Sambutan hari raya yang meriah sering dikaitkan dengan aneka jenis kuih raya untuk dijamu sepanjang Syawal. Biasanya sebelum Ramadan lagi kita sudah berkira-kira menempah biskut raya. Inilah masanya nak merasa sampel-sampel biskut supaya kena dengan cita rasa.  

Memudahkan orang ramai mencari dan menempah awal biskut raya, Mingguan Wanita dan Gula CSR akan menganjurkan Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya pada 12 Mac 2023, jam 10 pagi hingga 10 malam di Centre Court, Lower Ground Setia City Mall (SCM).  

Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya, Himpunan Terbesar Akak-Akak Baker Tawar Hampir 10,000 Biskut Percuma  

Di sini akak-akak baker berhimpun mempromosi, menjual dan menerima tempahan biskut raya. Lebih menarik lagi, pengunjung boleh merasa hampir 10,000 sampel biskut raya yang disediakan oleh para baker secara PERCUMA! Untuk mendapatkan Kupon Biskut Raya, anda hanya perlu daftar menerusi pautan ini .  Untuk mendapatkan kupon tersebut, sila klik pautan ini : https://docs.google.com/forms/  

Kupon boleh ditebus di kaunter urusetia dengan menunjukkan bukti pendaftaran secara online. Bagaimanapun pengunjung walk in masih boleh mendapatkan kupon di kaunter urusetia juga. Ada lebih 10,000 kupon untuk diberikan. Rugi sangat kalau terlepas peluang ini kerana ada 1001 jenis biskut raya yang akan disediakan.  

Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya, Himpunan Terbesar Akak-Akak Baker Tawar Hampir 10,000 Biskut Percuma  

IKLAN

Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya, Himpunan Terbesar Akak-Akak Baker Tawar Hampir 10,000 Biskut Percuma  

Fiesta turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti pentas menarik seperti Demo Biskut Raya Tanpa Oven, Showcase Biskut Raya Gergasi oleh pelajar kulinari, Pertandingan Tekan-Tekan Semperit Raya, Pop Kuiz, Happy Hour, Demo Biskut Raya Kurang Manis Dan Pertandingan Susun-Susun Biskut Raya selain bertemu mesra dengan selebriti terkenal, Marsha Milan Londoh dan pengasas Gula Cakery.

Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya, Himpunan Terbesar Akak-Akak Baker Tawar Hampir 10,000 Biskut Percuma  

Manakala bagi para baker yang ingin menyertai fiesta sebagai vendor, sila klik pautan ini untuk pendaftaran vendor:   https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/ . Yuran pendaftaran hanyalah RM100. Apa yang menarik, selain berpeluang menjual dan menerima tempahan biskut raya oleh pengunjung, vendor juga akan mendapat pelbagai manfaat lain antaranya membina networking baharu antara vendor dan juga pengunjung.  

IKLAN

Dalam masa sama, pautan akaun sosial media vendor juga akan disenaraikan dalam artikel di portal Mingguan Wanita sebagai usaha mempromosi perniagaan. Portal dikunjungi lebih 2 juta pengunjung dengan jumlah Page views mencecah lebih 3 juta.  

Selain itu, vendor juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik daripada pihak penganjur, dan penaja berupa goodie bag bernilai RM100. Mudah sahaja untuk memenangi hadiah-hadiah menarik ini antaranya ialah menjadi vendor yang paling aktif mempromosikan penyertaan mereka di fiesta, vendor yang paling kreatif menghias booth serta paling pantas menghabiskan 200 pek sampel biskut raya. Syarat utama sebagai vendor ialah perniagaan membuat biskut diusahakan sendiri dan bukan menjual biskut dari pihak lain.  

Dalam keriangan menikmati biskut raya, pihak penganjur dan penaja utama iaitu Gula CSR menyeru pengguna agar mengambil gula secara bersederhana dan mengamalkan budaya hidup sihat.  

Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya, Himpunan Terbesar Akak-Akak Baker Tawar Hampir 10,000 Biskut Percuma  

IKLAN

Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya, Himpunan Terbesar Akak-Akak Baker Tawar Hampir 10,000 Biskut Percuma  

Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya, Himpunan Terbesar Akak-Akak Baker Tawar Hampir 10,000 Biskut Percuma  

Hashtags: #fiestahomebakersmingguanwanitacsr  #ushaushabiskutraya #gulacsr 

Untuk info lanjut, akak-akak baker yang berminat sebagai vendor boleh hubungi urusetia di talian 019-6753057. 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI