Kredit: Sinar Harian

Jodoh berdua sehingga akhir hayat. Ditakdirkan suami menghembuskan nafaz terakhir kerana uzur. Selang lima jam, isterinya pula menyusul, meninggal dunia dipercayai demam panas.

Bukti cinta sejati, Fatimah Sukim, 57, dan suaminya, Erpah Yusof, 60, meninggal dunia pada hari yang sama. Setelah berkongsi hidup bersama, akhirnya mereka pergi menghadap Pencipta bersama. Semoga ahli keluarganya redha dengan pemergian dua insan tersayang dalam masa serentak.

Selang Lima Jam..

Kata adik Fatimah, Kalshsom Sukim,54 “Seminggu sebelum meninggal dunia, arwah kakak ada hubungi saya memaklumkan dia teringin saya jahitkan baju kurung moden sama seperti yang pernah dipakai arwah mak, namun tak sangka itu permintaan terakhirnya sebelum dia menemui Ilahi.”

Allahyarham Fatimah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh jam 7 petang semalam.

Lima jam sebelum itu, suami Fatimah, menghembuskan nafas terakhir di rumah adik iparnya di Kota Damansara jam 2 petang.

Kalshsom berkata, Fatimah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sempat menghubunginya menyatakan hasrat ingin menghantar kain untuk dijahit baju kurung moden seperti yang sering dipakai ibu mereka, Kasinah Kasiman yang meninggal dunia 15 tahun lalu.

Sehingga kini, masih terngiang-ngiang suara arwah yang ingin menggayakan baju kurung, namun saya terkilan tidak sempat menyiapkan baju dimintanya kerana dia terlebih dahulu menemui Pencipta.”

Memang Cinta Sejati, Sehidup Semati! Suami, Isteri Meninggal Selang Lima Jam
Kredit: Sinar Harian

Rapat Dengan Arwah

Menurut Kalshsom, Allahyarham kakaknya disifatkan seorang yang baik hati, bertanggungjawab, peramah dan dikenali jiran tetangga.

Saya memang rapat dengan arwah dan kami sering berhubung menerusi panggilan telefon,” katanya.

Menurutnya, dia mendapat tahu mengenai kematian kakaknya selepas dihubungi salah seorang anak Fatimah.

Sukar hendak terima, namun ini semua adalah ketentuan ALLAH kerana lebih menyayanginya dan kita perlu reda dengan takdir yang sudah ditentukan ini.

Kalshsom berkata, jenazah pasangan suami isteri itu dibawa ke rumah mereka di Bukit Belimbing di sini selepas bedah siasat di Hospital Sungai Buloh untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang, Kuala Selangor hari ini.

Hentikan Spekulasi, Biar Arwah Pergi Dengan Tenang

Sementara itu, adik ipar Fatimah, Khuzaimah Che Hussin, 40, meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian suami isteri berkenaan.

Saya banyak dapat mesej di WhatsApp yang bertanya punca kematian mereka, tapi saya tak sempat nak balas satu persatu.

Bagaimanapun saya ingin maklumkan kakak ipar mengalami demam panas sahaja dan dirujuk ke Hospital Tanjong Karang sebelum sakit teruk hingga terpaksa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.

Begitu juga dengan arwah suami Fatimah, saya nampak kesihatannya semakin uzur sejak kebelakangan ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

MW: Pihak MW mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Fatimah dan Erpah. Semoga kedua rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman dan Allah melimpahkan rahmat keampunan kepada mereka. Al-fatihah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI