makanan di kelantan

Tiap kali balik kampung rata-ratanya cari makanan viral dan glamor di negeri masing-masing. Saya pun kalau balik kampung tentu cari makanan yang sedap dan viral kesedapannya selain makanan kat rumah. Tambah pula kampung di Kelantan, orang kata syurga makanan. Pendek kata kalau balik kampung makan sampai supper. Aktiviti bina badan bermula balik KL baru diet balik…haha

Hujung minggu baru-baru ni sempat la balik kg sekejap, landing je dekat bumi Kelantan 1st pit stop Nasi Ulam Cikgu. Perasaan dia walaupun hanya makan nasi lauk kampung dengan ulam dan budu…uuuiiissshhh Nikmat sangat! Alhamdullilah syukur sangat sebab kampung di Kelantan.

Malaysia memang kaya dengan makanan yang sedap-sedap, kelantan, Pulau Pinang, Melaka rasanya kat semua tempatlah memang makanannya sedap. Sebab tu kalau melancong ke mana-mana dalam Malaysia terutamanya orang akan google kat mana makan paling best di tempat yang mereka kunjungi.

Kelantan memang syurga makanan, dari pagi sampai ke malam ada sahaja makanan yang boleh dinikmati. Sediakan perut dan duit sahaja. Harga memang berpatutan dan pilihan memang banyak. Jadi untuk yang ada plan nak datang Kelantan, antara tempat makan yang wajib anda singgah adalah:

Menu Sarapan

 

Milo Tunggeng Pok Loh yang terletak di belakang Hospital Pakar Perdana

Kopitiam Kita yang glamor dengan roti titabnya

Nasi kerabu Liniey di berek 12

Teh o Beng Samah di Rantau Panjang
Kedai Kopi White House dekat Masjid Muhammadi
Nasi kak wok di Jalan Masjid Lundang

Makan Viral tengah hari

Restoran Nasi Ulam Cikgu

Warung Pok Mat Pulau Pisang
Yati ayam percik
Nasi kukus Suriani dan Zakini
Mee Celup di Rantau Panjang
Pulut ayam di Rantau Panjang

Minum petang/makan malam

Aneka colek di pantai PCB
Lokcing di Rantau Panjang
Ais krim baba di Rantau Panjang

Meggi ketam di PCB
Ikan bakar KST
Kedai makan nasi kuning (nasi khaumok) di Gual Tinggi Rantau Panjang
Restoran Tepi Sungai di Tanah Merah

Nasi Kerabu Azma Pasir Pekan

Kalau nak senaraikan memang banyak lagi kedai best yang ada kat Kelantan. Orang Kelantan macam saya pun tak semua lagi tempat yang berkesempatan kami kunjungi. Selain makanan siapa yang suka shopping pun boleh singgah di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur. Jangan pula lupa untuk singgah di Pasar Siti Khatijah ya, kat situ selain shopping banyak juga makanan dan tempat makan best.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI