tudung

Baru-baru ini saya telah di “tag” oleh adik tentang ceramah seorang ustaz bahawa tak baik menyimpan pakaian seperti tudung, baju banyak-banyak tanpa memakainya. Sebagaimana kita menyimpan emas yang banyak, setiap satunya perlu dibayar zakat.

Jika selama ini mungkin ramai yang menganggap hanya emas sahaja perlu dibayar zakat, tetapi hari ini tahukah anda menyimpan baju, tudung tanpa dipakai dengan harapan akan kurus bolehlah pakai semula adalah perbuatan yang tidak baik.

Jenis Perangai Orang Perempuan, Hobi Kumpul Tudung

Mati lahai, dah baju dalam almari pun hampir separuh jarang-jarang pakai. Hahaha, sesetengahnya saya tak pakai sebab tangannya kecil sedikit kalau di luar nak solat susah bila ambil wuduk. Setengahnya pula tangannya terlalu kembang, susah kalau nak ambil lauk di kenduri. Separuhnya pula, baju itu tak sesuai untuk ibu yang breastfeed.

Banyakkan alasan, tetapi itulah punca kalau seseorang wanita itu akan pakai atau rotate baju atau tudung yang sama jer setiap hari kerana dalam 300 set pakaian mereka, mungkin 10-15 helai sahaja dorang rasa sempurna di mata mereka.

IKLAN

Selebihnya dorang akan pakai sekali, kemudian simpan yang tak tahu bila lagi dorang akan ulang pakai. Malahan mereka juga sanggup habiskan duit untuk pakai mengikut tema tetapi selepas tak sanggup dah sarungkan kerana baju itu dibuat semata-mata untuk event itu sahaja. Sangat kelakar dan uniknya perangai wanita kan.

Para suami pasti geleng kepala setiap kali kenduri-kendara, sang isteri pasti akan berbelanja kononnya nak beli baju dan tudung baru dengan alasan tiada baju hendak dipakai. Pada hal di rumah, hampir 90 % almari baju dipenuhi baju isteri. Siap kena beli almari baju baru disebabkan baju isteri yang melimpah ruah. Kadang-kadang baju suami macam menumpang jer di celah-celah baju isteri.

Rasanya setiap wanita memang dilahirkan untuk membeli baju. Pantang kawan sepejabat jual kain, baju atau tudung, pasti dibeli. Selain nak suport bisnes kawan-kawan, wanita juga cepat terpengaruh dengan trend tidak kiralah trend tudung ke atau baju.

IKLAN

Lepas satu-satu trend itu melewati masanya, maka ke storlah tudung-tudung tersebut, tunggulah sampai trend tersebut berulang kembali. Itu pun kalau wanita itu ingat dekat mana dia simpan atau terpahat memori yang dia pernah membeli tudung tersebut.

Tip Elak Beli Tudung Melampau

Mungkin tip ini saya boleh kongsikan dengan wanita di luar sana agar tidak mengikut nafsu membeli pakaian lalu tak memakainya. Antaranya ialah, jangan beli sejenis tudung itu berhelai-helai. Memadai beli tudung itik sehelai, jadi takde laa rasa membazir dan ralat apabila nanti nak simpan tudung itu.

IKLAN

Keduanya, setiap kali anda basuh pakaian atau tudung, pastikan anda sorting atau susun mengikut giliran, agar setiap pakaian anda dipakai mengikut jarak waktu yang ditetapkan, tidaklah orang tegur, minggu lepas ko pakai baju ni kan? Padahal kat rumah baju selambak, tetapi yang sehelai itu jugak ko nak pakai kan.

Ketiganya, bila agak-agak ko tak nak pakai dah, cuba jual secara online, insyallah pasti ada yang berkenan. Jual murah-murah sudahlah, teruja kan bila dapat duit tu boleh beli tudung baru. Yeay!

Terakhir, apa salahnya sesekali anda sedekahkan pakaian anda yang menimbun tu pada kawan-kawan atau orang yang tidak berkemampuan. Dapat pahala tau gembirakan hati orang, tak percaya cubalah. Selamat mencuba!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI