Kanak-kanak termakan keropok beracun, si abang, Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia. Salah seorang daripada dua kanak-kanak yang kritikal selepas termakan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pada pagi Rabu.
Kanak-kanak Termakan Keropok Beracun, Si Abang, Muhammad Akil Syauqi Meninggal Dunia
Kredit foto: Harian Metro
Memetik Sinar Harian, perkara itu disahkan ibunya, Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi pada Rabu. Nurain berkata, anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi.
“Betul, anak saya sudah meninggal dunia.
“Sekarang saya tengah tunggu proses bedah siasat,” katanya sebak.
Kanak-kanak itu meninggal dunia ketika menerima rawatan. Urusan bedah siasat akan dijalankan dan jenazah difahamkan akan dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim bagi disemadikan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, dua beradik Muhammad Akil dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2 dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.
Hasil siasatan polis mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.
Ads
Kejadian itu disedari ibu mangsa pada jam 11 pagi di rumah sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.
Datuk Aishah kongsi pengalaman diserang penyakit misteri. Rupa-rupanya dalam diam Datuk Aishah menyatakan dirinya pernah diserang penyakit misteri.
Sewaktu ditemubual di majlis sesi mesra bersama media sempena pelancaran lagu Di Pinggir Kayangan, nyanyian asal Allahyarham Datuk Sharifah Aini bertempat di Restoran Rebung, Datuk Aishah berkongsi tentang dirinya yang pernah lalui pengalaman mistik.
Empat dekad bergelar anak seni, Datuk Aishah akui ‘serangan’ misteri itu mengakibatkan kesihatannya terjejas.
“Saya terlalu menderita disebabkan itu (sihir), tapi benda ini kita tak masuk ICU (Unit Rawatan Rapi), jadi tak boleh nak ceritalah. Cerita pun nanti ada orang kata tak betul.
“Benda tak jadi depan mata, yang tiada sijil mengatakan ini sakit tapi jawapan pendeknya, ya saya pernah ‘terkena’. Banyak sangat, kalau ada masa untuk tulis pengalaman memang boleh dibukukan.
“Apa penyakit yang saya tak pernah rasa? Santau, busung dan turun darah berbulan-bulan, itu semua saya dah kena tapi Allah tunjukkan orang buat macam mana pun belum masa saya ‘pergi’,” ungkap Datuk Aishah.
Datuk Aishah yang suaranya masih bertenaga walau usia sudah mencecah 59 tahun memberi nasihat agar janganlah amalkan perkara khurafat dalam mana-mana lapangan termasuklah pertandingan nyanyian.
“Sebenarnya perlu ubah mentaliti kita. Kita sudah maju, tapi tahap pemikiran masih di belakang. Kalau masuk bertanding bersainglah secara sihat dengan kebolehan dan bakat yang Allah bagi.
“Cuma kadang-kadang bila kita bercerita sangat, ada pula tak percaya, ada pula tersenyum sinis. Tapi yang tahu saja tahu, siapa yang sudah terserempak dengan saya pergi berubat dan sebagainya, mereka tahu.
“Nak cerita pun susah sebab kita pun tak tahu siapa musuh atau dia ada ‘spy’,” tambah Datuk Aishah.
Pada majlis tersebut juga Datuk Aishah telah mengalunkan lagu Di Pinggir Kayangan nyanyian asal Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Menurut Datuk Aishah dirinya amat meminati suara Allahyarham dan pernah berkongsi pentas dengan Sharifah Aini.
“Saya dibesarkan dengan lagu Sharifah Aini.
“Saya meminati suara beliau dan pernah berpeluang berkongsi pentas dengan arwah.
“Di Pinggir Kayangan adalah sebuah seleksi cinta yang mempunyai semangat positif dan sarat lenggok keMelayuan, sangat merdu dan penuh makna,” akhirinya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Neelofa & suami selesa tak tunjuk wajah anak secara terang-terangan dalam media sosial. Pasangan selebriti Neelofa dan suaminya PU Riz akui mereka selesa tidak memparkan wajah anak kedua secara terang-terangan menerusi media sosial.
Sewaktu ditemubual di majlis pelancaran kedai pertama Nunha Store baru-baru ini Neelofa akui dirinya sudah selesa tak tunjuk gambar anak secara terbuka di medium sosial.
“Saya lebih selesa tak tunjuk dan sukakan begitu. Macam Muhammad Bilal, orang sudah tengok, tapi saya tetap ‘blur’ wajahnya,” ungkap ibu kepada dua cahaya mata itu.
Manakal PU Riz pula menerangkan dirinya tidak menghalang orang ramai melihat wajah anak-anaknya, malah sudah ramai yang melihat mereka.
“Cepat masa berlalu, Abdullah Abbas sudah berusia setahun. Macam mana pun kami akan hantar ke sekolah. Sekarang pun sudah ramai orang melihat Abdullah Abbas, cuma kami tak nak tonjolkanya,” luahnya.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 telah dikurniakan Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas, 1.
“Suami suka anak-anak menjamah makanan dibuat di rumah sendiri, jadi saya elak beri makanan diproses. Saya buat sendiri di rumah.
“Saya suka memasak, tapi tidaklah memasak setiap hari. Alhamdulillah, ada sebab yang baik untuk bangun pagi, buat sarapan.
“Saya pun ada cakap pada suami, saya mahu luangkan masa di rumah sebab ia adalah ‘dream job’ saya nak jadi suri rumah dan ibu sepenuh masa untuk anak-anak.
“Seperti bisnes Nunha ini pun kami sedang mencari orang boleh ambil alih bahagian saya. Sebab saya nak duduk di rumah sahaja. Saya seorang ibu yang ‘hands on’. Walaupun ada pembantu, tapi saya tetap mandikan anak, memasak dan sebagainya,” ungkap Neelofa.
Pasangan selebriti ini juga baru saja merasmikan kedai pertama Nunha Store di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur.
Neelofa berkata, pembukaan kedai yang menjual pelbagai produk di bawah jenama Nunha itu sebagai hadiah buat peminat dan orang ramai yang sentiasa menyokong produk itu.
“Alhamdulillah, perniagaan yang kami usahakan mendapat respons yang sangat positif pelbagai pihak, terutamanya peminat yang tak henti menyokong.
“Jadi, pembukaan Nunha Store di MyTown ini menjadi hadiah istimewa untuk peminat yang mahu mendapatkan produk kami secara fizikal, selain kaedah pembelian dalam talian,” katanya.
Sementara itu, PU Riz berkongsi mereka dalam perancangan untuk membuka cawangan lain di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan.
“Insya-Allah, Nunha Store yang kedua akan dibuka di lapangan terbang di Kelantan, kami sedang usahakan, jadi doa-doakanlah sebab orang Kelantan sukakan produk kami.
“Lagipun kedai Naelofar tiada lagi di Kelantan, jadi kami cuba bertapak di sana. Alhamdulillah, saya juga bersyukur produk kami disambut baik terutamanya seperti baju dan The Kaabah,” katanya.
Menurutnya, The Kaabah yang juga produk audio mengandungi zikir dan doa sedang menanti kelulusan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Apa yang istimewanya The Kaabah ini adalah saya dan Neelofa sendiri yang rekod suara dan masukkan ke dalam produk terbabit. Ia pun sudah disemak oleh pihak JAKIM dan kami sedang tunggu kelulusan.
“Neelofa baca maksud dan terjemahan Al-Quran dan 33 zikir pagi pula dibacakan oleh saya. Ia mudah dibawa ke mana-mana seperti ke dapur, kereta dan sebagainya,” katanya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nora Danish berpakaian tutup aurat. Baru-baru ini pelakon cantik, Nora Danish membuat penampilan dengan mengenakan hijab menerusi akaun media sosialnya. Tindakan Nora itu mencetuskan pelbagai pertanyaan di kalangan warganet apatah lagi Nora turut menyekat komen menerusi hantaran terbabit.
Sebelum itu industri hiburan dikejutkan apabila ibu kepada dua orang cahaya mat aini telahpun sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Nedim Nazri selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok Nora memberitahu dirinya mengenakan pakaian menutup aurat dek kerana mahu menunaikan solat dan membaca al-Quran ketika berada di hospital kerana menjaga bekas suaminya yang sedang sakit.
“Pada siapa yang tahu Nedim sekarang berada di hospital dan dalam proses pemulihan.
“Cuma, saya tidak boleh kongsi butiran penyakit Nedim kerana sulit dan terlalu peribadi buat keluarga mereka.
“Kalau saya menjaganya di hospital, saya guna pakaian yang senang untuk saya tunaikan solat.
“Pada masa sama, saya mengaji. Jadi, lebih senang jika saya mengenakan pakaian menutup aurat,” luah Nora.
Pada perkongsian yang sama Nora turut berterima kasih kerana mendoakan agar dirinya kekal mengenakan hijab.
“Saya ingin berterima kasih kepada anda yang tidka henti-henti mendoakan saya.
“Saya harap doa anda, ibu dan doa saya, Allah makbulkan… Insya-Allah,” ungkap Nora.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!