
Kecewa Enggan Pakai Baju Warna Sedondon Yang Dijahit, Isteri Bakar Baju Raya Suami! Emosi dan tindakan isteri adakalanya diluar batasan. Jangan sesekali bermain dengan emosi mereka, lebih-lebih lagi apabila ia hasil usaha sendiri.
Bakar Baju Raya Yang Dijahit Sendiri
Seorang wanita bertindak membakar baju raya yang dijahit sendiri untuk suaminya kerana kecewa lelaki itu enggan memakai pakaian berwarna sedondon, lapor portal berita Wolipop semalam.
Berdasarkan klip video tular di media sosial Indonesia, wanita tersebut dilihat membakar baju berwarna hijau yang sepatutnya dipakai suaminya.
“Baju ini saya jahit dengan penuh kasih sayang dan berharap agar lebaran kali ini kami dapat memakai pakaian sedondon,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Suami Malu Pakai Sedondon
Tambah wanita berkenaan, dia akhirnya kecewa kerana suaminya enggan memakai baju itu.
“Suami tidak mahu memakainya dengan alasan malu untuk pakai warna sedondon bersama isteri.
“Walaupun sudah memaafkan, ia tidak bermaksud kekecewaan yang saya rasai ini terubat,” tambahnya.

Bersengkang Mata Jahit Baju Suami
Katanya lagi, dia sanggup bersengkang mata menjahit baju raya untuk suaminya di tengah-tengah kesibukan menyiapkan tempahan baju daripada pelanggan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
“Saya memaksa suami memakai baju ini tetapi dia marah-marah sehinggakan kami bertengkar. Namun, dia telah pun meminta maaf,” ujarnya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Membuat isteri berasa bahagia itu amat mudah sebenarnya. Namun, kadang kala suami tidak sedar semua itu,” kata seorang netizen.
“Sebab itu amat penting untuk saling memahami dalam rumah tangga kerana masalah kecil seperti ini boleh menjadi masalah besar,” kata pengguna lain.
@ym.collections2000 #viral #sedihbanget ♬ suara asli – ⛔Tuanmuda88🎼EDITORMUDA⛔ – ⛔🅃🅄🄰🄽𝓜𝓾𝓭𝓪16🎗️🄰🄴🅂 ⛔
Mesti Baca:Demi Anak, Tak Sampai Hati Tengok Mereka Beraya Tanpa Baju Raya, Struggle Orang Berbeza
Baca Lagi Di Sini:Sempat Pakaikan Baju Raya, Kenangan Terakhir Sebelum Anak Meninggal
Artikel Menarik:‘Ditakdirkan Kakak Diambil Allah..’ Pakaikan Baju Raya Awal, Sekurangnya Ada Kenangan Bersama
Mingguan Wanita: Akhirnya baju yang menjadi ‘mangsa’. Jangan sesekali dibuat main dengan emosi isteri yang dah bersusah payah demi suami. Buruk padahnya nanti.
Sumber: Kosmo
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Syukur, Alhamdulillah”. Syamsul Yusof kembali ke pangkuan ibu bapa

“Kami tak pernah membenci darah daging sendiri, sebaliknya hanya titipkan doa setiap kali dalam solat,” itu kata-kata terzahir dari bibir Datuk Yusof Haslam yang tidak pernah menyimpan dendam atau enggan memaafkan kesilapan anak lelakinya, Syamsul Yusof selepas bertahun-tahun tidak berjumpa.

Memetik Harian Metro, Yusof berkata, dia tidak menyangka Syamsul akhirnya membuka pintu hati dan kembali kepada pangkuan keluarga.
“Doa kami untuk Sol (panggilan Syamsul) akhirnya termakbul walaupun ambil masa bertahun.
“Dia sendiri hubungi ibunya pada Isnin lalu dan menyatakan hasrat untuk berjumpa kami selepas lama terputus hubungan.
Selepas bertahun tidak berjumpa, akhirnya pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof kembali ke pangkuan kedua ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Detik manis itu dikongsikan Patimah Ismail menerusi Insta Story miliknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamsul yang memakai jaket hitam dan berseluar sukan memeluk erat kedua-dua ibu bapanya.
Dalam hantaran berbeza, Patimah turut merangkul erat tangan Syamsul sambil menguntum senyuman manis.

Turut kelihatan dalam foto itu adalah bekas isteri Syamsul iaitu pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Yusof. Syamsul pula mendukung anak perempuannya, Sumayyah.
Sebelum ini, Patimah memberi gambaran bakal bertemu anaknya dan akhirnya menjadi kenyataan.


Syamsul dilapor sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana hingga membawa kepada perceraian.
Konflik itu berlanjutan apabila pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu bernikah secara rahsia dengan Ira, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi. Bagaimanapun Syamsul dan Ira bercerai pada 5 September lalu.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Datin Shahida Pesan Pada Anak-Anak “Jangan ‘Perasan’ Anak Orang Kaya, Rezeki Ini Pinjaman” Kebahagiaan Bukan Terletak Pada Harta!

Datin Shahida pesan pada anak-anak. Sebagai ibu bapa, nasihat yang berkesan kepada anak merangkumi aspek agama dan duniawi seperti mendidik akhlak mulia, berbakti kepada ibu bapa, menjaga adab, mengajar tanggungjawab, menyokong minat dan bakat anak, memberi kepercayaan, serta menjadi contoh terbaik melalui perbuatan. Penting juga untuk membina bonding yang kuat, bersabar dalam proses mendidik, dan memilih masa serta cara yang tepat untuk memberi nasihat agar ia meresap ke dalam diri anak.
Begitu jugalah yang diamalkan pasangan pempengaruh dan juga ahli perniagaan berjaya Dato’ Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahida. Sebagai ibu dan ayah banyak yang dipesan. Malah biasanya seusai solat mereka akan memberi tazkirah pada anak-anak.
Datin Shaheda Pesan Pada Anak-Anak “Jangan ‘Perasan’ Anak Orang Kaya”
Benarlah bukan mudah untuk mendidik anak-anak namun cara Datin Shaheda dan Dato’ Aliff boleh dijadikan contoh buat ibu bapa di luar sana. Sememangnya kebahagiaan sebenar bukanlah terletak pada harta semata-mata, tetapi pada kasih sayang yang kaya dalam keluarga.
Terbaru video Dato’ Aliff Syukri menyampaikan tazkirah penuh kasih sayang kepada anak-anak meraih perhatian warganet. Ramai terkejut kerana jarang melihat sisi lembut dan mendalam seorang bapa yang ada dalam dirinya.
Kata-kata nasihat yang lahir dari hati itu bukan sahaja menyentuh anak-anak, malah turut mengundang sebak dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian di TikTok yang berjaya mencuri perhatian ramai hingga meraih lebih 2.1 juta tanda suka dan lebih 5 ribu komen itu, terserlah detik penuh keberkatan apabila Datuk Aliff bersama isteri menyampaikan nasihat dan amanat, ketika duduk berhimpun selepas solat Maghrib berjemaah.
Dalam suasana tenang itu, lahirlah tazkirah seorang ayah yang sarat dengan kasih sayang dan nasihat bernilai.
Agama Sebagai Pedoman Hidup
Tatkala itu juga isi hati seorang ayah yang mahu melihat anak-anaknya membesar dengan jiwa yang kuat, hati yang lembut, serta menjadikan agama sebagai pedoman hidup.
Ramai netizen mengakui tersentuh dengan pengakuan tersebut, rata-rata menyifatkan ia sebagai sisi berbeza Dato’ Aliff yang jarang ditonjolkan.
Ada yang mendoakan beliau terus istiqamah membimbing keluarga dengan nilai agama, malah tidak kurang juga yang berkongsi kerinduan terhadap arwah ayah dan ibu masing-masing setelah menonton momen tersebut.
“Mungkin, inilah watak sebenar Dato’ yang anak dia selalu cakap,”
“Kepada ibu bapa luar sana, kaya atau miskin.. ini satu contoh yang perlu ada pada setiap keluarga, kena ada sesi untuk deep talk, tazkirah dan lain-lain.. buatlah setiap bulan ke, 3 bulan sekali ke, 6 bulan sekali ke.
“Bagus Dato’ Aliff motivasikan anak-anaknya ke jalan Allah. Semoga dirahmati Allah selalu dan dimurahkan rezeki,”

Doa Tidak Pernah Putus Daripada Setiap Ayah & Ibu
Setiap ibu bapa pasti menyimpan harapan agar anak-anak bukan sekadar berjaya dalam pelajaran atau kerjaya, tetapi juga cemerlang di akhirat.
Anak yang mampu berdikari, berperibadi mulia, serta menjaga maruah keluarga adalah doa yang tak pernah putus daripada setiap ayah dan ibu.
Bagi Dato’ Aliff Syukri, ukuran kejayaan tidak hanya terletak pada wang ringgit atau kemewahan hidup. Sebaliknya, kejayaan sebenar ialah apabila beliau dapat membentuk zuriatnya menjadi anak-anak soleh dan solehah, berilmu, berdisiplin, serta tahu menjaga nama baik keluarga.
“Kekayaan mungkin boleh diwarisi, tetapi bukan iman, kerana itulah abah sentiasa ingatkan anak-anak abah untuk jadi anak yang beriman, soleh dan solehah,”katanya.
Menurut bapa asal Kuala Lipis, Pahang itu, beliau menegaskan, kejayaan dunia hanyalah pinjaman, tetapi kejayaan akhirat adalah bekalan yang kekal abadi.
“Solat jangan ditinggal, jangan tunggu disuruh baru nak buat. Ingat, bila abah dah tiada nanti, semua ini jadi kenangan. Keluarga itu satu amanah. Amayan sebagai anak sulung perlu belajar jadi pemimpin, bertanggungjawab, menjaga adik-adik dan perniagaan keluarga. Jadilah seorang yang tegas, bijak, berfikiran luas dan berjiwa besar,” pesan beliau.
Menurutnya lagi, beliau sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak — termasuk memberikan pendidikan terbaik dan keselesaan hidup.
Namun, hanya Allah yang mampu menjadikan seseorang itu anak soleh dan beriman.
“Sebab itu doa abah tak pernah putus, semoga kamu semua jadi insan yang hebat, beragama, dan mendengar kata. Satu hari nanti, bila abah sudah tiada, kamu jugalah yang akan solatkan dan uruskan jenazah abah,” katanya penuh sebak.
Beliau turut berpesan agar anak-anak menjauhi cinta remaja yang melalaikan, pergaulan bebas dan amalan yang boleh merosakkan masa depan.
“Abah tak kisah anak nak berkawan atau keluar ke mana, asalkan jangan tipu. Ingat, orang bahagia adalah orang yang hidup dengan kasih sayang, bukan dengan kebohongan.”
Tentang soal jodoh, beliau menegaskan pilihan pasangan bukan kerana harta atau pangkat, tetapi kerana budi pekerti dan keturunan yang baik.
“Abah dan mama pernah melalui zaman remaja, memang masa tu hati memberontak. Tapi bila dah meningkat usia, baru kita faham bahawa nasihat orang tua semuanya demi kebaikan,” katanya lagi.
Mahu Anak-Anak Jadi Insan Berguna
Inilah percaturan seorang ayah dan ibu, setiap nasihat, doa dan teguran yang diucapkan hanyalah untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang baik, berakhlak mulia, berjaya di dunia serta mulia di sisi Allah di akhirat kelak.
Detik itu akan menjadi satu contoh bahawa kebahagiaan sebenar bukanlah terletak pada harta semata-mata, tetapi pada kasih sayang yang kaya dalam keluarga.

15 Pesan Abah & Ibu
- Jaga solat lima waktu – jangan tunggu disuruh, kerana solat tiang agama. Ia benteng diri dan kunci keberkatan hidup.
- Hormati ibu dan ayah – doa mereka pembuka jalan rezeki. Jangan lupa, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
- Sayangi adik-beradik – jangan bergaduh sesama sendiri. Adik-beradik adalah sahabat pertama dan keluarga itu amanah sampai akhir hayat.
- Belajar bersungguh-sungguh – ilmu adalah bekalan, harta boleh hilang tapi ilmu kekal. Jadikan pelajaran sebagai tangga masa depan.
- Jangan mudah terikut kawan – pilihlah sahabat yang membawa kebaikan, kerana kawan boleh membentuk siapa kita.
- Jangan ‘perasan’ anak orang kaya – rezeki ini pinjaman Allah, jangan sombong, jangan memandang rendah orang lain.
- Elakkan ego dan boros – rendah hati dan berjimat cermat itu tanda orang berakal. Simpan dan buat tabungan demi masa depan.
- Pandang ke bawah untuk rasa insaf – lihat orang susah supaya hati lebih bersyukur dan tidak tamak.
- Jaga maruah diri dan keluarga – jauhi cinta monyet, pergaulan bebas, dan perkara yang boleh merosakkan nama baik.
- Berani memimpin – terutama anak sulung, jadilah pelindung, bijak membuat keputusan, dan menjadi contoh kepada adik-adik.
- Bersyukur dan menggembirakan orang lain – hati yang bersyukur akan tenang, dan senyuman yang diberi akan kembali sebagai pahala.
- Tolong ibu ayah – ringan tulang membantu, hidangkan makanan, ambilkan air, kerana berbakti kepada orang tua itu jalan menuju syurga.
- Pilih pasangan kerana akhlak, bukan harta – keturunan dan budi pekerti lebih utama daripada kekayaan dunia.
- Ingat, marah itu tanda sayang – teguran abah dan mama bukan untuk menyakitkan hati, tapi kerana mahu anak-anak jadi insan berguna.
- Ingat akhirat – dunia hanyalah sementara, jangan tinggalkan solat dan mengaji, kerana akhirat adalah destinasi yang kekal.


Baca Disini : “Doa Seorang Ibu Itu Sangat Mahal Nilainya” Wan Maimunah Buat Aliff Syukri Tersentuh Hati
Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak Gadis Disimbah Asid, “Sudah 8 Kali Jalani Pembedahan Akibat 70% Badan Melecur…” – Bapa

Anak gadis disimbah asid, sudah 8 kali jalani pembedahan akibat 70% badan melecur – bapa. Perjalanan pulang seorang gadis yang baru enam hari bekerja mendatangkan tragedi apabila menjadi mangsa simbahan asid dari penghantar e-hailing.
Berusia 19 tahun, Nadia Fasha Qistina menjadi mengalami kecederaan teruk apabila 70 peratus tubuhnya melecur dan sudah menjalani lapan kaki pembedahan di Hospital Sg Buloh.
Anak Gadis Disimbah Asid
Dalam satu perkongsian dari bapanya di fb, @Mansha Zulkarnine, dirinya merayu jika ada saksi kejadian selain bantuan kewangan bagi yang sudi membantu kos pembedahan anaknya kerana mereka sekeluarga sudah membelanjakan banyak wang untuk 8 kali pembedahan sebelum ini.
Berkongsi hal ini, bapa Nadia Fasha berkata, dirinya dengan rasa rendah diri ingin meminta apa-apa sudut bantuan dan sumbangan bagi keperluan anaknya terutama untuk menjalani pembedahan plastik bagi memperbaiki keadaan tubuh anaknya yang cedera teruk.
“Saya dengan merendah diri ingin meminta apa-apa sudut bantuan & sumbangan dari pihak Tuan/Puan untuk keperluan rawatan anak perempuan saya Nadia Fasha Qistina yang menjadi mangsa simbahan asid pd 08/11/2023 yang lepas di kawasan Denai Alam, Shah Alam, Selangor. Beliau menjadi mangsa semasa balik dari kerja di kawasan tersebut.
“Sudah 8 Kali Jalani Pembedahan Akibat 70% Badan Melecur…” – Bapa
Tambah bapa ini, keadaan anaknya agak kritikal & di tempatkan di wad rawatan rapi Burn Unit, Hospital Sg Buloh, Selangor. Hampir 70% keseluruhan anggota badan terkena asid tersebut (muka, leher, tangan kiri kanan, badan, peha kiri kanan serta kaki kiri kanan),” katanya sambil menambah, sepanjang tempoh ini (hampir 2 bulan) sebanyak 8 kali pembedahan telah dilakukan oleh pihak pakar hospital dan kebanyakkan bil serta keperluan telah ditanggung oleh pihak keluarga saya sendiri kerana Hospital Sg Buloh merupakan semi gov & anak saya tersebut tiada perlindungan insuran & tiada perlindungan perkeso (anak baru 6 hari bekerja). Ia bukanlah satu jumlah yang kecil.
“Untuk pembelanjaan & rawatan susulan selepas pembedahan ini, apa yang pihak hospital jelaskan pada kami, ia memerlukan belanja yang besar secara berterusan (perubatan, gantian tisu & kulit, rawatan mata, gantian kelopak mata, hidung serta beberapa pembedahan plastik).
“Kemungkinan juga menurut doktor, anak saya perlu bergantung dengan ubat sepanjang hidup untuk elak pelbagai jenis jangkitan. Ia di luar kemampuan saya & keluarga kerana pihak saya sudah berhabis untuk selamatkan nyawa anak saya sebelum ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Wanita Warga Emas Ditahan Simbah Asid Pada Suami Isteri, Angkara Dengki Kedai Makan Laris
Baru Berkahwin 10 Bulan, Suami Sanggup Simbah Asid Pada Isteri Hingga Meninggal
Terlampau Sakit Hati, Isteri Nekad Simbah Asid Ke Muka Suami Yang Curang
Bagi sesiapa yang mempunyai info, rakaman cctv, dashcam atau apa-apa bukti bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan, boleh menghubungi saya di 011-5555 4884 (Mansha).
Segala info dari pihak Tuan/Puan amat diperlukan untuk menjejak pelaku terutama yang ada di tempat kejadian & saksi-saksi (Jln Elektron, Denai Alam. 5.00pm Rabu 08/11/2023).
Untuk sumbangan kewangan seikhlas hati walaupun sedikit, pihak kami menerima dengan berbesar hati. Walaupun segelas air tidak mampu memadamkan api yang sedang marak tapi sekurang-kurangnya kita berusaha utk memadamkan api tersebut.
* Saya tidak melantik orang ketiga untuk kutipan derma/sumbangan kecuali direct ke acc saya untuk mengelak dari scammer. Pihak saya akan hubungi pihak yang memberikan maklumat. Terima kasih.
-RHB BANK BERHAD (Personal)
16452600039344 (AZMAN SHAH MOHAMMAD)
-CIMB BANK (Personal)
7026639538 (AZMAN SHAH MOHAMMAD)
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


