Bila dah rasa berat badan naik, mulalah terfikir untuk nak bersenam. Masalahnya, cara yang macam mana untuk bakar kalori yang banyak. Perlukah pergi ke gimnasium atau jogging untuk kurus.
Mak-mak tak perlu nak pening kepala macam mana nak bersenam untuk kurus. Sebenarnya, dalam aktiviti harian yang kita lakukan ini pun sudah cukup membantu. Inilah yang dipanggil aktiviti NEAT.
Ikuti perkongsian daripada Coach Mohamad Faizal Saedon tentang apa yang dikatakan aktiviti NEAT ini.
Nak kurus bukan hanya tertumpu pada bersenam dan tak semestinya senaman boleh turunkan berat badan. Sebenarnya aktivitei NEAT juga membantu untuk bakar kalori yang lebih banyak.
Apakah aktiviti NEAT?
NAK KURUS RAMAI PANDANG REMEH AKTIVITI N.E.A.T
Non Exercise Activity Thermogenesis adalah semua pergerakan tubuh sepanjang hari.
Ads
Berjalan ke dapur, mandi, syampoo rambut, sidai baju, basuh pinggan, lipat kain, makan, memandu, ambil remote tv dan segala macam yang kita lakukan sepanjang hari ialah NEAT.
Dengan perbanyakkan aktiviti NEAT ni maka banyaklah kalori akan dibakar. Malah dengan aktiviti NEAT ni membakar lebih banyak kalori sebenarnya berbanding senaman yang kebanyakannya kita buat.
Sifir sebenarnya jangan malas. Beat the Malas.
Selalu saya bagi contoh, kalau remote depan mata pun suruh anak yang di dapur ambik, kita ada masalah malas dan masalah inilah yang menggemukkan kita.
Aktiviti NEAT, Buatlah Kerja Rumah
8 tip bagaimana nak tingkatkan aktiviti N.E.A.T dalam aktiviti seharian kita.
1. Pilih berjalan dari naik kenderaan ke lokasi berdekatan. Atau setidaknya parking jauh sikit jika ke surau, pusat beli belah.
Ads
2. Naik tangga berbanding lift. Kalau kalian nak ke tingkat 10, naik tangga hingga tingkat 3 pun dah memadai.
3. Banyakkan berdiri. Kerja kalian mungkin banyak mengadap komputer atau dokumen. Banyakkan berdiri meningkatkan aktiviti NEAT
4. Angkat satu satu. Kalau nak alihkan barang, jangan angkat semua, satu satu lebih banyak pergerakan yang terlibat.
5. Bersihkan satu sudut setiap hari. Contohnya hari ni dapur, esok ruang tamu. Kalau buat semuanya tiap hari lagi bagus.
6. Tak ada kerja nak buat? Berdiri dan berjalan. Dalam rumah pun tak apa.
7. Menunggu seseorang? Bangun dan berjalan mundar mandir lebih baik dari duduk menunggu melayan tiktok.
Ads
8. Buat sendiri apa yang kalian nak. Jangan arah anak dan bini sahaja. Nak minum air buat, nak remote ambilkan, nak bantal bangun ambil. Kalau sekali sekala nak bermanja tak ada masalah.
Apapun penulisan ini adalah saranan untuk kalian rajin dan lawan kemalasan. Ia amat bagus untuk turunkan berat badan dan punya kelebihannya yang lain.
Keluarga makin seronok, tempat kerja atau rumah makin kemas membawa kepada fikiran yang lebih baik.
Fikiran yang lebih baik membawa kepada kejelasan atau fokus yang mantap. Ini sangat membantu untuk keluar dari obesiti.
Mingguan Wanita : Tak susah pun nak turun berat badan, aktiviti hari-hari pun dah cukup untuk bakar kalori. Paling penting, jangan malas.
Balut kaki dengan aluminium foil. Dengarnya nampak meacam pelik dan sukar nak percayai. Maklum sajalah, ia biasa digunakan di dapur untuk masakan tapi kali ini digunakan untuk rawat masalah kesakitan.
Mungkin rama yang tidak tahu dengan balut kaki dengan aluminium foil selama sejam boleh mengurangkan masalah kesihatan yang dihadapi. Namun, sebenarnya produk ini sangat bagus untuk merawat penyakit seharian kita.
Balut Kaki Dengan Aluminum Foil, Kurangkan Masalah Kesihatan
Membalut kaki dengan menggunakan aluminium foil ini banyak faedah dan kebaikan. Conrohnya baik untuk hilangkan keletihan, melegakan sakit sendi, melembutkan kesakitan akibat melecur dan boleh digunakan untuk membantu menyembuhkan daripada selsema.
Bukan setakat itu saja, ada banyak faedah daripada penggunaan aluminium foil, bukan setakat untuk memasak saja.
1. Ia dijadikan penyelamat untuk menpercepatkan kita menggosok pakaian. Lipat sehelai pakaian di sekeliling sekeping foil dan kemudian seterika. Secara tak langsung, kedutan pada kedua belah bahagian dapat dihilangkan.
2. Gunting tumpul? Tidak menjadi masalah. Jika anda menggunakan aluminium foil, gunting akan menjadi tajam. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil sekeping foil dan kemudian potong menjadi kepingan yang lebih kecil. Itu sahaja!
3. Selain itu, bagi menghilangkan kesejukan yang teruk, ambil 5-7 helai aluminium foil dan balut kaki. Biarkan selama sejam. Kemudian, tanggalkan dan selepas itu balut kembali kaki. Ulang setiap petang. Selepas 2 malam, akan nampak perbezaan.
4. Bagi yang mengalami masalah sendi, boleh balutkan di bahagian yang sakit sebelum tidur. Lakukan selama 7 malam.
5. Bagi yang mengalami keletihan, letakkan beberapa helai aluminium foil di dalam peti sejuk selama 2-4 jam. Kemudian, letakkan helaian pada muka terutamanya di bahagian kelopak mata dan pipi seperti memakai masker.
Walaupun aluminium foil ini boleh membantu mengurangkan kesakitan tapi pastikan mendapat khidmat nasihat doktor juga.
Mingguan Wanita : Ingatkan aluminium foil untuk memasak saja tapi ada kebaikan lain yang boleh kita manfaatkan.
Cuti sekolah yang masih berbaki beberapa hari lagi ini, apa kata penuhi aktiviti anak-anak dengan cuba buat sendiri ‘Giant Bubble’ atau buih sabun ni. Biasanya, buih sabun ‘Giant Bubble’ ini dijual ditepi pantai atau di taman-taman rekreasi dengan harga RM5 untuk 1 mangkuk kecil.
Mak ayah tak perlu nak merungut lagi dah bila anak minta belikan giant bubble ni. Buat sendiri lagi senang, puas hati & paling penting jimat kos. Anak-anak pun pasti suka dengan aktiviti ini dan boleh main sepuas hati. Jom cuba, ikut langkah dibawah ni.
Bahan-Bahan:
250 ml pencuci pinggan
4 sudu besar tepung ubi kayu/jagung
1.5 liter air
1 sudu besar serbuk penaik
Cara Membuat (Buih Sabun):
Campurkan kesemua bahan-bahan ini dan kacau sebati.
Bahan-Bahan:
Penyangkut baju jenis dawai
Tali jenis kain
Pita Pelekat
Cara Membuat (Bubble wand/ pemegang):
1.Lenturkan penyangkut baju jenis dawai seperti dalam gambar.
2.Lilitkan dengan tali jenis kain pada sekeliling penyangkut ini.
3.Lilitkan dengan pita pelekat pada bahagian pemegang.
Info Ekstra:
Pastikan pencuci pinggan mempunyai kadar kepekatan yang tinggi.
Penggunaan tali jenis kain membantu penyerapan buih sabun yang lebih banyak dan menghasilkan ‘giant bubble’ yang lebih berkualiti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mesti mak-mak guna macam-macam petua hilangkan batuk. Maklumlah, nak sembuh memang makan masa lama sikit, boleh jadi dua minggu atau berbulan untuk sembuh. Belum lagi dengan berbotol-botol ubat batuk dah dihabiskan tapi tak juga sembuh.
Malah, bukan setakat berbotol ubat batuk tapi macam-macam cara untuk hilangkan batuk ni. Paling kasihan kat anak-anaklah.
Selain untuk hilangkan batuk dengan mengambil ubat batuk yang diberikan oleh doktor, mak-mak boleh juga cuba cara tradisional. Ada yang guna bawang putih dan minyak, minyak aromaterapi dan sebagainya.
Mungkin petua yang diberikan oleh Asyraf Bakar dalam video ini boleh menjadi salah satu ikhtiar untuk hilangkan batuk. Tak perlu nak habiskan berbotol-botol ubat batuk. Sebaliknya dengan mnggunakan urutan pada 3 titik penting di bahagian tangan.
Pasangan yang kehilangan anak sulung tahun lalu kini dikurniakan tiga puteri hasil IVF Tunku Azizah. Kelahiran ini menjadi pengubat rindu Al-Fateh dan bukti keprihatinan Tengku Ampuan Pahang dalam membantu pasangan yang berjuang mendapatkan zuriat.