Biar pun bukan mudah keptusan ini dibuat, namun segalanya dibuat bersebab. Setelah dua tahun bergelar pengacara Melodi, pelawak Ajak Shiro mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada program hiburan popular itu bermula awal Januari lalu.
Di samping itu, jelas pemilik nama sebenar Mohd Hanaffi Razak, 34, keputusan tersebut dilakukan bagi memberi laluan kepada perjalanan barunya bersama stesen radio Suria FM sebagai penyampai segmen Team Suria Pagi menerusi gandingan Issey dan Fizi Ali bermula Selasa lalu.
“Saya tidak menyambung kontrak sebagai pengacara Melodi kerana pada tahun 2020 ini saya memutuskan untuk kembali menjadi penyampai radio.
“Dulu ketika saya terikat dengan dua tugasan ini, setiap Isnin hingga Jumaat saya bertugas sebagai penyampai radio dan Ahad pula mengendalikan Melodi. Hanya pada Sabtu sahaja saya dapat meluangkan masa yang sepenuhnya bersama bersama isteri dan anak-anak.
“Jadi kali ini, saya tidak mahu situasi dulu berulang lagi. Kena pilih salah satu kerana saya tidak mahu rugi masa bersama anak-anak,” ujarnya yang sebelum ini pernah bertugas sebagai penyampai Hot FM selama tiga tahun.
Ads
Keluarga sentiasa menjadi keutamaan Ajak.
Tidak Mahu Tamak
Selain itu, Ajak juga tidak mahu tamak mengejar tawaran, Ajak tegas mengutamakan keluarga dalam apa sahaja keputusan yang dibuat berkaitan kerjaya seninya.
“Kalau fikirkan tentang duit, memang saya nak buat semua selagi ada peluang. Namun bila saya fikir balik, kualiti masa dengan anak-anak lebih berharga daripada semua itu. Kalau ada duit banyak pun, tapi tak ada keluarga pun tak guna juga.
Ads
“Jadi apa pun keputusan saya buat dalam kerjaya, keutamaan adalah pada keluarga terlebih dahulu,” tegasnya.
Mengulas tentang pernyertaannya bersama stesen radio Suria FM sebagai penyampai selepas setahun meninggalkan konti, kata Ajak, semuanya kerana kesungguhan stesen tersebut melamarnya.
Ads
Ajak kini bersama Suria FM.
“Sebenarnya saya mendapat tawaran daripada Suria pada hari yang sama saya meninggalkan stesen radio saya sebelum ini.
“Bagaimanapun ketika itu saya tidak rasa ia merupakan waktu yang tepat untuk saya berbuat demikian atas pelbagai sebab termasuk menghormati sahabat saya, Shahrol yang baru sahaja melepaskan tugasan sebagai penyampai di Suria.
“Namun selepas hampir setahun, Suria masih lagi memberikan tawaran yang sama dan barulah saya mula mempertimbangkannya sebelum bersetuju menyertai mereka pada penghujung tahun lalu,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, insyallah menurut Ajak, selepas ini kumpulan Shiro akan tampil dengan sebuah program baharu yang akan disiarkan di Astro tidak lama lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Satu penghargaan buat banduan di penjara apabila mendapat tempahan kain tenunan khas daripada Raja Permaisuri Agong sendiri yang berkenan menyarungkan persalinan berkenaan pada hari yang penuh bersejarah nanti.
Kain Tenun Pahang Diraja menjadi pilihan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.
Melibatkan 129 Banduan
Menariknya, kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang.Kerja tenunan itu melibatkan 73 banduan dari Penjara Penor dan 56 orang dari Penjara Bentong.
Hasil upah menenun kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan dan berharap kemahiran menenun akan dapat diperluaskan bagi memelihara warisan dan tradisi Melayu.
Penjara Penor dan Bentong telah dipilih dan diberi penghormatan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sendiri, selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.
Baginda turut berkongsi beberapa keping gambar hasil tenunan itu di laman Twitter rasmi, @cheminahsayang, malam tadi.
Penghormatan Buat Banduan
“Memang beta mahu penjara yang buat baju untuk beta pakai pada hari pertabalan. Beta sangat bangga untuk memakainya. Ini merupakan satu penghormatan kepada beta dan beta juga ingin memberi penghormatan kepada mereka.”
“Ada juga rekaan tenunan yang memasukkan lambang Negeri Pahang. Dua minggu sekali Beta akan ke Penjara Penor dan Bentong untuk melihat sendiri perkembangan kerja tenunan yang dilakukan,” titah Tunku Azizah.
Warisan Seni Tradisi Pahang
Baginda bertitah Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat Pahang sejak 300 tahun lalu.Tunku Azizah yang mengagumi hasil kerja tenunan yang dipersembahkan itu bertitah baginda memperoleh ilham bagi rekaan tenunan itu antaranya daripada alam semula jadi dan keadaan sekeliling seperti biji kopi dan bayang-bayang pagar.
MW: Daulat Tuanku. Ternyata Raja Permaisuri Agong ini sangat berjiwa rakyat, malah sangat menghargai kerja seni yang dihasilkan walaupun hasil tenunan daripada banduan di penjara.
Berita baik buat para suri rumah, baru-baru ini Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ada mengumumkan tawaran pemotongan dua peratus daripada pendapatan suami serta penambahan dana RM50 daripada kerajaan buat golongan ini. Namun, susulan terbaru pengumuman tersebut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata ia perlu memenuhi syarat tertentu.
Hanya Untuk Isteri Pertama
Penambahan dana RM50 daripada kerajaan untuk kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suri rumah hanya tertakluk kepada isteri pertama sahaja. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata lagi sumbangan kerajaan itu tidak akan dilanjutkan kepada isteri kedua, ketiga atau keempat sekiranya berlaku perkahwinan poligami.
“Itu tanggungjawab suami, kita akan bagi kepada isteri pertama sahaja…kalau mereka (lelaki) kahwin lebih daripada satu, mereka kena tanggung sendiri buat isteri lain, bukan tugas itu diserahkan kepada kerajaan.
“Inisiatif membantu persediaan perlindungan masa depan isteri dan caruman ini dijangka dapat jadi tabungan bagi siapkan suri rumah menghadapi apa-apa kemungkinan yang tidak diingini untuk teruskan kelangsungan hidup,” katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Ghazali (PAS – Kuala Nerus) yang ingin tahu berkenaan pelaksanaan caruman KWSP untuk isteri atau wanita.
Mingguan Wanita Isu Jun 2018, Volume 2 Kini telah berada dipasaran!
Manifesto 100 Hari
Dr. Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata memorandum mengenai skim itu sudah siap dan akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang. Skim tersebut adalah antara tawaran manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan, dijangka bermula dengan sumbangan sukarela yang kemudiannya akan diwajibkan setelah pindaan kepada Akta KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dilaksana.
Setuju sangat dengan syarat yang dikemukakan ini.Ia juga pesanan buat para suami bahawa, jika dah mampu untuk berpoligami, maknanya memang dah bersedia untuk menanggung semua isteri-isteri tanpa perlukan bantuan kerajaan pun. Semoga berita gembira ini akan membuatkan masa depan suri rumah terutamanya bergelar isteri pertama lebih terbela, malah caruman demi simpanan masa depan suri rumah juga akan lebih terjamin.
Sebentar tadi, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33 yang merupakan isteri kepada pelakon filem KL Special Force Syamsul Yusof, 34 ada memuat naik video di insta storynya, keluar berjalan-jalan bersama rakan pelakon Sabrina Ali ke salah sebuah pusat membeli belah di The Curve, Damansara.Sarah dan Sabrina turut membawa anak-anak serta pembantu rumah mereka.
Namun perkara yang berjaya mencuri perhatian pengikut instagram Sarah adalah meskipun bergelar selebriti, Sarah memberikan layanan baik terhadap pembantu anaknya, Syaikhul Islam, 11 bulan dengan turut memberi makan dan duduk semeja bersama-sama.
Berikut antara komen pengikut instagramnya yang dimuat naik oleh Puteri Sarah yang membuatkan beliau rasa terharu.
“Sangat bangga dengan awak Sarah. Awak layan pembantu rumah seperti manusia. Ya, mereka adalah manusia juga. Sebab kadangkala saya pernah lihat, pembantu-pembantu ini duduk di suatu sudut dan memberi makanan pada anak-anak, tetapi mereka sendiri tak makan. Terima kasih kerana menjadi seorang yang baik hati. Sayang awak!”
Bukan itu sahaja, rata-rata pengikutnya turut memuji Puteri Sarah atas layanan baiknya antaranya;
legasi_kitaYes you are a good kind hearted muslimah. Tq so much love
rubyatul93Bagus kak…. Treat maid macam adik bradik…walaupun maid depa pun ada hati & perasaan ..good kak…@puterisarahliyana .
sarafiraSecantik namanye ..pekerti mulia
umi_salinaHasil didikan ibubapa..suami..anak itu cerminan ibubapa..once dah kahwin..isteri itu cerminan suami anda..@puterisarahliyana ..
catlovver1959 Itulah hasil apabila ada ilmu n akhlak yg terpuji. Suka tengok keluarga dato haslam skrng. Keluarga sakinah. Semoga Allah merahmati keluarga dato anak beranak
ella_pitSebab maid pun manusia juga macam kita,respect u kak Sarah
Tahniah, Puteri Sarah. Dahlah cantik baik hati pula tu. Memang seharusnya kita memberi layanan yang baik pada sesiapa sahaja tak kiralah walaupun pada pembantu rumah. Semoga perkahwinan Sarah dan suami yang telah memasuki usia 4 tahun ini semakin bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.
Isteri pelik bekas suami tuntut rumah jadi harta sepencarian, "sesen tak bayar tolong drill langsir saja. Seorang wanita tampil meluahkan rasa terkejut dan kecewa...