Pernah tak kaum isteri terguris hati dengan mak mentua anda? Ada yang beri nasihat, “Ala, sabar sajalah. Kena bebel tu kan tanda nya sayang.” Benar! perkahwinan bukan sesuatu yang melibatkan pasangan suami isteri sahaja, tetapi ia juga melibatkan keluarga daripada kedua-dua pihak.
Teristimewa buat pengikut setia laman sosial Mingguan Wanita kami telah membuat hantaran video digital Sembang Wanita yang membincangkan topik-topik panas! Bersama pengacara yang cukup ceria, Norreen Iman, Kak Girl & Dottie.
Mak Mentua Pendamai atau Perosak Rumah Tangga?
Episod pertama Sembang Wanita yang disiarkan semalam menerusi Facebook dan Saluran Youtube MW jam 8.30 malam, semalam telah membincangkan topik yang sangat panas iaitu Mak Mentua Pendamai atau Perosak Rumah Tangga?
Keletah ketiga-tiga pengacara ini menarik minat apatah lagi Norrenn Iman dan Kak Girl juga berkongsi tentang pengalaman mereka sebagai menantu.
“Kena hormati siapapun atau apapun dia (ibu mentua). Kita kena hormati dan sanjung,” itulah antara pembuka bicara oleh Kak Girl yang sememangnya perlu diterapkan oleh setiap mereka yang bergelar isteri.
Malah Norreen juga turut menerangkan dia beruntung kerana dikurniakan ibu mentua yang sangat baik.
“Sepanjang enam tahun berkahwin alhamdulillah saya tidak pernah ada masalah dengan mak mentua. Sebelum kahwin pun memang dah berkenalan dengan mak mentua, beliau merupakan seorang yang memang baik.
“Sebagai isteri saya akui bukan semua isteri beruntung seperti saya yang boleh ‘ngam’ dengan mak mentua,” ujar Norreen.
Ads
Permasalahan Berkaitan Mak Mentua
Sebenarnya kaum wanita di luar sana berhadapan dengan pelbagai situasi masalah yang berkaitan dengan mak mentua. Sembang Wanita menerusi episod pertama ini juga telah berkongsi pengundian (polling).
Antara soalan yang mendapat undian terbanyak tentang masalah yang dihadapi oleh mak mentua ialah mereka yang mempunyai mak mentua bermulut laser, yang suka mengawal anak lelaki mereka dan suka mencari salah menantu.
Polling pertama, Adakah anda fobia dengan mak mentua?
“74 peratus menyatakan tidak dan 25 peratus mengundi ya,” kongsi ketiga-tiga pengacara.
Polling kedua, Mak mentua yang buat anda makan hati?
Ads
“Setakat ini alhamdulillah mak mentua baru ni sangat baik,” kongsi kak Girl.
“Mak punya hati yang baik dan terima saya macam anak sendiri. Sebagai menantu kita kena ambil hati mak mentua,” luah Norreen.
Antara punca-punca yang membuatkan isteri makan hati dengan mak mentua?
Ads
“Suka cari salah menantu, bermulut laser, pilih kasih antara menantu dan mengawal anak mereka terutama anak lelaki yang sulung dan bongsu,” kupas mereka.
Polling terakhir, Pernah tak bergaduh atau bermasam muka dengan mak mentua?
“Cerita dari kenalan saya ada ibu mentua mereka yang suka menjaja masalah atau keburukan pada menantu yang lain atau saudara mara di mana membuatkan si isteri rasa sangat sakit hati,” ujar Norren.
“Bukan itu saja ada tu yang bila balik kampung bertanya bila nak ada anak,” sahut Kak Girl.
“Mak mentua ni ada yang baik sangat namun ada juga yang sukar dibaca perasaan terutama mereka yang pendiam,” luah Dottie.
Apapun episode pertama yang disiakan ini sangat menarik dan memberi banyak input kepada wanita yang bergelar isteri.
Jadi jangan lupa tonton video kami di Sembang Wanita!
Kongsikan pengalaman anda mengenai topik ini ya. atau ada topik yang lebih panas pun boleh kongsikan kepada kami!
Buah Durian sememangnya mempunyai bau yang agak kuat. Jika tak biasa bau ‘Raja Buah’ ni memang boleh sebabkan loya dan muntah. Di negara kita dan kawasan Asia, makan dan bau durian merupakan perkara biasa.Namun berbeza dengan penduduk di kawasan Eropah.
Kasihan sungguh dengan seramai 12 pekerja pos di Jerman yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital, manakala puluhan lagi dibawa keluar dari pejabat pos di bandar Schweinfurt, di sini. Ia kerana mereka dikatakan menerima rawatan perubatan kerana loya setelah menghidu bau kuat daripada bungkusan berisi durian kelmarin.
Curiga Bau Asing
Difahamkan, pegawai polis, pasukan bomba dan pasukan perubatan kemudian dipanggil ke pejabat pos berkenaan untuk memeriksa bungkusan itu.Polis mengarahkan semua penghuni bangunan keluar, termasuk 60 pekerja sebelum polis dan pegawai bomba membuka bungkusan itu.
Kekecohan bermula selepas seorang kakitangan pejabat pos itu curiga kerana terhidu bau yang amat asing.
“Oleh kerana kandungan bungkusan itu tidak diketahui dan tidak jelas, ia dianggap sebagai barang berisiko tinggi,” kata kenyataan polis Schweinfurt seperti dipetik portal berita antarabangsa CNN.
Kiriman 4 Biji Durian
Setelah siasatan dibuat, bungkusan terbabit mengandungi empat biji durian dari Thailand yang dikirim seorang penduduk Schweinfurt berusia 50 tahun untuk rakannya di Nuremberg.
Polis berkata, 12 pekerja yang mendapatkan rawatan di hospital itu mengadu loya, manakala enam yang lain pula dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Kejadian bungkusan berisi durian bukanlah pertama kali berlaku di Jerman. Tahun lalu, perpustakaan di Universiti Canberra terpaksa dikosongkan kerana didakwa kebocoran gas dan hasil carian kemudiannya mendapati bahawa bau itu datang dari buah durian.
Sebelum ini, program realiti Fear Factor pernah menampilkan durian sebagai salah satu makanan yang mesti ditelan oleh peserta. Biasanya peserta dikehendaki memakan haiwan atau unggas yang menjijikkan. – AGENSI
MW: Kasihannya, gara-gara durian huru hara jadinya. Mungkin di Asia durian jadi kesukaan ramai, namun berbeza bagi negara Eropah. Apa pun memang rugilah jika tak makan dan menikmati durian. huhu
Baru enam hari berkahwin, suami isteri meninggal ketika bulan madu terlebih minum ubat kuat. Hubungan intim selepas selamat diijabkabul adalah hal yang paling mendebarkan dilalui oleh pasangan suami isteri.
Jika sesetengah lelaki berasa risau adakah mampu memuaskan isteri di malam pertama sementara isteri berasa risau adakah dirinya menawan hati suami ditambah inilah kali pertama ada lelaki tidur di sebelah adalah antara persoalan yang selalu dirisaukan pasangan pengantin baru.
Suami Isteri Baru 6 Hari Berkahwin Meninggal Ketika Bulan Madu
Tapi nampaknya “kerisauan” dan mahu kelihatan hebat ketika bulan madu berakhir dengan kematian mengejutkan pasangan suami isteri yang baru bernikah 29 September lalu selepas terlebih mengambil ubat kuat seks ketika berbulan madu di sebuah hotel.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati pembuluh darah ke jantung pecah menjadi punca kematian pasangan ini. Bahkan ubatan diminum juga ditemui di sisi mereka selain dapati tiada unsur jenayah lain ditemui di bilik hotel pasangan ini.
Dalam kejadian sedih ini, pasangan suami isteri muda ini berusia 30 dan 27 tahun baru bernikah enam hari lalu telah pergi berbulan madu di lereng Gunung Lawu dan menginap di salah satu hotel di Karangpandan, Karanganyar.
Mereka mendaftar sekitar jam 4 dan keesokan harinya perlu keluar sebelah tengahari namun mereka meminta pihak hotel untuk keluar agak lewat sedikit.
Namun sehingga jam 4 petang ke atas, pasangan suami isteri ini masih belum keluar dan pemeriksaan pihak hotel mendapati keduanya dalam keadaan terbaring. Hasil pemeriksaan dapati keduanya sudah meninggal dunia.
Pasangan ini berasal dari Pemalang, Jawa Tengah sebelum berpindah ke Mojosongo, Solo telah selamat dikebumikan di Ngemplak, Boyolali selepas bedah siasat dilakukan.
Dalam pada itu, dimaklumkan pengantin perempuan merupakan anak kedua dari tiga kesemua perempuan. Kejadian sedih menimpa pasangan ini cukup mengejutkan kerana baru berkahwin Khamis lalu sebelum pergi berbulan madu.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebelum ini peminat dikejutkan apabila pelakon Faye Kusairi mendedahkan dia telah terkena serangan Bell Palsy iaitu kelumpuhan pada otot muka ketika usia kandungannya mencecah 38 minggu.
Faye yang juga isteri kepada pengarah, Azmi Hatta telah bernikah pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun dan baru-baru ini telah menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Asha Azmi.
Ternyata Faye begitu kuat dalam mengharungi penyakitnya walaupun pada waktu itu dia sudah mahu bersalin. Dan kini, sewaktu berpantang dia tidak putus asa. Malah dia juga secara jujur berkongsi bagaimana keadaannya yang begitu sengsara ketika hendak bersalin dengan keadaan wajah yang diserang Bell Palsy.
Faye Kusairi Kini Sudah Pulih
Terbaru menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya, Faye memberitahu dia kini sudah pulih sepenuhnya daripada masalah Bell Palsy yang menyerangnya empat minggu lalu.
Pemilik nama penuh Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 34, sepanjang tempoh pemulihan itu, dia hanya mengambil ubat doktor seperti disarankan dan urutan pada wajah.
“Alhamdulillah setelah empat minggu menderita akibat Bell Palsy, saya kini sudah sihat sepenuhnya.
“Apa yang saya praktikkan adalah ubat dan vitaman B12, fisio serta rawatan totok wajah secara konsisten.
“Saya tak pergi buat akupuntur dan saya tak makan atau ambil atau pakai benda selain apa yg disarankan doktor,” ujarnya menerusi Instagram.
Alami Bell Palsy Ketika Sarat Hamil
Faye mengalami Bell Palsy ketika menggosok gigi ketika sarat hamil anak keduanya, Asha Azmi baru-baru ini.
Bell Palsy adalah penyakit membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve’. Situasi itu berlaku apabila otot yang mengawal ekspresi wajah tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguan sarat muka.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.