Idea menarik, kapsul tidur. Khas buat yang suka shopping, kalau dah penat boleh rehat dan tidur dulu.
Biasanya, kalau mak-mak nak shopping mesti berkira-kira dan tak kurang juga ambil masa berjam-jam. Tak adalah membeli pun sekadar untuk cuci mata. Ada juga yang ambil masa berjam-jam untuk tilik barang yang nak beli.
Kalau bawa pasangan, mahunya kejung kaki sebab menjelajah dari satu kedai ke satu kedai. Lagi satu, mana pasangan yang malas nak ikut mesti akan duduk di tepi-tepi kedai atau koridor, tunggu pasangan.
Alangkah bagusnya kalau ada kapsul tidur. Pasangan pergi shopping kita tidur dulu. Malah, mana yang suka shopping lama-lama, masih ada peluang untuk berehat, lepas tu sambung shopping.
Perkongsian menarik dari Irfan Khairi tentnag kapsul tidur yang ada di Dubai dan sudah dipraktikkan di Jepun.
Di Jepun, kapsul hotel adalah sesuatu yang tidak asing lagi. Hotel yang kecik comel muat seorang saja penghuni. Asal usulnya, kapsul hotel dibina untuk mereka yang bekerja.
Maklumlah, orang Jepun memang kuat bekerja. Bila penat, boleh la terus tidur di situ. Budaya orang Jepun, kalau golongan suami balik awal lepas kerja, memang isteri naik malu!
Mereka mahu suami balik lewat sebagai tanda kuat kerja.
Tapi, lain sikit di Malaysia. Kalau suami balik lewat, memang kena Edisi Siasat la jawabnya. Ini berbeza pula di Dubai.
Di Dubai, ada “kapsul tidur” pula. Di mana?
Ads
Di dalam shopping mall! Ianya dipanggil “Sleep n Shop”
Ya, di Dubai Mall, ada sebaris kapsul-kapsul untuk mereka yang penat shopping, rehat sebentar dan tidur.
Untuk pengetahuan anda, Dubai Mall adalah shopping mall terbesar di dunia dengan lebih 1,200 buah kedai! Memang sakit kaki dibuatnya berjalan dalam mall ni.
Boleh la golongan isteri tidur kalau penat, kemudian sambung la shopping.
Sesuai tak kapsul hotel atau kapsul untuk tidur ni di Malaysia?
PS: Bagi golongan isteri, kalau suami balik lewat, husnuzon. Golongan lelaki memang rajin bekerja sampai lewat malam baik kan sayaaaa…
Ads
Mingguan Wanita : Rasanya kalau ada kat Malaysia, kapsul ni mesti penuh dengan lelaki. Hihihhi..
Mengunjungi tanah suci dan menunaikan umrah merupakan impian ramai orang.Tak tergambar perasaan gembira apabila dapat mengunjungi tanah suci buat pertama kali, lebih-lebih lagi bersama suami dan anak-anak tersayang. Rezeki pelakon Lisa Surihani,33 dapat menjadi tetamu Allah menunaikan umrah bersuami Yusry Abdul Halim,43 dan anak-anak, Yahaira Leanne,3 & Yusof Leonne,2.
Lebih istimewa, kunjungan Lisa dan keluarga ke tanah suci pada 2 Syawal lalu sekaligus meraikan Aildilfitri disana.Melawat makam Rasulullah SAW / Raudhah, perkuburan Baqi, berpeluang menunaikan umrah merupakan pengalaman terindah bagi dirinya.
Perkara ini dikongsikan oleh Lisa sendiri didalam Instagramnya.
“Buat pertama kali, kami meraikan Aidilfitri dgn menziarahi makam Rasulullah saw dan masjid- di Madinah dan kemudian menziarah dan menjalankan umrah di Makkah”
“Semoga dipermudahkan perjalanan, urusan, dan dalam mengerjakan ibadah. Moga kami semua diberikan kesihatan untuk melaksanakan ibadah. Moga kami semua dikurniakan umrah yang mabrur.”
“Saya sangat bersyukur, kali pertama saya ke sini adalah bersama suami, ibu dan juga anak-anak. Tiada kata-kata yang cukup untuk menggambarkan perasaan ini. Saya doakan moga anda semua dijemput ke sini oleh-Nya. Amin.
MW: Alhamdulillah rezeki Lisa sekeluarga dapat menunaikan umrah pada bulan Syawal.Sesunguhnya satu pengalaman yang terindah. Manis sungguh Lisa bertudung labuh. Semoga dipermudahkan segala urusan disana dan mendapat umrah yang mabrur.
“Senarai untuk dihalalkan”, wanita selar tindakan lawak injak maruah artis bercerai “mereka ada wali lagi…
Di media sosial, ada beberapa posting yang seakan menginjak maruah wanita terutama barisan selebriti yang berpisah dengan pasangan masing-masing. Katanya ada senarai yang ingin dihalalkan.
“Senarai Untuk Dihalalkan”
Bahkan pasti ada yang terbaca baru-baru ini bahawa Bella Astillah menitiskan airmata bila hal wanita bercerai dijadikan senda gurauan ramai.
Tidak berdiam diri dengan isu yang dianggap melebih-lebih, seorang penulis Zirwah Al Idrus berkongsi ilmu bahawa kenapa lelaki perlu menjadi Qawwam (seseorang yang qawwam adalah orang yang memiliki sifat qaim secara berterusan, iaitu berterusan mengambil berat, bertanggungjawab, memenuhi keperluan, mengurus, prihatin, memimpin, mengawal dan membela kaum wanita).
Bacalah perkongsian darinya bahawa isu maruah diri seorang wanita ini bukan bahan mainan atau dijadikan lawak jenaka ramai.
Wanita Selar Tindakan Lawak Injak Maruah Artis Bercerai “Mereka Ada Wali Lagi…”
Lelaki yang truly maskulin akan melakukan empat tugas ni kepada perempuan:-
1. hifz (menjaga dan melindungi maruah wanita)
2. Difa’ (mempertahankan maruah wanita)
3. Qiamul Iktisab ( menunaikan keperluan wanita)
4. Intajul mal (Menghasilkan harta)
Lelaki yang Qawwam takkan meremehkan maruah wanita dengan memanggil ‘makjan’ dan panggilan jelik yang semaksud dengan pelacuran.
Lelaki yang Qawwam akan pertahankan wanita dari dibuli, dihina dan diejek dengan seluruh kudrat yang mereka ada.
Sayangnya, krisis lelaki Qawwam ialah krisis terberat yang menimpa ummat Muhammad akhir zaman ini, terutama di Malaysia.
I dont know why..
Mana pegangan AlQuran yang kita laung laungkan wahai lelaki?
Kenapa tak malu menjadikan wanita sekadar objek ‘nafsu’ dan hiburan?
Apakah sejelek itu status wanita, walaupun dia seorang artis?
Jangankan artis, kita yang muslimah pun tak terlepas gangguan lelaki yang memiliki krisis iman ini.
Jujur saya katakan, sedari kecil, saya sudah lali dengan golongan pedo, golongan gilaseks dan pengintai yang tak bertamadun.
Belum lagi yang menayang bicept konon nak tunjuk cukup maskulin.
Golongan lelaki yang sama juga cukup marah, bila katakan dia pondan tak berguna untuk agama.
Bila kita berpakaian sempurna, mulalah nak test market. Nak test, depa dah cukup hero ke tak untuk tambat hati kita.
Sememangnya wanita ini tak punya walikah?
Kegilaan apa ini?
Buat para ibu, latihlah anak anak lelaki kita untuk menjadi Qawwam. Bukan sahaja qawwam pada keluarga, tetapi kepada golongan wanita seluruhnya.
Berhentilah menormalisasikan lawak ‘double meaning’ yang sebenarnya menginjak maruah wanita, apatah lagi jika wanita itu wanita Islam, yang solat pada Allah yang sama berkiblatkan Kaabah yang sama.
Hati hatilah, jika wanita yang dianiayai ini mengangkat tangan berdoa pada Tuhan, sesungguhnya doa orang yang dianayai tiada hijab dengan Allah.
Hentikanlah lawak lucah berkaitan janda atau balu. Mereka ialah wanita yang dimuliakan dalam agama jika mereka taat kepada Allah.
Islam tak pernah mengajar umatnya dengan akhlak buruk begini. Cukup cukuplah dengan lawak bodoh yang hambar. Lawak yang mengundang murka, lawak yang tidak bermakna untuk dunia atau akhirat. Lawak yang mendedahkan pada orang kafir, betapa buruknya akhlak umat Islam yang pelucah.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hati ibu mana tak tersentuh. Hati seorang ibu pastinya akan tersentuh apabila anak kesayangan menjadi mangsa buli. Terbaru Penyanyi senior hebat Ning Baizura mendedahkan tunggalnya Ryan Sky Dalton pernah menjadi mangsa buli.
Hal tersebut berlaku dikalangan rakan Ryan yang mengejeknya berdahi jendul dan mengutuk keluarga mereka.
Hati Ibu Mana Tak Tersentuh
Ketika ini sedang hangat diperkatakan tentang kematian seorang pelajar bernama Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan dakwaan buli.
Apabila menyentuh tentang buli Ning juga mempunyai pengalaman di mana anaknya dibuli dan sangat risaukan kesihatan mental anaknya.
“Anak saya pernah dibuli. Sekarang ini buli bukan saja secara fizikal, tapi juga siber.
“Bila saya tanya macam mana dia dibuli, dia kata rakan-rakan ejek dahi jendul dan kutuk keluarga kami,” ungkap Ning Baizura seperti mana dipetik mStar Online.
Ambil Pendekatan Tegas, Simpan Bukti Perbualan
Tidak hanya berdiam diri, Ning mengambil pendekatan yang tegas dengan menyimpan bukti perbualan.
“Sebagai ibu, saya ambil tindakan berjumpa dengan keluarga pembuli kerana saya sudah tangkap layar semua mesej sebagai bukti.
“Saya juga berbincang secara terbuka dengan mereka sebab bagi saya, komunikasi sangat penting dalam menangani isu sebegini.
“Sebagai ibu bapa perlu tahu apa yang mereka tulis dan macam mana cara mereka bercakap,” kongsinya.
Ning juga memuji anak lelakinya itu yang bersikap matang.
“Bila saya berbincang dengan dia, Ryan kata nak selesaikan sendiri.
“Beberapa hari kemudian dia beritahu semuanya dah selesai. Sekarang masih berkawan dengan mereka, cuma dah tak rapat,” jelas Ning.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ketua jururawat Hospital Ampang meninggal bersama anak dalam kandungan. Tidak pernah cepat sesaat atau terlewat seminit. Takdir yang sudah tertulis buat semua.