kak-ngah-patin

Peminjam PTPTN boleh menarik nafas lega. Ini kerana, menerusi
belanjawan 2022 pelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN mula
dilaksanakan.

Bak kata ikon PTPTN, Kak Ngah Patin ini “ada kerja, dapat gaji, bayarlah balik
pinjaman itu sedikit demi sedikit.” Lama-lama selesailah nanti. Bila mana, peminjam
membuat bayaran semula pinjaman mereka, dapatlah mahasiswa generasi seterusnya
dibantu.

Macamana cara nak buat bayaran balik pinjaman PTPTN dengan insentif
diskaun itu? Boleh semak info yang Kak Ngah Patin kongsikan ini ya.

Cara Bayar Balik PTPTN Guna Insentif Diskaun

Tarikh bayaran balik pinjaman PTPTN dengan harga insentif diskaun bermula: 1
November 2021 hingga 30 April 2022.

Syaratnya,

  • Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  • Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada
    baki hutang dalam sekali bayaran; dan
  • Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus
    mengikut jadual.

Bila dah tahu insentif diskaun yang diberikan, kenalah fahamkan macam mana
pula cara pelaksanaannya.

 

IKLAN

Untuk Peminjam Yang Nak Bayar Penuh Atau 50 Peratus

Peminjam yang hendak membuat penyelesaian penuh pinjaman atau bayaran balik
sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran perlu
mendapatkan pengesahan baki hutang melalui portal rasmi PTPTN di
www.ptptn.gov.my atau menghubungi Eksekutif Pemasaran
(https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn) PTPTN mulai 1 November 2021.

Seterusnya, bayaran balik boleh dibuat melalui mana-mana saluran bayaran balik yang
disediakan oleh PTPTN.

Untuk Peminjam Yang Nak Membuat Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji/
Debit Terus

Peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus
hendaklah membuat permohonan secara dalam talian melalui:

– Potongan gaji di https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/
– Debit terus di https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html

IKLAN

Peminjam yang sedang membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji atau
debit terus juga layak mendapatkan diskaun 10 peratus tertakluk kepada bayaran balik
yang diterima oleh PTPTN mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Insentif diskaun akan dikemaskini di dalam akaun pinjaman peminjam pada akhir setiap
bulan dan peminjam boleh membuat semakan penyata masing-masing mulai tujuh (7)
haribulan pada bulan yang berikutnya.

Kak Ngah Patin Kongsi Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Guna Insentif Diskaun

Siapa Kak Ngah Patin Ini Sebenarnya?

Haa.. jelas bukan?
Tapi, siapa sebenarnya Kak Ngah Patin ini?
Sebagai ikon PTPTN, Kak Ngah Patin ini bukan saja manis malah seorang yang
bertimbang rasa dan prihatin. Sebut saja tentang PTPTN, semua informasi ada di
hujung jari Kak Ngan Patin.

Kak Ngah Patin sedar betapa ‘struggle’ peminjam ketika ini. Lagi-lagi dengan musim
pandemik dan musibah banjir yang baru-baru ini terjadi. Sebab itulah, Kak Ngah Patin
berikan solusi terbaik kepada peminjam.

IKLAN

Sebagaimana PTPTN sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam
selaras dengan inisiatif #PTPTNSediaBantu

Kak Ngah Patin Kongsi Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Guna Insentif Diskaun

Malah, jika mahu fikirkan masa depan untuk anak-anak. PTPTN juga memperkenalkan
produk patuh syariah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN). Bolehlah
anda membuat simpanan untuk anak-anak dan tentunya simpanan ini dijamin oleh
kerajaan.

Bukan itu saja, PTPTN juga menawarkan dividen kompetitif, produk perlindungan
Takaful, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000 dan pelepasan taksifan cukai
sehingga RM8000.

Anda yang mahu mengenali dengan lebih dekat siapa Kak Ngah Patin ini dan macam
mana orangnya, klik lah video di bawah :

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI