Anzalna Nasir

Tiada apa yang lebih menggembirakan seorang anak apabila dapat membahagiakan hati kedua mak ayah tercinta. Terharu sungguh dan tumpang gembira melihat video yang dikongsikan oleh pelakon Anzalna Nasir,31 di dalam Instagramnya.

Tidak lokek berkongsi rezeki yang ada dengan mak ayah,  malah menghadiahkan kereta mewah pada ulangtahun perkahwinannya. Paling penting, tidak pernah melupakan mak ayahnya, membalas jasa mereka walaupun telah berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri.

Antara yang menarik adalah pesanan oleh pelakon ini pada posting Instagram yang dikongsikan;

“Tak perlu tunggu kaya untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita. Kebahagiaan itu bukan terletak pada ‘benda’ yang kita beri, akan tetapi bersandar di atas sebuah tulus ingatan.”

“Terlalu banyak pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Sebagai anak, jangan sesekali kita lupa untuk terus berbakti kepada mereka walaupun kita sudah ada kehidupan sendiri.”

“Always remember this, kebahagiaan itu bukan di atas kekayaan, dan tidak akan jatuh miskin jika kita menolong kedua ibu bapa. Jangan pernah takut untuk memberi. Santunilah Ibu bapamu sementara mereka masih ada.”

IKLAN

Hadiahkan Kereta Mewah Pada Ulangtahun Perkahwinan

Menerusi posting terdahulu pelakon utama Memori Cinta Suraya ini, Anzalna telah membuat kejutan menghadiahkan kereta mewah jenama Mercedes Benz kepada mak dan ayahnya. Ia juga sempena ulangtahun ketiga perkahwinan pelakon ini bersama suami tersayang, Hanif Zaki.

“Saya masih ingat ketika kami pergi berbulan madu saya turut membawa mak ayah saya mengerjakan umrah dan hari ini pada ulangtahun ketiga perkahwinan kami saya membelikan mereka sebuah kereta.

IKLAN

“Saya percaya walaupun sudah berkahwin jang pernah lupa mak ayah yang membesarkan kita dan sentiasa menghormati suami,” 

“Hari ini, genap 13 tahun bersama (tempoh bercinta dan berkahwin) Hanif Zaki, tiga tahun melayari perkahwinan dan bakal bertiga tahun ini, Insya Allah”.

“Saya tidak tahu apa yang menanti kami pada masa hadapan, tetapi saya sentiasa berdoa kepada Allah agar merestui perkahwinan kami dan membolehkan saya sentiada bersama suami sehingga ke akhir hayat saya,” ujarnya.

IKLAN
View this post on Instagram

Marriage life is beautiful when you have a deep respect for each other. Today, marks 13 years of being with @hanif_zaki , 3 years of marriage, and 3 of us this year??InsyaAllah. I dont know what future holds for us, but I always pray to Allah to bless our marriage and that I’ll be able to hold him until the very last of my breath. I still remember on our honeymoon i dragged my parents with me to umrah and today on our third year anniversary I bought my parents a car. I believe even when you’re married never ever forget your parents who raised you and always respect your husband. SWIPE LEFT. Watch the full video on my youtube channel. #Hanzalna3rdyearWeddingAnniversary #NoAnniversaryPresentForMeNoProblem Videographer @the.affiliates @aizatrush

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 dan pasangan ini baru-baru ini mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama setelah 3 tahun berkahwin.

MW: Tahniah buat Anzalna, semoga bertambah dimurahkan rezeki kerana membahagiakan mak ayah tercinta. Pengorbanan orang tua pastinya takkan dapat terbalas namun kita sebagai anak berusahalah untuk berbakti dan menggembirakan hati mereka dengan dengan apa juga cara selagi mereka masih bernyawa. Semoga Anzalna dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan dan bersalin nanti.

Sumber: Anzalna Nasir

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI