Poligami memang tak salah. Tapi jika ayah-ayah nak berpoligami sangat, biarlah ikut kemampuan jangan pula memaksa isteri hidup saling mencatu. Gara-gara suami teringin sangat nak hidup berpoligami, hidup isteri tua dan muda pula menderita.
Sudahlah berkongsi suami, sudahnya segala-galanya pula perlu dikongsi termasuklah keretalah, rumahlah. Itu sudah tak masuk akal, sebelum berpoligami itu fikirlah dalam-dalam sebelum menyeksa kehidupan isteri yer wahai suami.
Ikuti perkongsian peguam syarie, Rabiatul Adawiyah Ramli dan hadam baik-baik ya wahai lelaki sekalian.
𝗠𝗮𝗱𝘂 𝗔𝘀𝗹𝗶 : 𝗥𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗠𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮𝘁
Nak beritahu sikit ini. Nak poligami itu boleh iya tapi biarlah ikut kepada kemampuan.
Jangan pula hanya fikirkan perasaan sendiri sehingga kesannya boleh buat makan diri sendiri.
Yang isteri sedia ada pula, kalau suami itu sudah betul-betul jalankan tanggungjawab, adil, tidak menyakiti hati maka terimalah dengan hati yang terbuka. Ini bukan soal payung emas, tapi ini soal ganjaran pahala yang bukan calang-calangnya Allah akan beri nanti.
Itu kalau kuat dan berhati sadolah ya. Tapi kalau sudah cuba tetap tak boleh, tetap rasa ditindas, tetap rasa suami semakin hari makin tak adil, makin menipu, makin buat tak tahu, makanya dari terus terusan menipu diri sendiri yang sebenarnya pendam dan sakit hati lebih baik lepaskan diri, bebaskan diri dari rejim hati itu.
Berpoligami Kenalah Ikut Kemampuan
Bukan apa, Allah tak lihat senyuman palsu yang terukir di hujung bibir kalian, Allah tak lihat pada bahagia luaran bergambar sana bergambar sini, Allah juga tak lihat betapa kuatnya kalian mempertahankan ikatan suci rumah tangga kalian.
Tetapi Allah melihat jauh dari sudut hati kalian. Ikhlas ke kalian, redha ke kalian, tak berdendam ke kalian? Tak menyumpah ke kalian?
Jadi apa guna kita sendiri hancurkan hidup sendiri secara terus-terusan. Tak guna kita paksa diri untuk merasa bahagia walhal merasa terseksa.
MW: Begitulah kalau poligami itu indah hanya di mata suami. Jika menjadi nakhoda sebuah rumah tangga pun terumbang-ambing, inikan pula dua isteri. Jadi renung-renungkan iya. Jangan menyesal hingga ada hati yang tersakiti dan menambah dosa di akhirat sana.
Sumber: Rabiatul Adawiyah Ramli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri tak kerja dan hanya duduk rumah. Orang dengar dan tengok macam best sangat. Tak perlu nak fikir pasal kerja dan hanya uruskan rumah tangga saja. Nampak mudahnya kerja isteri sebagai suri rumah sepenuh masa kan.
Hakikatnya, bukan semua nampak mudah dan senang. Isteri bekerja atau isteri hanya suri rumah tangga, masing-masing ada baik, buruk dan suka duka. Bagi yang pernah bekerja dan memilih untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, memang ‘respect’ dengan pilihannya.
Bagi isteri yang bekerja, bagilah dia masa dua atau tiga hari untuk duduk di rumah. Mahunya, seronok sebab tidak perlu fikir pasal kerja. Tapi bila sudah seminggu berada di rumah, mahunya isteri yang bercuti itu tidak sabar untuk mulakan kerja.
Gembira bukan apa…sebab kerja di rumah memang tak pernah berhenti, ada sahaja yang perlu dilakukan. Bila bekerja ini, adalah masa untuk isteri rehat seketika daripada memikirkan kerja-kerja rumah. Cuma, masalah lain pula, masalah dengan kerja-kerja pejabat.
Nak tahu penat atau tidak kerja isteri di rumah, ikuti perkongsian daripada Ashman Mat Saleh. Sebagai suami, jangan ingat isteri duduk di rumah tak buat kerja tapi memang tak pernah habis.
Itu sebab kadang-kadang saya malas nak berkira dengan isteri saya sebab saya tahu dia memang lagi penat dari kita yang pergi balik kerja ni. Sampai emosi mereka pun boleh terganggu, kalau mereka marah2 tu, anggap sajalah mereka penat. Jangan kita makin keruhkan keadaan. Kita letakan diri kita di tempat mereka. Baru kita tahu.
Hargai isteri anda, bagi mereka happy, walaupun duduk di rumah, tapi mereka lagi penat dari kita. Kalau tanya kenapa saya tak berkira dengan isteri saya?
Itu salah satu sebab yang saya hargai dia.
Tanya mana bapa bapa pun mesti akan jawab yang sama kecuali yang tak faham bahasa, tak faham kepenatan orang lain.
Sayangilah isteri kita sepenuh hati
#DaddyCool
#AshmanFamilia
MW: Boleh dikatakan kerja kat rumah memang tak pernah habis.
Pernah dengar tak dengar ungkapan yang mengatakan wanita yang bergelar isteri umpama mempunyai naluri /instinct atau deria keenam yang sangat kuat terhadap suami mereka. Sebab itu, bila suami buat hal, mesti dapat hidu punya!
Naluri seorang isteri ni cukup kuat. Terdetik apa sahaja tentang suami, pasti degupan di dada akan rasa kencang. Timbul rasa tak sedap hati. Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami, sumbang langkah suami, selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu.
Kalau suami tidak jujur, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri, rasa umpama ada yang tak kena walau pun suami sedaya upaya berlagak normal di rumah. Percayalah, lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau pun bukan esok lusa, pun pasti masanya akan tiba juga. Waktu itu, bersedialah dengan segala kemungkinan. Takkan isteri nak senyum je kan?
Sebab itu, untuk para suami, ingat betul-betul ye. Jangan sesekali menipu isteri ye! Sekali suami langgar pantang ini, tipu isteri, selamanya berbekas dalam lubuk hati isteri. Tak kira tipu kecil atau besar. Wanita memang pantang bab ni.
Misalnya kalau janji nak balik awal lepas ‘ngopi’ dengan kawan. Tapi jam 12 belum juga muncul. Jangan salahkan isteri kalau tak percayakan suami dah lepas tu.
Begitu juga ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu oleh suami. Mungkin kerana isteri sangat prihatin tiap terhadap perubahan suami. Walau suami tak cakap, bila tengok riak wajah dan bahasa tubuh suami pun isteri dah boleh ‘baca’.
Tapi isteri jangan rasa segala apa yang dia rasa atau apa yang terlintas di benak hati itu benar belaka ye. Ada ketikanya bila ada sifat cemburu dan tak percaya terhadap suami, kecenderungan untuk isteri salah faham boleh terjadi. Pada ketika inilah syaitan boleh menghasut.
Pendek kata, isteri juga kena tahu bezakan antara naluri dan hasutan syaitan. Sebab syaitan suka sangat menganggu emosi dan perasaan orang perempuan. Kalau terlalu berperasangka dan menuduh melulu, takut isteri akan jatuh derhaka.
Mungkin suami tak tahu skil hebat yang isteri ada. Kalau nak tahu, untuk memastikan kejujuran suami, mereka umpama ‘penyiasat persendirian tak beergaki’. Sanggup google dan selidik semua perkara berkaitan apa yang suami buat. Kalau kata nak ke suatu tempat, janganlah nak tipu. Mesti dapat tahu punya!
Kesimpulannya, isteri memang dianugerahkan deria/naluri untuk mengetahui apa yang suami lakukan. Tapi jangan anggap apa yang dirasakan itu 100% betul ye. Kena ingat, syaitan sentiasa cuba untuk memporak-perandakan rumah tangga manusia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali. Sesungguhnya pemergian insan tersayang di saat kita amat memerlukan amat memedihkan, apatah lagi permergiannya secara tiba-tiba.
Namun sebagai hambanya kita harus akur. Luluh hati suami apabila mengetahui rupanya isteri sendiri terlibat dalam Kemalangan, arwah turut tinggalkan anak yang masih kecil berusia tujuh bulan.
Betapa luluh hati seorang lelaki ketika terpandang tubuh yang terbujur kaku dalam kemalangan yang kebetulan disaksikannya dalam hujan lebat rupanya adalah mayat isteri sendiri dalam kejadian di Jalan Sungai Ular, Kulim, Kedah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, suami mangsa yang kebetulan lalu di tempat kejadian terus meluru ke arah mayat Nur Almass Zasmi, 23, lalu memeluknya sambil menangis dengan diiringi hujan lebat, ketika itu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, mangsa merupakan orang kelainan upaya (OKU) bisu dan bekerja sebagai operator kilang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah treler.
“Melalui siasatan awal, kita mendapati mangsa dari arah Serdang ke Sungai Ular, manakala pemandu treler dari arah Sungai Ular ke Serdang.
“Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang wanita tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke bawah treler sebelum digilis tayar belakang kenderaan berkenaan,” katanya.
Difahamkan, pasangan yang masing-masing merupakan OKU bisu itu bernikah pada 8 Disember 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang baru sahaja berusia tujuh bulan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
MW: Semoga suami mangsa tabah menjalani ujian ini dan diberi kekuatan untuk membesarkan anaknya yang masih kecil. Sangat besar ujian yang dilaluinya. Al-Fatihah.
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.