Seteruk mana pun orang kata isterinya tetapi kalau dapat suami yang baik, dia tetap memahami pasangannya dan merasakan isterinya baik.
Biarlah orang luar mengata sikap isterinya, tak mudah si suami nak menyalahkan atau mengeluh dengan perangai orang rumahnya. Dan begitulah juga soal rezeki akan berkait rapat dengan layanan suami pada isteri, makin ikhlas lelaki melayan isterinya maka makin ‘masyuklah’ rezeki dalam rumahtangganya.
Nak lagi dekat di hati, cuba renungkan nurkilan Farizal Radzaliini, betapa hebat dan banyaknya pengorbanan seorang isteri dalam rumahtangga, nak-nak pula musim nak raya.
Bila Beli Baju Raya
Ya, memang ada para suami pening tiap kali isteri ajak shopping raya. Duit belanja tu satu hal, ada hal lain yang dia pening.
Task paling mencabar buat para suami ialah bila isteri ajak beli baju raya, bila isteri tanya cantik ke tak, nak kaler ikut tema, kena ikut design terkini. Pesanan buat suami, kalau isteri kata ada tema warna, sila belikan pakaian isteri terlebih dahulu. Jangan sesekali beli baju suami dulu sebab isteri tu rambang matanya. Dari rumah katanya tema biru, sampai shopping mall dia boleh tukar warna tau.
Akan keluarlah pos-pos yang menunjukkan gambar para suami duduk menunggu sampai tertidur kat tepi shopping mall. Ramai. Kadang tak faham, di kala si suami dah letih lesu dengan panas dan puasa, tapi isteri masih cergas masuk 20 kedai, tapi selai pun tak beli lagi. Walhal dari rumah tadi katanya letih.
Ads
Ok, itu cerita suami. Sekarang kita buka cerita isteri.
Gigih Waktu Bulan Puasa
Masuk je bulan puasa, task isteri paling panjang. Bermula dari malam ramadhan pertama. Dia dah start dengan menu sahur pertama.
Bangun pukul 4, ketung ketang kat dapur. Cuba buat seperlahan mungkin agar ahli keluarga lain tak terganggu tidurnya. Siap berhidang, task kedua, kejutkan suami dan anak-anak. Yang bangun dari katil baring balik kat sofa, yang tarik muka sedepa kerana tidurnya diganggu, yang tidur kat meja makan, macam-macam ragam. Tapi isteri ini tetap senyum melayan kerenah si anak.
Habis sahur, task ketiga nak buka puasa nanti pulak. Kesian kat anak-anak dan suami, berpuasa sepanjang hari, kepenatan di sekolah/tempat kerja, perlulah beri mereka makan makanan yang elok-elok, sedangkan isteri tu pun puasa juga, penat jugak. Tapi jarang dia kisahkan dirinya.
Task berbuka ni paling rumit. Dia masak bagai nak rak, ahli keluarganya minum air, capai kuih 2 ketul, kenyang dah. Kalau beli pun begitu. Akhirnya kena marah sebab membazir. Ok, esok masak sikit. Eloklah pulak hari masak sikit tu, ahli keluarga makan bersungguh-sungguh, sampai makanan tak cukup. Dah kena juga, apasal masak sikit sangat hari ni?
Ads
Bab Cari Pakaian
Masuk minggu kedua, dah start task baru. Cari pakaian raya. Beli baju anak, tak ada saiz, masuk 5-6 kedai. Kena marah, “Masuk banyak kedai, selai tak beli lagi???” “Alaaa bang, tak dapat kaler sama. Ada kaler sama tak ada saiz pulak.”
Suami dah geleng kepala. “Tak payah la nak kaler sama, beli je la yang mana ada tu.” Dapat suami penyabar tak apalah, dapat suami tak sabar, depan orang ramai ditengkingnya isteri. Kesian.
Lepas tu task kuih raya pulak. “Awak buat kuih banyak-banyak ni nak buat apa? Kita bukannya duk kat umah, kita balik kampung. Lepas seminggu, orang pun dah jemu makan kuih raya,” kena lagi.
“Alaa bang, nak bawa ke rumah mak saya, nak bawa ke rumah mak abang lagi.” “Adik beradik abang ramai, semua pun dah bawa, buat apa kita nak bawa lagi?” Kang bila tak bawa buah tangan, mulalah ada suara manja menegur, “hai, bini kau tak bawa kuih raya kat mertua ke Leman?”
Ads
Maklumlah, raya kan. Tentulah ramai mak pak sedara yang datang dari pelbagai jenis orang. Suami ni pula, bila berdepan dengan ahli keluarga dia, banyak jawapan dia lari dari apa yang dia cakap kat isteri dia kat rumah. Iyelah, sekali setahun jumpa keluarga ramai-ramai kan, kena la jaga hati keluarga. Hati isteri dah jaga hari-hari.
Kemas Beg Balik Kampung
Task akhir, paling mencabar. Kemas beg balik kampung. Fuh!! Seminggu lagi nak balik kampung, dia punya task dah start. Baju anak baju suami baju sendiri. Baju malam, baju siang, baju jalan, baju dok rumah. Kalau balik rumah yang ramai ahli keluarga, toto bantal semua diangkutnya. Sampai kena perli la, “almari peti sejuk semua tak nak angkut ke?”
Boleh je dia bawa seminima mungkin, tapi nanti sampai kampung, itu tak cukup ini tak cukup, dengarlah suara, “dah tau anak ramai, bawa la baju lebih” siapa kena? Makkkk juga yangkena, bukan ayah. Ayah iyelah, pakai baju sama 3 hari pun tak apa.
Kalau Dapat Suami Yang Baik
Sebenarnya kan, suami yang baik, dia akan nampak semua kebaikan isterinya.
Dia akan tahu setiap apa yang isterinya buat hanyalah untuk keselesaan suami dan anak-anak, selebihnya menjaga hati ahli keluarga dua-dua belah pihak. Untuk dirinya??? Baju cantik, warna berseri, tudung berlabuci, mekap seinci, berapa lama semua tu? Pagi raya je, lepas tu dia akan tukar pakai baju biasa dia, senteng tangan baju dan bertungkus lumus buat kerja kat dapur yang tak pernah habis.
Setahun sekali, raikanlah dia. Bukan orang lain, isteri kamu juga. Dalam 10 yang dia buat, mungkin 1 untuk dia iaitu kepuasan bila melihat ahli keluarganya selesa. 9 lagi semua untuk orang lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bergaduh dan berselisih faham dengan pasangan itu biasa. Kadang-kadang disebabkan perkara kecil pun menjadi punca pergaduhan antara suami, isteri gara-gara salah faham.
Sikap suami yang suka mengusik isteri tak kena tempat juga kadang-kadang menjadi perbalahan antara pasangan. Oleh itu, berselisih faham dengan pasangan limitnya cukuplah sehari semalam, jika dipanjangkan itu namanya ego.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan ketahuilah mengapa mak,ayah tidak digalakkan bergaduh atau berselisih faham lama-lama dengan pasangan:
Berselisih Faham Limitnya Cukuplah Sehari Semalam
Bergaduh dengan pasangan ni, limitnya cukup dengan sehari semalam…
Kalau lebih dari itu, itu ego…
Bergaduh pagi, petang baik balik… Kemudian, bergaduh petang, malam baik… Bergaduh malam, keesokan pagi kena baik… Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan itu sampai berhari-hari…
Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain…
Jika Dipanjangkan Itu Namanya Ego
Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang sudah buat macam biasa balik, maka dialah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia…
Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dialah yang paling ego dalam rumah tangga…
Kena tahu ego ini kegunaannya untuk apa… yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri…
Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki Itu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami…
Bukan kita kena ego tinggi, baru isteri hormat dan taat kepada kita…
Tak Perlu Gunakan Ego Untuk Menang
Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan ego kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri…
Trust me, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi…
Siapa salah, dia minta maaf… Kemudian, siapa yang silap, dialah yang perbetulkan… Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat…
Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut…
Simple…
MW: Setiap kali bergaduh dengan pasangan, mak ayah jadilah orang pertama yang memujuk atau memohon maaf. Rendahkan ego untuk menjernihkan hubungan suami, isteri adalah sikap terpuji.
Bila dah ada anak, jangan harap mak-mak nak hidup selesa macam zaman anak dara. Apa-apa mesti anak didahulukan dan jadi keutamaan. Kalau dulu boleh bangun lambat tapi bila anak kecil, semuanya kena ‘siap siaga’.
Kalau nak hidup selesa pun dan ada masa untuk diri sendiri, mungkin masa anak seorang sebab hanya dia seorang, boleh gilir-gilir dengan suami. Tapi kalau anak dah masuk dua orang atau lebih, fasa kehidupan akan berubah sama sekali.
Begitulah bila anak masih kecil dan berderet-deret. Masa untuk mak nak hidup selesa tiada lagi, kadang nak ‘me time’ pun tak sempat. Perkongsian daripada Mohd Fhais Salim ini ada benarnya.
Mak Nak Hidup Selesa, Jangan harap Kalau Anak Ramai
Masa anak seorang kira ok lagi. Gaya hidup selesa kita masih lagi terurus.
Nak makan tak huru hara, nak tidur senang, mengantuk saja terus masuk bilik bum atas katil.
Masuk dua orang, sedikit demi sedikit cabaran nak ‘survive’ hidup dengan selesa tu datang menerjah.
Makan pun kelam kabut, kadang sampai tercekik gara-gara nak urus anak sekali di waktu yang sama.
Tiba saat anak masuk tiga orang, tak ada lagi erti hidup selesa. Nescaya lifestyle mak-mak memang berubah 360 darjah.
Diri dah tak terurus, makan minun tak ikut waktu, tidur tak menentu dan rambut dulu lurus macam buat ‘rebonding’ sekarang asyik gugur setiap kali mandi.
Macam mana nak ada masa urus diri kalau setiap masa sibuk mengurus anak-anak.
Sebelum nak makan kena pastikan dulu anak-anak cukup makannya.
Sebelum nak mandi, anak-anak dulu kena di pastikan dulu mandi dan siap persalinannya.
Sebelum nak bergerak ke sana ke mari, barang barang ‘keperluan’ anak-anak kena sediakan dulu kalau tak huru hara sepanjang perjalanan.
Sibuk mengurus diet makan berkhasiat untuk anak-anak sampaikan diri sendiri hilang selera makan gara-gara ‘kortisol’ datang menyerang.
Anak Dahulukan & Jadi Keutamaan
Segala berkenaan anak tak pernah lekang di fikiran, anak sentiasa jadi keutamaan dalam minda, dalam tenaga dan aktiviti harian.
Sehinggakan lupa buat ‘Self Love’ badan pun makin lemau dan tepu.
Itu baru tiga orang, kalau masuk je empat orang ke atas bermula la ‘mimpi ngeri’ setiap insan. Sehari kalau tak jadi tarzan memang tak sah!
Jaga anak ni cabaran dia lebih extreme dari sukan extreme tau!
Anak-anak bukan kerja untuk satu orang. Anak-anak kerja untuk satu pasukan yang boleh bekerjasama.
Kerjasama Suami Isteri
Suami dan isteri bersatu teguhlah nasib anak-anak, saatnya suami dan isteri tidak sepakat maka roboh sudahlah nasib anak-anak.
Bukan nak cakap bila suami isteri bekerjasama proses urus anak-anak tu akan jadi mudah, tetap juga ada cabarannya.
Tapi risiko untuk mati akal bila mengurus anak bersama jadi 50 : 50, kalau urus seorang diri risiko ‘mati akal’ 99% comfirm.
Mingguan Wanita : Memang betul pun, kalau anak dah lebih 3 orang, automatik keluar suara tarzan. Tak apalah, dah memang gitu bila anak ramai, terima dan enjoy saja dengan rezeki Allah beri.
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kandungan baru masuk 12 minggu, isteri Dr Say keguguran. Tunggu mommy dan daddy di syurga ya anak!
Walaupun kandungan baru berusia sudah tentu timbul kasih dan sayang apatah lagi menurut perkongsian Dr Say, kehamilan kali ini cukup mudah buat isterinya. Tiada alahan dialami sepanjang kehamilan.
Namun bagi pasangan ini, apa yang berlaku sudah ketentuan-Nya dan mungkin buat masa sekarang, fokus harus diberikan pada anak sulung mereka, Ace. Ikuti perkongsian Dr say_shazril di akaun instagramnya:
Topik : Innalillahiwainnailaihiroajiun Anak Syurgaku
Rabu minggu lepas isteri saya merasakan sesuatu tak kena maka dia scan dirinya sendiri. Jantung baby tak kelihatan, baby tak bergerak. Dia call saya menangis saying dia tak nampak denyutan jantung bayi.
Sepatutnya temu janji bersama pakar sakit puan kami hari ni tapi akibat risau kami cepatkan kepada Jumaat minggu lepas. Masa scan isteri, pakar bertanya “Ada pendarahan atau sakit perut tak?”.
Isteri reply “Tidak ada, rasa biasa saja”,
Pakar sambung “Jantung baby tak kelihatan ini”.
Isteri akur, mother instinct dan scannya sebelum ini terbukti tepat.
Begitulah kisah kehilangan anak dalam kandungan kami. Kalau ikutkan masuk 12 minggu sudah anak kami. Sedih?
Semestinya. Parents mana tak sedih kehilangan anak walaupun anak tu hanya dalam kandungan. But it was a wonderful 12 weeks having you. Tiada alahan, tiada kesusahan.
Akan tetapi kami redha. Pasti ada hikmah dengan kejadian ini. Walaupun kami tak tahu apa hikmahnya tapi kami pasti banyak perubahan hidup yang ingin kami lakukan.
Mungkin kisah kami boleh dijadikan iktibar yang, “Anything Is Possible In This Life and It Could Happen To Anyone”.
Anak Syurga Tunggu Mommy Daddy Di Akhirat
Tak pernah langsung kami menjangkakan kami akan melalui kesedihan sebegini but may be this is for the best. Mungkin ini petanda yg kami harus tumpukan perhatian kepada Ace dahulu.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas doa anda semua masa awal-awal saya buat post wife saya mengandung dulu.
Mungkin kali ni bukan rezeki kami, insyaAllah satu hari nanti maybe. Allah Is The Best Planner, walaupun mommy dan daddy tak kenal raut wajahmu, tunggu mommy dan daddy di akhirat kelak wahai anak syurga ku.
MW: Semoga Dr Say dan isteri dapat menerima ujian ini. Pasti ada hikmah di setiap apa yang berlaku.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...