Manusia terpenting setiap kali seorang anak atau suami terima gaji setiap bulan sudah tentulah ibu dan juga isteri mereka. Sebelum menolak hutang itu dan ini, ketepikan terus wang untuk kedua insan istimewa ini.

Dalam erti kata lain, dapat saja gaji bahagiakan dahulu ibu dan isteri, selagi mereka ada tak rugi gembirakan hati dua insan ini. Insyallah hidup anda lebih diberkati dan dipermudahkan Allah SWT. Percayalah.

Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri ini dan fahami penjelasannya:

Dapat Saja GAJI Bahagiakan Ibu & Isteri

Dapat saja gaji mesti ingat untuk bahagiakan dua orang wanita ini terlebih dahulu, ibu dan isteri kita.

Kadang-kadang, emak ni tak pernah minta duit dekat kita. Dia tak akan sebut pun. Dan dia tak akan bising pun kalau kita tak bagi dekat dia.

Tapi kenang balik masa kita kecil sampai saat kita berpisah dengan mak kita membina hidup kita sendiri. Siapa yang sanggup bergolok bergadai nak sediakan apa saja hajat kita?

Walaupun kadang-kadang nampak macam mak tak nak bagi, tapi jauh di sudut hati seorang mak, celik saja mata kita pagi esok, semua benda yang kita nak itu akan ada atas ribaan kita.

Walaupun kadang-kadang nampak macam mak marah dan berkira dengan kita, tapi sebenarnya mak nak bagi yang lebih baik daripada apa yang kita minta.

Walaupun kadang-kadang nampak macam mak cakap nanti-nanti dia beli, itu sebenarnya saat paling sukar buat sekarang ibu.

Mak pun mungkin tak ada duit sangat masa itu. Tapi mak tak nak mengaku depan anaknya yang dia tak ada duit.

Jaga Keperluan & Kebajikan Mak Bila Dewasa

Sebab itu bila kita sudah dewasa, seboleh mungkin kita jaga keperluan dan kebajikan mak kita. Dia nak apa pun, kita cuba usahakan. Tak dapat yang mahal, yang murah sikit pun tak apa.

Bila sesekali balik jenguk emak di kampung, jangan tinggalkan emak sehingga semua barang-barang asas di dapurnya cukup. Shopping sakan pun tak apa. Apa sangat lah sesekali berbelanja untuk emak.

Bagi yang mampu boleh bagi lebih dari itu. Mungkin kereta, mungkin rumah. Mungkin boleh bawa emak pergi umrah atau belanja emak menunaikan fardhu haji.

IKLAN

Kalau kita berjalan ke mana-mana, jangan lupa belikan mak kita sesuatu. Sama macam mak kita bila dia datang rumah kita, dia tak datang dengan tangan kosong.

Selagi ada ruang dalam kereta, akan disumbatnya macam-macam. Semuanya untuk kita anak-anaknya.

Bila kita balik kampung, mak akan bekalkan kita juga dengan macam-macam benda untuk kita bawa balik. Makanan, minuman, barangan dan apa saja yang boleh.

Bila Dapat Gaji, Jangan Lupa Pengorbanan Mak, Isteri

So, bila kita sudah ada duit, ingat semua pengorbanan mak itu. Jangan mudah lupa diri. Kalau kita boleh belikan sesuatu untuk kita dan keluarga kita, kenapa tidak untuk mak kita?

Isteri kita adalah orang kedua yang wajib kita gembirakan. Jangan sesekali anggap wife kita orang gaji kita. Macam-macam dia buat secara percuma.

Dia jaga makan pakai kita. Dia mengandungkan dan beranakkan anak-anak kita. Dia jaga keperluan dan pendidikan anak-anak juga. Dia urus rumah tangga.

Baca Juga Di sini:

Bila Bahagiakan Isteri, Allah Akan Lancarkan Rezeki & Mudahkan Urusan Suami

IKLAN

Tak Perlu Bersaing Untuk Jadi Hebat. Itulah Pengorbanan Isteri Menjadi IBU

Semuanya untuk kita. Hanya untuk kita.

Dia korbankan seluruh umurnya bila dia buat keputusan untuk hidup dengan kita sampai akhir hayatnya.

Dia kahwin dengan kita macam dia main judi. Apa saja kesan dan akibatnya dia akan tanggung di kemudian hari.

Hargai Isteri Dengan Beri Wang Saku

Hargai isteri kita. Don’t ever take her for granted. Beri kasih sayang dan perhatian secukupnya. Beri juga wang saku sebagai upah bekerja sehari-hari untuk kita dan keluarga.

Lebih-lebih lagi kalau isteri kita baru bersalin. Masa anak menyusu penuh dengan isteri kita, dia boleh minta upah sebab susukan anak kita. Sebelum dia minta, kita bagi upah tu siap-siap.

Walaupun dia sudah ada duit gaji sendiri. Walaupun dia tak minta. Walaupun beras, gula, garam, ikan, ayam dan daging kita sudah siap beli. Walaupun tempat berteduh dan belanja anak-anak pun kita dah sediakan.

IKLAN

Asingkan wang saku isteri. Beri berasingan daripada yang lain. Itu salah satu tanda dan tukaran kepada penat lelah dia sehari-hari. Dia nak buat apa dengan duit itu lantaklah. Jangan dia berjudi atau hidap dadah sudah. Hehehe…

Selagi Mereka Ada TAK Rugi Gembirakan

Itulah dua wanita yang pada hari gaji kita mesti ingat. Dapat bagi sikit, bagi sikit. Dapat bagi banyak, bagi banyak. Yang penting kita bagi.

Cuma.. yang paling menariknya ibu dan isteri kita ini kalau mereka bijak, mereka akan ada 1 persamaan.

Walaupun mereka tahu duit itu kita bagi untuk mereka guna, mereka tak akan guna tak tentu hala.

Mereka biasanya akan simpan untuk bekalan saat kecemasan.

Mereka biasanya akan guna untuk selesaikan segala tanggungan, hutang dan sebagainya dulu. Mereka akan cari jalan supaya duit tersebut tak akan habis sia-sia.

Jangan Menyesal Bila Mereka Tiada

Rahmat dan keberkatan buat ibu dan isteri kita pada minggu gaji seperti sekarang. Selagi mereka berdua ada, selagi itu jadi tanggungjawab kita untuk gembirakan hati mereka.

Bila mereka sudah tiada, harta yang banyak pun dah tak berguna. Kita hilang segala-galanya.

Kita hilang punca doa. Kita hilang tempat mengadu. Kita hilang tempat bermanja.

Ya Allah.. berkatilah semua ibu dan para isteri. Kurniakan mereka semua kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
#KAB

MW: Bila kita bahagiakan mak dan isteri, insyallah hidup kita akan lebih diberkati Allah SWT. Segala urusan kita juga akan dipermudahkan berkat doa daripada dua insan istimewa ini.

Sumber: Ustaz Khairul Anuar Basri

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI