Keadaan kaki Ustaz Kazem yang membuatkan dia sukar untuk berjalan.

Sebelum itu, menurut pendakwah Ustaz Kazim Elias, “Jumpa abu ada gambar dibakar.” Kemudian kakinya mula membengkak dan kini pendakwah ini sukar berjalan kerana kakinya terasa sakit.

Dipercayai, pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat ekoran terkena buatan orang.

Jumpa Abu Ada Gambar DiBakar

Pihaknnya memaklumkan perkara ini menerusi perkongsian sebuah video live di laman Facebook milik beliau semalam termasuk menunjukkan gambar kotak berisi objek yang ditemui di pusat pengajiannya.

Menerusi paparan itu, beliau mendedahkan punca sebenar kaki dan betis kirinya membengkak sehingga menyukarkannya untuk berjalan.

“Ini dijumpai di tempat laluan tempat saya mengajar di al-Barakah (Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi). Laluan itu untuk saya sahaja. Kita jumpa abu dan dalam abu itu ada gambar saya yang dibakar.

Kemudian Kaki Membengkak

“Saya tunjukkan sebagai satu pengajaran. Selepas kejadian ini kaki saya membengkak. Mula-mula kita ingat bisul, rupanya bukan.

IKLAN

“Kaki kiri saya membengkak dan nak sentuh, jalan pun tak boleh. Ini kadang-kadang kita pun tak tau apa benda. Cuma kita pandang baik pada Allah SWT, Allah bagi ini nak naikkan darjat, nak hapuskan dosa kita. Insyallah, Allah maha mengetahui,” dedah beliau.

Ustaz Kazim Kini Sukar Berjalan

Tambah Ustaz Kazim, bagaimanapun beliau masih bertahan dengan kesakitan itu dan berharap tidak dimasukkan ke hospital.

“Sejak dua minggu kita buat rawatan Islam, pelbagai ubat dah kita guna dan alhamdulilah keadaannya banyak berubah cuma masih sakit,” ujarnya.

Tidak Menghalang Untuk Mengajar

Di samping itu, jelas Ustaz Kazim, kesukaran yang ditanggung juga tidak menghalang beliau untuk terus mengajar kerana itu merupakan tugas yang paling disukai beliau.

“Macamana pun saya tetap nak mengajar. Ubat saya adalah melakukan apa yang saya suka. Yang saya suka adalah mengajar orang,” ujarnya.

IKLAN

Sejak dua minggu lalu beliau tidak dapat berjalan disebabkan bengkak kaki dan menggunakan topang ketiak sebagai sokongan untuknya berjalan, malah pada minggu lalu beliau terpaksa menggunakan kerusi roda.

Sakit kaki itu juga menyebabkan beliau terpaksa bersolat menggunakan kerusi roda.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut memohon doa orang ramai untuk kesembuhan dirinya.

Baca Juga Di Sini:

IKLAN

Ustaz Kazim TAK Sihat, Dimasukkan Ke Hospital, Diminta SEMUA Mendoakan

Ustaz Kazim Elias Ajar Amalan Doa Bagi Melembutkan Hati & Jiwa Anak, Serta Dimurahkan Rezeki Dalam Kehidupan!

Mingguan Wanita : Semoga Ustaz Kazim dikurniakan kesembuhan dan kembali pulih seperti sediakala. Insyallah amin.

Sumber : Kosmo Online / Facebook Ustaz Kazim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI