak ini, bukan takat rindu nak keluar bersama awak, tapi dia rindu juga nak merasa mesranya suami melayan dirinya.
Bukan selalu pun.. sesekali. Sebulan sekali pun dah cukup. Kalau dapat jalan pegang tangan, lagilah bahagia.
Baik Dekat Rumah Atau Ketika Jalan Jalan, Tetap Nak Minta Isteri Layan Anak Anak
Bukan nak berkira, tak pun macam itu. Sudahlah sepanjang seminggu isteri tak sudah-sudah layan anak-anak di rumah. Ini sampai bawa isteri berjalan pun, isteri juga yang kena jaga mereka.
Suami? Dah penat sebab jadi pemandu. Jadi dia cuma bagi arahan saja. Alahai! Anak merengek nak beli permainan, isteri kena layan belikan. Anak nak makan, isteri juga yang kena turun carikan.
Kalau itulah istilah bawa jalan-jalan suami. Lebih baiklah duduk rumah saja. Hati pun tak sakit, otak pun tak penat.
Kesimpulannya wahai suami isteri, dalam urusan nak bahagiakan hati pasangan, apa yang paling utama adalah saling bertolak ansur.
Jadilah isteri yang sentiasa damai jiwa demi kemurahan rezeki untuk suami dan jadilah suami yang sentiasa memberi tanpa berkira agar semakin lebat rezekimu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lelaki zaman sekarang ramai yang lebih sukakan isteri yang boleh berdikari. Dan jadi satu bonus buatnya kalau isterinya tergolong dalam kategori wanita bekerja.
Ya, bila isteri bekerja, sudah tentu kita punya wang sendiri. Kalau nak self reward tanpa harapkan duit suami pun tak payah tunggu orang hulur, dapat gaji terus gerak ke kedai. Punyalah best!
Malah ada yang pulun beli barang dapur pun tanpa perlu berkepit dengan suami dan guna duit sendiri. Hebatnya kaum isteri. Namun dalam situasi isteri berdikari terselit juga kes yang buat kaum mak-mak menyegat, suami ambil peluang buat hal dalam diam sebab rasa isterinya boleh buat semua benda. Itu kita tak nak!
Haaa… nak gali lagi kebaikan dan keburukan isteri berdikari, ‘godek’ pekongsian saudara Amir Syahir ini…
Mesti ramai yang suka kalau dapat isteri yang pandai berdikari kan? Berdikari yang macam mana? Boleh setelkan semua urusan sendiri tanpa mengharapkan suami. Malah dapat bantu ringankan beban dan tanggungjawab suami.
Kesannya Suami Buat Hal
Tapi sayang. Adakalanya sifat berdikari isteri itu diambil kesempatan oleh suami. Aku pernah terbaca satu kisah mengenai seorang perempuan yang berdikari dan akhirnya dikhianati suami sendiri. Suami dia senang-senang cari perempuan lain.
Sebabnya dah rasa terlalu senang. Semua isteri yang uruskan. Mungkin dah sampai rasa takde tanggungjawab. Kelengkapan anak-anak dan barang dapur semua isteri dah belikan.
Sampai banyak waktu terluang itu pasal boleh cari perempuan lain. Isteri dah buat semua dan pandai uruskan hal keluarga.
Bila isteri dia dah tahu, isteri dia tersedar. Dia dah tak nak berdikari lagi. Duit pun dia tak keluarkan lagi untuk bantu suami.
Kalau Duduk Jauh Lain Cerita
Tak salah jadi seorang perempuan yang berdikari. Tapi jangan terlalu berdikari. Dan suami jangan biarkan isteri terlalu berdikari. Lain lah kalau suami duk jauh. Nak buat macam mana. Memang semua kena urus sendiri.
Bila isteri terlalu berdikari, lama-kelamaan takut dia rasa tak perlukan kau lagi. Dia boleh buat semua sendiri. Dan masa tu jangan kau rasa kau dah hilang isteri.
Isteri ni memang dia boleh buat semua sendiri. Tapi, adakalanya dia mintak tolong kau sebab dia tahu dia ada suami. Jadi, kau layankan ajelah. Dia nak perhatian dan kasih sayang kau je.
Tapi Isteri Kena Berdikari Juga Sebab…
Isteri juga mesti belajar berdikari dari segi pandai bawa kereta sendiri, ada pendapatan sendiri. Bukan apa, jika apa-apa berlaku kau boleh besarkan anak-anak tanpa harapkan bantuan orang lain.
Masa hari minggu, ajaklah suami pergi beli barang dapur, kemas rumah ataupun bersiar-siar sama-sama. Si suami jangan la asyik sibuk je manjang. Sampai isteri dan anak-anak pun terabai. Kah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baik didik anak lelaki atau anak perempuan, dua-dua kena balance. Tak boleh terlebih dan terkurang tetapi apa yang penting cara didik tak boleh nak pandang remeh. Kena tahu selok belok agar anak membesar jadi pasangan yang terbaik buat teman hidupnya nanti. Paling penting biar anak tahu menghormati dan tak berkira buat kerja rumah. Nak tahu lebih bab ini, baca perkongsian penuh dari Puan Iman Plymouth ini…
Kita terlalu sibuk didik anak perempuan supaya jaga maruah diri sampai terlupa didik anak lelaki untuk menghormati dan melindungi kaum wanita.
Kita terlampau sibuk mengajar anak perempuan jadi isteri yang taat dan patuh sampai terlupa nak didik anak lelaki jadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang.
Kita terlampau sibuk ajar anak perempuan uruskan rumahtangga, memasak, membasuh, mengemas, sampai tak perasan anak lelaki cuma tahu goyang kaki sebab semua dah terhidang depan mata oleh orang perempuan di dalam rumahnya.
Kita terlampau sibuk persiapkan anak perempuan dengan ilmu pertahankan diri, tutup aurat, jaga pergaulan sampai tak ingat nak ajar anak lelaki jangan sentuh jangan tenung anak perempuan orang sembarangan.
Perasan tak perempuan sentiasa diberi tunjuk ajar macam mana nak lalui zaman remaja (akil baligh) mereka supaya tak mengandung whatsoever? Perasan tak lelaki kena deal sendiri sepanjang proses akil baligh mereka dan tak ada yang approach?
Kita rasa bela anak perempuan seorang lagi susah dari jaga lembu sekandang. Kerana tak terdidiknya kaum lelaki lah kaum perempuan tertindas. Kerana tak terdidiknya orang lelaki lah orang perempuan automatik berdikari.
Wahai ibu wahai bapa. Didiklah anak-anak lelaki dan perempuan anda sebaik-baiknya. Kasihanilah anak lelaki anda yang ‘terabai’ dan disuruh belajar sendiri erti tanggungjawab. Kasihanilah anak perempuan anda yang dibebani dengan tanggungjawab yang sepatutnya lelaki laksanakan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...