Walaupun hanya sehari sempat bergelar suami, isteri. Lelaki ini redha walaupun perit untuk menerima bahawa isterinya pergi terlebih dahulu.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui bagaimana perasaan seorang suami apabila isteri yang baru dinikahinya pergi buat selamanya. Sedih!

Hanya Sehari Bergelar Suami, Isteri

“Abang…kita dah kahwin,” itu kata-kata terakhir yang diluahkan oleh Siti Saraf Ismail, 25, kepada suaminya, Mohamad Amirul Akmal Mohd Aziz, 25, sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Mahligai bahagia yang dibina hanya bertahan seketika apabila Siti Saraf yang merupakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya telah dijemput Illahi dalam tempoh 24 jam bergelar isteri kepada Mohamad Amirul Akmal.

Sungguhpun agak pahit untuk ditelan, Mohamad Amirul Akmal dilihat tenang dan reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

Lelaki Ini Redha Walaupun Pahit

“Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami sakit kepala.

“Selepas itu dia tidur semula sehingga pagi dan sepanjang tempoh tersebut saya berada di sisinya,” katanya.

Kisah sedih pasangan ini tular di media sosial apabila dikongsikan oleh warganet yang rata-rata menitipkan doa kepada arwah dan kata-kata semangat kepada Mohamad Amirul Akmal.

Arwah Sesak Nafas

Menurutnya, pada waktu pagi dia lihat isterinya berada dalam keadaan baik dan masih lagi tidur ketika itu.

Mohamad Amirul Akmal berkata, selepas itu, dia dan keluarga dikejutkan apabila melihat arwah mengalami sesak nafas.

“Saya segera hubungi ambulans kerana pada ketika itu isteri sangat memerlukan bantuan oksigen dan ambulans tiba jam 12 tengah hari.

“Bagaimanapun, isteri disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari oleh doktor yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),” katanya.

Baca Juga Di Sini:

‘Entah Apa Amalannya..’ Isteri Meninggal Tenang Di Atas Riba Suami

Isteri Meninggal Akibat Covid-19, “Ramai Minta Nak Jaga Anak Bongsu Saya”

Badrol Shah Menggeletar, ‘Mula Dimaklum Isteri Meninggal, Kemudian Dikatakan Nazak’

Pendarahan Dalam Otak

Mohamad Amirul Akmal yang bertugas sebagai pembantu perubatan berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mengesahkan arwah meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak sebelah kanan.

Dia berkata, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karang pada Ahad.

Mohamad Amirul Akmal berkata, arwah sering menitipkan pesanan supaya sentiasa menjaga ahli keluarga selepas mendirikan rumah tangga.

Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Mohamad Amirul Akmal terus kuat dan tabah berdepan ujian ini. Al-Fatihah.

Sumber : Sinar Harian

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI