Jenis-Jenis Karbohidrat Yang Kita Perlu Tahu, Ikuti Perkongsian Pakar Nutrisi

Share

Tahukah kita apa jenis-jenis karbohidrat yang baik atau tidak baik untuk kesihatan? Selama ini ramai yang menyalahkan karbohidrat sebagai punca berat badan naik dan gemuk.

Betulkah karbohidrat ini penyebab gemuk? Fahami dulu jenis-jenis karbohidrat ini.

Boleh ikuti perkongsian mengenai karbohidrat dan jenis-jenisnya yang dikongsikan oleh Pakar Nutrisi Puan Syaza Lyana ini.

Jenis-Jenis Karbohidrat Yang Perlu Kita Ketahui

Karbohidrat ini terdiri daripada karbohidrat ringkas dan karbohidrat kompleks.

1-Karbohidrat Ringkas.
Pengambilan karbohidrat ringkas jika berlebihan boleh menyebabkan:
-Kencing manis
-Obesiti
-Tinggi Kolesterol
-Pelbagai Penyakit Kronik
Contoh karbohidrat ringkas adalah gula.

2-Karbohidrat Kompleks
Karbohidrat kompleks ada baiknya kerana:
-Lebih bernutrisi
-Lebih mengenyangkan
-Tinggi serat
-Lebih serat lebih baik.
Contoh karbohidrat kompleks adalah kanji dan serat.

Gula

Rasanya manis
Gula adalah karbohidrat rantaian pendek yang terdapat di dalam makanan.
Contoh gula adalah glukosa, fruktosa, galaktosa dan sukrosa.
Pengambilannya menyebabkan gula dalam darah tinggi.
Contoh makanan mengandungi gula:
1-Segala jenis gula
2-Dessert / Manisan dan hidangan pencuci mulut
3-Minuman yang mengandungi gula tambahan.

Kanji

Kanji adalah rantaian panjang molekuk glukosa (polysaccharides) dan akan dipecah menjadi glukosa dalam sistem pencernaan.
Kanji mempunyai berat.
Contoh makanan berkanji adalah :
1-Kentang / ubi
2-Nasi
3-Roti Wholemeal
4-Bijirin
5-Kekacang

Serat

Serat tidak memberi tenaga secara langsung, tetapi sebagai prebiotik, memberi makan kepada bakteria baik dalam sistem pencernaan.
Kaya dengan micronutrient
Bantu mengawal gula dan mengurangkan risiko kencing manis
Conton makanan berserat adalah:
1-Sayur-sayuran
2-Bijirin
3-Buah-buahan

Artikel Berkaitan:
Dietitian Ini Syorkan Kuantiti Protein Boleh Diambil Tanpa Bahayakan Kesihatan Badan

Kesimpulannya, apa yang boleh dilakukan bagi memastikan tubuh sihat dan mendapat khasiat yang diperlukan setiap hari adalah dengan melakukan amalan berikut:

1-Ambil sayur-sayuran setiap hari. 3 sajian setiap hari atau lebih.
2-Buah-buahan mengandungi serat iaitu karbohidrat kompleks, tapi sesetengah buah juga mengandungi gula dan GI yang tinggi. Bersederhanalah dalam pengambilan.
3-Utamakan makanan berkanji yang tinggi serat seperti beras perang atau roti wholemeal.
4-Kurangkan atau elakkan pengambilan gula tambahan dalam makanan dan minuman (karbohidrat ringkas)

Sumber: Syaza Nutritionist #syazanutritionist #PakarNutrisi

IKLAN