Setiap orang di dunia ini memiliki mak. Kasih sayang mak tidak pernah putus walaupun kita telah meningkat usia. Namun komitmen terhadap keluarga sendiri dan urusan kerja membuatkan hubungan yang dahulunya erat bertambah renggang.

Kadang-kadang sampai satu tahap di mana kita terlalu memberi fokus kepada kerja hingga kita anggap ibu menjadi kurang penting. Jika tidak, pasti kita akan cari jalan atau cara buat mak tersenyum dan redha dengan hidup kita. Nescaya barulah Allah kurniakan rezeki melimpah ruah.

Ikuti perkongsian, Dr Saidatul Husna

[ Tak Payah Kerja Kuat. Fokus Bahagiakan ibu Saja ]

Tinggal setengah jam lagi sebelum berkumpul di airport Jakarta.

Dalam kekalutan, jalan laju laju, pusing sana sini dengan hajat nak beli keychain Indonesia, tiba-tiba terdengar suara seorang abang ni.

“Ayuh ayuh, hadiahkan baju untuk ibu kita. Ayuh ayuh, berehat sebentar dari kerja, hadiahkan baju untuk ibu kita.”

Saya pun berhenti sekejap. Hairan. Kenapa abang itu sebut nama ibu banyak kali ya. Saya pun tercari-cari suara abang tu. Dalam mall yang besar, orang ramai, suara masing-masing bertindan. Akhirnya terjumpa juga, di depan mata saya sahaja rupanya.

Dalam hati saya cakap abang ni bukan orang biasa biasa. Walaupun nampak macam nak tarik pelanggan dengan gunakan ayat belikan hadiah untuk ibu, namun hati kecil saya menidakkan benda itu.

Saya kemudiannya menuju ke arah abang itu. Namanya Pak Romy.

Saya tanya,

IKLAN

“Mas, ini kok jualannya baju saja? Ada yang lain nggak? Mas nyebut-nyebut perkataan ibu kayaknya tahu saja saya mahu belikan hadiah buat ibu saya.”

Kemudian abang itu teruskan senyumannya yang dari tadi tak pernah lekang.

Dia kata, kita semua ada ibu. Tiada orang tiada ibu. Bezanya sama ada kita anggap ibu itu penting atau tidak. Itu saja bezanya. Kalau penting, pasti kita akan cari cara untuk bahagiakan dia. Sesibuk mana pun pasti jiwa kita akan ada rasa belas dan terfikir untuk bahagiakan ibu kita setiap hari.

Sayang sekali sekarang ramai yang kerja, siang malam sampai buat overtime sebab nak tambah duit. Mereka bukan tidak ingat ibu, tetapi penat kerja membuatkan fokus mereka terganggu.

Jadi saya disini membantu dengan kudrat dan pilihan jualan yang ada, supaya anak-anak ada idea setiap hari berfikir cara apa lagi saya boleh bahagiakan ibu saya di rumah.

Terus Tersentap

Zass. Tersentap. Pertama kali saya dapat ilmu begini daripada seorang penjual baju. Mulianya hati abang ni. Tak perlu pangkat, tak perlu nama, tak perlu ada gelaran ustaz untuk ingatkan kita untuk sayangkan emak. Pasti ada amalan rahsia sampai dia boleh kata begitu.

IKLAN

Saya percaya abang ini bercakap dari hati yang tulus sebab masa tu getaran saya sangat tinggi. Otak saya fokus cari hadiah untuk ummi di Malaysia. Jadi bila Allah hadirkan penjual yang tepat, saya yakin itu teguran dari Allah untuk saya juga.

Akhirnya saya beli dua helai baju dari Pak Romy ini. Pesan akhir dia, kita bahagiakan ibu kita, nanti rezeki akan melimpah ruah. Tak payah kerja kuat sangat, kita fikir bagaimana cara nak buat emak senyum saja, yakinlah selepas itu rezeki akan melimpah ruah dari jalan yang Allah sendiri aturkan.

Betul lah seorang ustaz ni pesan, nak tahu cara bagaimana nak buat Allah ‘senyum’ pada kita? Usaha dulu buat ibu senyum kerana kita, itulah sebab yang boleh menyebabkan Allah senyum dan redha pada kita.

Senyum ini sinonim dengan restu. Kalau Allah redha, ibu redha, tak ada apa dah, you will achieve everything you want in this magical living.

Love your mom unconditionally. She is the helper when you have nothing. So dont forget her existance when you have everything.

IKLAN

With love, Saidatul Husna. Boleh follow saya untuk kisah inspirasi dan pembangunan diri.

Oh ya. Sebenarnya hadiah baju ini saya dah bagi dekat ummi saya. Lepas itu kecik pula saiznya. Tak muat. Aduh. Memandangkan saya beli dengan kasih sayang, gigih ini angkut mesin jahit sebab hendak alter balik baju ni.

Dengan tak tahu apanya pasal menjahit, kira bidang terjunlah harap ramai malaikat tolong saya selesaikan malam ini. Doakan ya. 😂

Boleh SHARE.

#HowIMakesPeopleSmile
#LiveLifeFully

Sumber: Dr Saidatul Husna

MW: Ibulah yang melahirkan dan membesarkan kita daripada kecil hinggalah dewasa. Pemberian kita yang sedikit belum tentu dapat membalas kesemua jasa-jasanya. Tetapi sentiasalah berusaha untuk menyenangkan hati ibu dan mendapat redha darinya. Insyallah bila mak redha, pasti Allah pun meredhai hidup kita dan rezeki makin murah.  

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI