Jangan mengandung kemudian buat sombong, selepas itu meremehkan orang yang tidak direzekikan hamil. Tidak semua wanita aturannya sama.
Bersyukurlah dengan setiap apa yang ditentukan untuk mak-mak. Jika masih belum direzekikan anak, bersyukurlah kerana masih ramai wanita yang belum berkahwin.
Begitulah juga seterusnya, bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kerana apa yang berlaku dalam hidup seseorang pasti ada sebabnya. Yakinilah dengan Allah.
Kongsi Fit Ismail ini, mengandung bukan perlumbaan…
Mengandung bukan peristiwa untuk buktikan siapa yang paling subur atau siapa yang paling ramai anak..
Jangan Mengandung Kemudian Buat Sombong
Mengandung bukan bererti manusia yang hebat ‘menjadikan’ manusia baru..
Jangan mengandung kemudian buat sombong, kemudian meremehkan yang tidak mengandung
Dia lambat belum hamil lagi, padahal sudah lama kahwin, yang baru kahwin itu sudah mengandung ..
Sebab dia banyak dosa, sebab itu belum mengandung dan banyak lagi perkataan yang memeriksa hati..
Jangan Meremehkan Orang Yang Tidak Direzekikan Hamil
Astaghfirullah,
Ads
Asal-usul manusia dari Tuhan, bukan dari manusia…
Manusia itu hanya perantara, apabila Allah mempunyai keredhaan meninggalkan hamba-Nya dan umat Allah dalam rahim manusia, maka Kun Fayakun maka jadilah, insyallah mudah bagi Allah…
Tetapi jika anda belum, percayalah bahawa Allah sentiasa mempunyai rancangan yang paling baik, jauh lebih indah daripada kata-kata manusia yang tidak berkesudahan.
Hormat sesama manusia…
Jangan hanya mulut anda digunakan untuk menyakitkan dan membandingkan orang
kita berbeza, kita tidak sama…
Buah pokok pun tak selalu sama masak masanya..
Jangan Dipandang Rendah
Jadi ingatlah, jangan dipandang rendah kepada mereka yang belum tiba rezeki zuriat mereka.
Anda tidak tahu betapa dalam luka yang mereka rasa, berapa kali telah mereka lalui..
Ads
kerana mereka masih belum melahirkan anak
Simpanlah kata-kata menghina, tetapi hadiahkanlah sokongan dan semangat buat mereka
Mingguan Wanita : Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Oleh itu mesti sentiasalah bersyukur dengan setiap Ketentuan-Nya dan di setiap kesabaran pasti ada ganjaran dari-Nya.
Ramai terus mendoakan penyanyi Elyana, 33 agar terus kuat dan positif berdepan ujian kanser limfoma yang dihadapinya sejak 10 tahun lalu.
Paparan foto terbaru, wajah ceria Elyana dengan dua orang anak perempuannya yang comel membuatkan ramai tersentuh hati dan tak putus memberi kata-kata semangat.
Kerana, ramai sedia maklum betapa tabahnya Elyana menerima ketentuannya ini. Malah, Elyana sendiri berkongsi ujian sakitnya itu perlu dihadapi dengan senyuman.
Kongsinya,
“Hadapi dengan senyuman. Semua yang terjadi hadapi dengan tenang jiwa. Semua kan baik-baik saja.
Bila ketetapan tuhan sudah ditetapkan. Tetap lah sudah. Tak ada yang bisa merubah. Dan tak akan bisa berubah.
Selamat Hari Kanser Sedunia! Keep fighting!
Elyana Nampak Semakin Kurus, Ramai Mendoakan Terus Kuat
Rata-rata mengakui yang Elyana nampak semakin kurus dalam foto terbaru yang dimuatnaik di dalam instagramnya. Ramai yang mendoakan agar Elyana terus kuat dan bersemangat.
Antara followernya yang memberikan kata-kata doa dan semangat.
“Allahuakhbar.. lain sangat mula El.. jaga diri dan kuat semangat ya dik.” – aszlieza83
“Cute cute la anak-anak sis, saya doakan semoga Allah berikan kesembuhan buat sis Elyana. Sihat seperti selalu. Kuat semangat ya. InsyaAllah mudah-mudahan doa-doa kita semua Allah makbulkan.” – nataliahzakeria
Kanser Sudah Merebak, Hampir Tahap Lima
Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan yang kanser yang dihidapinya sudah semakin serius dan hampir memasuki tahap lima.
Ketika itu, berat badannya cuma 41 kilogram. Turun disebabkan hilang selera makan. Malah, katanya badannya tiada lemak, hanya tulang sahaja.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal sebelumnya sewaktu dia dimasukkan ke hospital doktor maklumkan yang sel kanser lama sudah berkurangan.
Tentunya ini berita gembira buatnya. Namun, sudah tertulis takdirnya dan Disember itu doktor dapati kansernya sudah pun merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pangkal paha.
Tidak mahu terus bersedih, Elyana akui yang dia terus berusaha untuk kuar semangat. Agar dirinya jadi lebih sihat dan berfikiran positif setiap hari.
“Walaupun memang saya perlukan kata-kata semangat daripada orang lain, tetapi tidak boleh terlalu berharap. Jalan terbaik ialah saya sendiri harus ingatkan pada diri sendiri untuk terus kuat.”
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah dan anak angkatnya, Cahaya Ramadhani.
Jarang kita dengar suami yang sanggup jaga isteri dalam pantang. Selalunya isteri ‘dipos’ ke kampung. Alasannya suami tidak pandai. Masa anak pertama mungkin alasan ini bolehlah diterima tapi bila anak dah masuk nombor dua dan seterusnya, suami kenalah belajar menjaga isteri dalam pantang.
Tempoh berpantang akan lebih indah bagi seorang isteri apabila dijaga oleh suaminya. Jangan terkejut kalau ada isteri yang menangis kerana hatinya begitu tersentuh dengan pengorbanan suami yang tidak cukup rehat dan tidur semata-mata nak pastikan isteri dan anak selesa.
Kalau nak isteri semakin sayang, suami kena sahut cabaran menjaga isteri dalam pantang. Berusahalah sepenuh hati pasti pengalaman ini mencatat memori indah dalam perkahwinan korang. Kepada encik suami, ikuti panduan ini. Tak susah pun jaga isteri dalam pantang syaratnya kena ikhlas, sabar dan gigih :.
Panduan Jaga Isteri Berpantang
1. Mandikan Bayi
Dalam pantang kalau nak isteri berehat sepenuhnya suami kenalah belajar mandikan anak. Minta panduan daripada emak atau orang yang lebih tua. Kalau nak mudah, mandikan baby di dalam tub. Gunakan set mandian bayi jangan main bantai ja. Kena ingat ye kulit baby sensitif. Lepas mandikan baby, urut perut baby dengan minyak telon supaya perut baby tak kembung. Sapukan minyak telon pada perut, belakang betis, tapak kaki dan belakang badan baby.
2. Sediakan Air Herba Untuk Mandian Isteri
Jika mampu sepanjang 44 hari, sediakan air herba untuk mandian isteri. Sekurang-kurangnya bagi isteri mandi air herba selama tujuh hari. Air rebusan herba ini membantu menghangatkan tubuh isteri, melancarkan perjalanan darah dan menyegarkan badan. Tak payah pening-pening, suami beli sahaja set mandian herba di toko jamu. Cara nak guna pun senang, rebus set herba sehingga mendidih, lepas tu tunggu suam baru bagi isteri mandi.
3. Cari Tukang Urut
Sediakan tukang urut untuk isteri. Jika isteri bersalin normal, hari kelima isteri dah boleh urut badan. Tapi jika isteri bersalin secara pembedahan, disarankan seminggu baru isteri berurut. Hanya urut badan ye jangan bagi bidan urut perut kerana bimbang jahitan pembedahan terbuka dan dijangkiti kuman.
4. Masak Menu Pantang
Masa isteri hamil, suami dah boleh cuba memasak menu dalam pantang. Google je resipi dalam pantang dan ikuti langkah mudah memasak. Bila dah selalu cuba, insya-Allah masakan akan sedap. Pasti kan isteri diberi makan makanan yang berkhasiat, elakkan makanan sejuk dan berangin. Tak sesuai untuk wanita lepas bersalin. Menu yang paling senang masak sayur sawi, ulam pegaga, ikan bakar atau sup ayam.
5. Jangan Lupa Tungku & Bengkung Isteri
Lepas isteri diurut, bengkung isteri. Jangan lupa sapu minyak panas supaya badan isteri tidak masuk angin. Bagi isteri yang bersalin normal, suami perlu bakar tungku antara 10 hingga 15 minit supaya isteri dapat bertungku. Lapik tungku dengan daun herba seperti daun kunyit dan mengkudu. Tungku isteri sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Daun kunyit boleh dibeli di kedai runcit atau di pasar tani.
6. Bagi Isteri Makan Jamu
Bagi menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman isteri, belikan jamu atau herba. Tanya isteri atau ibu mentua agar memilih produk yang tepat. Pasti kan isteri makan jamu secara konsisten untuk kesan yang terbaik.
7. Beli Ubat Lembutkan Najis
Suami kena tahu, lepas bersalin biasanya bahagian intim isteri dijahit. Jadi ramai isteri yang fobia nak buang air besar. Bagi isteri minum air suam secukupnya agar tidak sembelit. Suami juga boleh beli ubat lembutkan najis di farmasi.
8. Pastikan Isteri Cukup Rehat & Bagi Sokongan Moral
Emosi isteri biasanya mudah terganggu dalam pantang kerana isteri penat dan melalui proses penyembuhan selepas ‘bertarung nyawa’. Jadi suami kena banyak bersabar dan bagi sokongan moral. Pasti kan isteri cukup rehat dan cukup tidur. Jika baby berjaga malam, suami kena bergilir dengan isteri menjaga baby.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila mak-mak datang stres dan tertekan dengan kerja yang dilakukan, dirasakan seluruh hari yang dilalui ada saja yang tidak kena. Mulalah rasa cepat marah dan lebih teruk anak-anak pun turut terbabit.
Tapi, bersyukur kalau jenis mak-mak yang mampu asingkan rasa cepat marah dengan keadaan sekeliling. Sebab ada sesetengahnya, bila rasa stres, boleh tengok pada riak wajah dan ada kalanya, nak bercakap pun malas.
Bila dah terbiasa dengan cara begini, kita tak mampu nak kawal diri dan semua perkara yang kita buat, mulalah rasa serba tak kena.
Jangan begitu, bila mak-mak rasa vepat marah, orang terdekat turut alaminya. Kena ubah fikiran supaya hati kita rasa tenang dan gembira. Inilah yang dikatakan ‘berdamai dengan hati’, seperti yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi.
“Tahniah Wa. Kau berjaya tahan marah. Alhamdulillah.” “Banggalah dengan ko. Ko berjaya masak sarapan. Alhamdulillah. “ “Syukur Wa, ko berjaya selesaikan tugas! Lahaulawalaquwataillah billah.”
Ini dialog yang biasa saya guna setiap kali berjaya buat sesuatu. Saya akan cakap dalam hati dengan bersungguh. Seolah-olah macam cakap dengan sahabat yang paling saya sayang.
Tak sangka, dengan hanya buat benda ni, saya lebih tenang. Tak mudah marah-marah.
Sebab itu rupanya penting kita berdamai dengan diri sendiri. Bila saya usaha berdamai dengan diri sendiri, saya lebih mudah berdamai dengan anak-anak.
Bila suara hati saya lembut bercakap dengan diri sendiri, suara kat mulut pun akan jadi lembut bila bercakap dengan orang.
Kita ni, sejak dari kecil lagi, hati dah jenuh kena lenyek dengan kata-kata orang. Sampai rasa diri tak cukup baik, tak cukup bagus.
Sampai suara hati pun dah tak mampu cakap baik tentang diri. Asyik kondem diri. Hinggakan tak nampak potensi yang Allah dah bagi.
Apa kata, hadirkan rasa sayang pada diri.
Self love, care and respect.
Thats how you take your power back.
Hargai Diri
Kalau diri sendiri pun kita tak boleh sayang, macam mana kita nak sayang orang lain.
Tolong, hargai diri sendiri. Kalau tak berjaya buat sesuatu, tepuk bahu. Pujuk diri macam kita pujuk orang yang paling kita sayang.
“It’s ok babe. Cuba lagi ok. Kau pasti boleh.”
Jangan hukum diri seolah-olah tak ada hari esok. Seolah takde cara nak baiki silap.
Tolong ucap terima kasih pada diri. Pegang tangan, dan katakan,
“Wow…banyak dah kerja kau buat hari ni. Kuat kau ni. Akan bangga dengan kau. Esok kita buat benda yang sama ok! Terima kasih Allah bagi aku kekuatan.”
Tolong izinkan diri rehat kalau dia letih,
“Takpe, rehat dulu. Take time to recharge. Esok bangun dengan segar, ok!”
Sampai satu masa, kita harus hormat dengan diri sendiri. Cukuplah percayakan mulut yang tak reti hormat pada kita. Sisihkan mulut mereka yang tak memahami. Bukan sebab kita taknak hormatkan mereka. Tapi sebab kita lebih perlu hormatkan diri sendiri.
Salam sayang.
MW: Paling mudah, sematkan dalam hati dengan perkara yang positif dan baik-baik. Barulah hati pun rasa tenang.
Dari sejuta untung ke RM10 juta, Richworks bantu usahawan bumi Borneo. Dengan strategi yang tepat dan ilmu yang dipelajari, penyertaan dalam dunia perniagaan sebenarnya...