Wanita ditumbuk seorang lelaki selepas terlanggar anak melintas. Seorang wanita yang memandu Perodua Axia menjadi mangsa serangan seorang lelaki selepas secara tidak sengaja melanggar anak lelaki itu yang sedang melintas jalan di kawasan Bazar Aidilfitri Dataran Senawang, pada Sabtu.
Wanita Ditumbuk Seorang Lelaki Selepas Terlanggar Anak Melintas
Insiden tersebut dirakam dan tular di TikTok, memaparkan lelaki berkenaan menyerang wanita terbabit yang masih berada dalam kenderaannya sebelum menumbuk muka mangsa sebanyak dua kali.
Menurut perkongsian adik mangsa di media sosial, kemalangan itu berlaku kerana penglihatan kakaknya terhalang oleh sebuah kenderaan jenis MPV yang berada di hadapan.
“Kakak saya baru saja keluar dari simpang berhampiran bazar dan ketika itu dia memandu perlahan, sekitar 20 hingga 30 km/j. Sebuah Perodua Aruz yang besar di hadapannya menyekat pandangan.
Ads
“Ketika itu, keluarga terbabit sedang menyeberangi jalan. Si bapa berada di belakang manakala isteri dan anak-anak sudah di depan. Pelanggaran itu pun berlaku dengan perlahan kerana kereta tak bergerak laju,” katanya.
Tambahnya lagi, sebaik insiden berlaku dan sebelum kakaknya sempat keluar dari kenderaan, lelaki terbabit terus menyerangnya.
“Kakak saya buka pintu, tapi lelaki itu terus hempas sampai pintu dan kunci kereta rosak. Kemudian dia tumbuk kepala kakak saya.
Lelaki tersebut dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu gagal mengawal kemarahan bertindak menyerang pemandu wanita berkenaan.
“Kakak dah pun minta maaf, tapi mungkin dia terlalu marah, dia tumbuk sekali lagi,” jelasnya.
Adik mangsa turut memberitahu bahawa laporan polis telah dibuat segera selepas kejadian tersebut, dan mendakwa kakaknya juga ditendang di bahagian perut.
Diam tak diam, hampir sebulan Wanna Ali bergelar isteri kepada Khairil Amri Khalid selepas sah dinikahkan pada 9 Februari lalu. Tahun ini, pastinya kedatangan Ramadan dan Syawal berbeza buat Wanna Ali sebagai seorang isteri.
Ramadan pertama bergelar isteri, jauh dari rumah yang pernah menjadi tempatnya membesar, pastinya memberi satu perasaan yang bercampur-baur.
“Alhamdulillah, seronok sangat. Saya rasa, semua yang baru berkahwin turut merasakan perasaan sama seperti saya juga. Perbezaannya, sekarang saya duduk di rumah suami selepas 27 tahun saya duduk bersama ibu saya,”ujar Wanna yang ditemui Mingguan Wanita di preview fesyen Raya Petra baru-baru ini.
“Sejak berkahwin, sudah tentu saya gembira menjalani kehidupan bersama suami. Tapi, sudah tentu saya rindu suasana atau momen berharga dalam hidup seperti rindu suasana bilik tidur di kediaman keluarga,”ujar Wanna lagi.
Menyentuh alam perkahwinan yang baharu ditempuhi, Wanna turut melahirkan rasa syukur dikurniakan ibu mentua, Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim yang amat penyayang. Tambah Wanna lagi, kini dirinya dikelilingi dua orang wanita yang istimewa serta menjadi tulang belakang untuk dirinya yang masih ‘hijau’ dalam asam garam rumah tangga.
“Alhamdulillah ibu mentua Wanna seorang ibu mentua yang baik dan menerima kehadiran Wanna di dalam keluarganya. Antara cara Wanna amalkan untuk mendekati hati ibu mentua ialah dengan berkunjung ke kediamannya untuk berkumpul bersama keluarga di hujung minggu,”ujar Wanna berkongsi dengan Mingguan Wanita.
Meskipun sudah tidak sebumbung dengan ibu, Dato Ayu Puteh, Wanna tetap meletakkan kedua-dua wanita ini istimewa di hatinya. Alasan tinggal berasingan daripada ibu tercinta bukan bermaksud melupakan tanggungjawab terhadap ibunda tercinta, sebaliknya satu peluang untuk lebih menghargai dan mendidiknya mengenai tanggungjawab dan keindahan membina rumah tangga sendiri.
Pesan Wanna lagi, apabila sudah berkahwin tidak bermaksud dia ‘melupakan’ tanggungjawab terhadap keluarga terutamanya ibu tersayang. Dia sering meletakkan keluarga sebagai keutamaan dirinya dan saling berhubungan antara satu sama lain untuk memastikan perkembangan kedua belah pihak dapat diketahui.
“Saya faham sebab saya dan ibu memang rapat. Saya memang tak pernah keluar rumah atau duduk asing. Bila dah kahwin, ibu pastinya gembira, tetapi dia ada beritahu dia sedih pula. Ibu-ibu memang begitu. Tetapi itulah antara momen yang saya rasa indah untuk dikongsi antara ibu dan anak,”ujar Wanna lagi.
Dengan sekali lafaz, pelakon Wanna Ali selamat bergelar isteri kepada Khairil Amri Khalid dalam sebuah majlis tertutup baru-baru ini.
Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali 28, dinikahkan jurunikah, Ustaz Abdus Salam Mahmud dengan berwalikan bapanya, Mohd Ali.
Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran daripada pihak pengantin lelaki tidak dikongsi kepada umum.
Ustazah Asma’ difitnah, zahir rasa terkilan 10 malam terakhir Ramadan dicemari. Sejak semalam, tersiar kenyataan di media massa pendakwah Ustazah Asma’ Harun yang dikatakan “menunggang agama” apabila dikaitkan menyokong Mc Donald malah gambarnya turut diedit.
Ustazah Asma’ Harun Difitnah
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Bila ibu meninggal, saya rasa hidup ini sudah tiada arah…”
Itulah ungkapan jujur yang terbit dari hati pelakon dan pengacara tersayang, Scha Alyahya, apabila mengenang pemergian ibu tercinta, Allahyarham Junainah Hashim, pada 7 Disember tahun lalu.
Bagi Scha, kehilangan insan yang paling banyak memberi kasih, doa dan semangat dalam hidupnya bukan sekadar satu detik yang menyedihkan. Ia seperti separuh daripada jiwanya turut pergi bersama.
Dalam podcast Wardah Heart to Heart bersama Dayah Bakar, Scha yang tidak mampu menahan sebak, berkongsi betapa peritnya perjalanan yang sedang dilaluinya.
“Ibu saya adalah segalanya. Dialah suri teladan saya – seorang wanita yang sangat kuat. Sampai sekarang, saya masih belajar untuk menerima kenyataan. Saya bukan cuba untuk ‘move on’, tapi saya cuba untuk ‘move forward’. Itu pun perlahan-lahan.”-Scha Al Yahya.
Scha yang merupakan anak kedua daripada adik-beradik, cukup rapat dengan ibunya. Hubungan yang terjalin bukan sekadar ibu dan anak, tetapi sahabat jiwa yang saling melengkapi.
“Rumah kami cuma sepuluh minit saja. Tiap hari saya akan hubungi dia. Bila saya ke luar negara pun, mesti video call dua, tiga kali. Malah, setiap kali dapat skrip lakonan, ibu yang pertama akan baca. Hari ini bila dia tiada, rasa kosong itu terlalu nyata.”
Selama hampir dua dekad dalam dunia seni, Scha jarang menunjukkan emosinya kepada umum. Tetapi kali ini, luka di hati terlalu dalam untuk disembunyikan.
Menyingkap kembali permulaan perjalanan seni, Scha tidak pernah lupa bahawa ibunya jugalah yang membuka laluan itu.
“Dulu saya pernah bertugas sebagai pramugari. Bila berhenti, saya tak tahu nak buat apa. Ibu yang diam-diam isikan borang Dewi Remaja. Saya masuk, dan saya menang. Dari situlah semuanya bermula. Tapi saya tahu, semuanya berkat doa ibu.
Rezeki tertulis dalam bidang ini, saya teruskan mencuba juga. Dan 19 tahun masih di sini, saya rasa itu berkat doa ibu saya,” ujar pelakon drama bersiri Awan Dania.
Kini dalam rutin baru selepas kehilangan itu, pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya memberitahu dia akan meluangkan masa berdua bersama Allah SWT. Mencari kekuatan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan apatah lagi tahun ini merupakan kali pertama menyambut Aidilfitri tanpa kelibat ibu tersayang. Saat bersendirian, dia meluahkan segalanya kepada Allah.
“Saya duduk, renung diri, dan bercakap dengan Tuhan. Sakit ini terlalu dalam untuk ditanggung sendiri. Kadang-kadang kita rasa tak kuat, tapi bila ingat Allah, kita jadi reda.”
Scha turut menitipkan nasihat buat semua, terutamanya yang masih punya ibu atau ayah, agar jangan berlengah dalam menghargai mereka. Isteri kepada Awal Ashaari turut mengingatkan individu yang masih mempunyai ibu bapa untuk menghargai dan berbakti sepanjang hayat mereka.
“Kadang-kadang kita ada selisih faham, terasa hati. Tapi semua itu kecil saja. Jangan tunggu kehilangan baru nak hargai. Cakaplah yang kita sayang, walau hanya dengan mesej, panggilan, atau pulang ke kampung. Supaya bila tiba waktunya, kita tidak menyesal, ujarnya penuh rasa sayu.
Pesan yang meresap jauh ke dasar hati, terutama buat para wanita yang kini bergelar ibu – agar tidak lupa, kasih seorang ibu adalah anugerah paling agung yang tak mampu diganti dengan apa pun.
Dek kerana minat seni batik, Nur Shakilah Abd. Kadir, 25, memilih jalan berbeza apabila sanggup meninggalkan bidang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan demi mengangkat seni warisan ini.