Ada sesetengah lelaki, langsung tak pernah ambil peduli bab nak buat isteri gembira. Bukan sebab tak pernah bagi hadiah, tetapi berkira sungguh nak tolong isteri dalam urusan rumahtangga.

Apa yang dia tahu kritik dan mengarah, sedangkan hal rumahtangga sepatutnya diuruskan dua belah pihak. Kalau kurang dari segi kewangan pun isteri sanggup korek tabung simpanan, sudahnya kenapa suami langsung tak menjaga hati isteri?

Adakah payah untuk bertindak seperti yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini?

Buat Isteri Gembira

“Wanita diciptakan dengan penuh kelembutan tapi itu bukan jaminan yg dia akan terus ‘berlembut’ sampai bila-bila.”

Kadang-kadang ada perkara yang akan membuatkan kelembutan itu hilang daripada dirinya. Bila dia tidak lagi boleh berlembut, maka dia akan hilang kawalan dan dia mampu untuk melakukan sesuatu yang kita tak jangkakan.

IKLAN

Dia boleh melawan cakap, dia boleh memarahi dan mencaci, dan dia juga boleh lari keluar dari rumah.

Dalam hal ini, saya bukan nak menyalahkan mana-mana pihak, tapi percayalah bahawa sikap bertanggungjawab, tolak ansur dan persefahaman perlu ada dalam diri setiap pasangan.

Sebagai suami, dari perspektif pandangan seorang suami, jika kita tidak melakukan apa-apa kesalahan dan jika kita tidak mengabaikan segala tanggungjawab kita, maka seharusnya tidak akan ada masalah yang timbul dalam hubungan kita.

IKLAN

Sebagaimana kita nak isteri menghormati kita sebagai seorang suami, sebegitu jua lah kita perlu menghormati dia sebagai seorang isteri.

Tunaikan hak-hak dia…

Jangan biar isteri hilang sabar, pendam dan merana keseorangan tanpa kita sedar sebab bila kita sedar, masa tu mgkin sudah terlambat dan sudah tidak boleh diperbetulkan lagi.

IKLAN

Nasi dah menjadi bubur…

Setiap manusia ada hadnya baik lelaki mahupun perempuan. Jadi, jangan buat sesuatu yang melebihi had-had yang mampu diterima oleh seorang isteri.

Jaga perbuatan, jaga percakapan dan ingat tanggungjawab yang kita galas. Jadi suami ni mudah andai kita tidak menyakiti dan melukakan hati isteri.I

Isteri itu jantung kepada rumahtangga kita, jika dia gembira, maka bahagialah rumahtangga kita.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI