Mak-mak memang terasa bila harga bawang makin mahal. Dari beli bawang mahal-mahal, mungkin duit tu boleh beli keperluan lain.
Bayangkan harga bawang India meningkat mendadak daripada RM5 sekilogram kepada RM10.93 dalam tempoh dua bulan ini berikutan gangguan bekalan dari negara pengeluar.

Kenaikan harga bawang besar dan bawang ros (bawang kecil) India berlaku secara mingguan sepanjang awal bulan September hingga penghujung tahun lalu. Memang masalah ini sangat dirasai mak-mak.

Ikuti perkongsian Chef Sue M Arukin ini:

Harga bawang yang naik mendadak kebelakangan ni membuatkan ramai tukang masak dan suri rumah susah hati. Sebagai alternatif kepada bawang, boleh saja gantikan dengan beberapa bahan lain dalam masakan mengikut kesesuaian atau masak menu yang tak menggunakan bawang sebagai perencah.
Antara yang boleh digunakan sebagai pengganti bawang (seperti dalam gambar):

Harga Bawang Mahal, Jangan Risau Mak-mak Boleh Gunakan Bawang Alternatif

IKLAN

1. Leek atau ada yang panggil bawang perai atau daun kucai cina.
2. Fennel atau dalam bahasa melayu Andas.
3. Chives atau dalam bahasa melayu kucai.

Harga Bawang Mahal, Jangan Risau Mak-mak Boleh Gunakan Bawang Alternatif

IKLAN

Contohnya macam dalam hidangan pasta yang dimasak (seperti dalam gambar), saya gunakan hirisan leek dan tak menggunakan bawang putih mahupun merah dalam menu pasta tu. Rasanya sedap juga, tak banyak beza pun. Sedap sesuatu masakan itu bukan bergantung hanya pada satu bahan, banyak lagi bahan-bahan lain yang boleh digunakan.

Cuba Pelbagaikan Cara Masakan

IKLAN

Melainkan anda berniaga makanan yang memang menggunakan bawang dalam semua menu makanan. Itu tak dapat nak elaklah. Tapi kalau untuk masakan harian di rumah, boleh saja masak menu tanpa bawang. Banyak je resipi yang tak menggunakan bawang seperti Ayam atau daging panggang, ikan bakar, masak lemak cili padi Nismilan dan banyak lagi. Gunakan bahan perapan lain untuk rasa yang berlainan.

Another alternative, start tanam bawang sendiri. Pilihan di tangan kita kan? Don’t complicate life! Dah reda nanti, dah turun harga bawang nanti, bolehlah back to normal menu. Apa susah?

MW: Jadi mak-mak jangan risau, selain bawang merah anda boleh gantikan bawang dengan pilihan di atas seperti leek, fennel dan chives. Mungkin selama ini kita agak asing dengan penggunaan tiga bahan ini, bermula hari ini pelbagaikan bahan masakan, asalkan rasa tidak lari.

Sumber: Sue M Arukin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI