Kecoh bil elektrik melambung tinggi ikut tarif baru, baru 7 hari penggunaan tunjuk bil RM481. Hari ini kecoh di media sosial pengguna berkongsi bil sudah menunjukkan angka hampir mencecah RM500.

Jika baru 8 hb sudah begini, bagaimana pula hingga tiba hujung bulan di saat bil keluar? Inilah yang dirisaukan oleh pengguna selepas tarif baru diperkenalkan oleh TNB di mana  Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif elektrik baharu  akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2025 sehingga 31 Disember 2027.

Struktur tarif elektrik baharu turut memperkenalkan Penambahbaikan Skim Masa Penggunaan (ToU) di mana penggunaan elektik di masa puncak (jam 2 petang hingga 10 malam) harganya akan lebih mahal berbanding penggunaan pada jam 10 malam ke 2 petang yakni pelanggan boleh menjimatkan bil dengan mengalihkan penggunaan elektrik ke waktu luar puncak.

Kecoh Bil Elektrik Melambung Tinggi Ikut Tarif Baru

Kecoh Bil Elektrik Melambung Tinggi Ikut Tarif Baru, Baru 7 Hari Guna Bil Tunjuk RM481.00
Namun baru lapan hari penggunaan, sudah kecoh di media sosial bil elektrik melambung tinggi, mengalami luar biasa lonjakan hingga ramai meluahkan rasa marah.

Ramai pengguna aplikasi myTNB mendakwa graf penggunaan elektrik untuk bulan Julai menunjukkan lonjakan luar biasa meskipun baru beberapa hari memasuki bulan tersebut. Ada yang meluahkan rasa terkejut, kecewa dan tidak kurang juga berasa bimbang sekiranya bil sebenar kelak mencerminkan jumlah yang “menggila” seperti yang tertera pada graf.

TNB Jelaskan Ada Isu Paparan Aplikasi

Ads

Namun, Tenaga Nasional Berhad (TNB) segera tampil memberi penjelasan dan jaminan kepada para pelanggan yang terkesan.

TNB Ambil Maklum, Isu Teknikal Pada Paparan Graf

Dalam satu kenyataan rasmi, TNB mengesahkan bahawa terdapat isu teknikal melibatkan paparan graf penggunaan elektrik di dalam aplikasi myTNB bagi bulan Julai. Kesilapan ini menyebabkan sebahagian pengguna melihat jumlah penggunaan kWh yang tidak munasabah, sekali gus mencetuskan kekeliruan.

Ads

“Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat ralat teknikal yang menyebabkan paparan graf penggunaan bulan Julai tidak tepat. Justeru, graf tersebut tidak akan dipaparkan buat sementara waktu,” menurut kenyataan itu.

Walaupun terdapat ketidaktepatan dari segi visualisasi data dalam aplikasi, TNB memberi jaminan bahawa bacaan sebenar meter tidak terjejas. Ini bermaksud, bil elektrik yang akan dikeluarkan adalah berdasarkan pengiraan sebenar yang tepat, bukan paparan dalam graf tersebut.

Pelanggan disarankan untuk menyemak bil muktamad selepas tempoh pengebilan bukan berdasarkan angka yang kelihatan pada graf sementara dalam aplikasi.

TNB memaklumkan bahawa pihak mereka sedang mengambil tindakan pembetulan terhadap isu ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa.

Ads

Jadi diharap pengguna kurang panik kerana bil sebenar  akan diambil kira dari bil pada bulan ini.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI