Sebagai seorang wanita yang mengutamakan kecantikan dan keanggunan sudah pasti tidak akan lepaskan peluang untuk membeli barangan solekan dan kecantikan trend terkini dengan harga yang berpatutan.

Apatah lagi mereka yang ‘glamming up’, kecantikan dan fesyen sememangnya tidak boleh dipisahkan. Pastinya akan dapat menaikkan seri dan menambah keyakinan diri! Paling utama disini koleksi produk solekan dan fesyen terkini yang perlu ada dalam gerobok pakaian anda.

Rahsia Kecantikan Nora Danish, Muda Berseri Walau Sibuk Di Pentas Seni & Sebagai Ibu

Tampil Yakin Berseri, Ceria & Menawan

Realiti kehidupan hari ini, kecantikan dan wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Setiap individu punya gaya tersendiri. Ada yang selesa tampil dengan wajah polos dan sederhana, ada yang menawan dengan solekan natural, dan ada juga yang bergaya dengan full make-up, di samping kelainan solekan dan dress code yang bersesuaian dengan majlis.

Apatah lagi wanita yang bekerjaya pastinya mahu tampil ceria, menawan dan sihat. Bukan saja pada para gadis malah wanita yang sudah mendirikan rumah tangga juga amat mementing penampilan. Hakikatnya, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi kepada seorang wanita yang bekerjaya kerana di samping menjadi seorang isteri dan ibu di dalam sebuah institusi kekeluargaan.

Walaupun seseorang wanita sibuk dengan kerjaya mahupun sebagai suri rumah namun mereka mampu menceriakan hidup dan memberikan kebahagiaan dengan membeli belah secara online. Tak perlu fikir kesesakan lalu lintas dan kengkangan lain dengan platform LazBeauty.

IKLAN

Wanita Bijak Seimbangkan Kerjaya, Keluarga dan Kecantikan

Aktres cantik jelita, Nora Danish yang juga merupakan duta Lazada merupakan idola ramai wanita di luar sana. Kejelitaan dan kejayaannya boleh dicontohi ramai wanita. Bukan saja memiliki kulit yang cantik, putih dan mulus malah wanita ini juga cukup bergaya. Walau usianya sudah mencecah 40an namun dia tetap sebagai idola fesyen wanita di luar sana.

Malah figura kesayangan ramai ini bukan saja bergelar pelakon tetapi juga bergelar usahawan. Dek kerana begitu menjaga personaliti dalam kecantikan, Nora juga telah membuka sebuah salun yang diberi nama Karva Salon For Ladies by Nora Danish.

Sebenarnya bukan mudah untuk bergelar seorang wanita yang berjaya. Perlu seimbangkan antara kerjaya dan keluarga di samping menjaga penampilan diri seperti Nora Danish.

Walau sesibuk mana sebagai seorang wanita, anda juga wajib untuk jalankan tanggungjawab untuk diri sendiri. Gunakanlah kata-kata yang positif pada diri sendiri, “Tahniah kerana menjalani hari ini dengan baik. You’re strong, you’re doing good.”

Bukan itu saja, kita juga boleh buat perkara-perkara yang mendatangkan keseronokan dan memberikan kepuasan dan ganjaran kepada diri sendiri. Paling penting adalah menghargai diri dengan mementingkan penampilan dan kecantikan luar dan dalam diri.

IKLAN

Tingkatkan Gaya Anda dengan LazBeauty

Bukannya susah anda untuk berdandan dan lakukan keajaiban pada diri dengan LazBeauty sebagai teman baik. Sejak Lazada Malaysia perkenalkan LazBeauty Club banyak ganjaran yang boleh diraih. Anda juga boleh nikmati ribuan pilihan menawan produk solekan dan temui trend terkini serta nikmati tawaran eksklusif di LazBeauty.

LazBeauty memberikan akses kepada para wanita mencuba pelbagai produk kecantikan.

Terdapat pelbagai set eksklusif produk solekan dan produk penjagaan kecantikan berjenama popular seperti Maybelline, L’Oreal Paris, Garnier, L’Occitane, Nivea yang boleh didapati di harga yang berpatutan.

Rahsia Kecantikan Nora Danish, Muda Berseri Walau Sibuk Di Pentas Seni & Sebagai Ibu

IKLAN

Tambahan pula, jangan lupa join LazLive pada 26 Februari di Fiesta Virtual LazBeauty.  Fiesta tersebut akan berlangsung tanpa henti selama 12 jam secara virtual bermula pada jam 12 tengahari hingga 12 pagi dengan lebih 5,000 promosi yang tidak pernah dilihat menampilkan produk popular dari jenama-jenama ikonik.

Di samping tawaran menarik setiap jam, permainan (penonton juga boleh memenangi produk sample atau pouch eksklusif LazBeauty) serta jualan kejutan sepanjang Livestream berlangsung juga menunggu mereka yang melayari fiesta ini.

Terdapat juga aktiviti lain seperti tutorial langsung, demonstrasi produk dan soal jawab bersama selebriti terkenal, mekap artis, pendandan rambut, pakar dermatologi, dan lebih lagi di laman sosial Lazada. Para penonton bolehlah sertai strim langsung LazLive melalui aplikasi Lazada atau laman sosial Lazada di Facebook  , Instagram   dan Tik Tok  

Bagi wanita di luar sana yang mahu secantik Nora Danish anda boleh layari platform LazBeauty. Semuanya serba lengkap! Paling ‘best’, LazBeauty menawarkan pelbagai baucar harian ekslusif dan harga istimewa untuk ahli mereka! Untuk ahli baru LazBeauty anda boleh menikmati tambahan baucar RM5!

Jadi jom mendaftar sebagai ahli Kelab LazBeauty sekarang! Cuma perlu buka saja aplikasi Lazada dan tap di https://lzd.co/LazBeautySpecialMY  (LazBeauty). Selepas mendaftar sebagai ahli baharu pengguna akan dapat akses kepada pelbagai jenis produk kecantikan, tawaran, diskaun dan penjimatan terluas di rantau ini.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI