Kalau sebut bermalam di hotel, bukan setakat anak-anak saja seronok, mak ayah pun sama. Mungkin sebab suasananya berbeza dengan rumah.
Boleh dikatakan tidur di rumah dengan bermalam di hotel tak ada bezanya sebab rata-rata rumah sekarang sudah ada pengahwa dingin dalam bilik, tilam empuk dan sebagainya.
Tapi, mungkin suasana di hotel ini boleh membuatkan rasa tekanan atau kerja rumah yang ada dapat dilupakan buat sementara waktu. Inilah masa untuk berehat dari luar kediaman kita.
Selalunya, kalau tidur di rumah, semua lampu mesti tutup, ada pun lampu tidur. Namun, ada mak-mak yang tak boleh tidur kalau ada cahaya lampu. Lagi tak lena dibuatnya.
Walau bagaimanapun, kalau bermalam di hotel, jangan ditutup semua lampu sebelum tidur. Kenalah buka lampu terutamanya lampu dalam tanda, sekurangnya adalah samar-samar cahaya.
Bukan itu saja, kena buka lampu tanda kalau bermalam di hotel, ada sebabnya yang perlu anda tahu. Ikuti perkongsian ini.
Tahukah anda, jika kita menginap di hotel, orang nasihatkan supaya jangan biarkan lampu tandas tutup, sebaliknya biarkan terpasang setiap masa. Di bawah ada tiga sebab kenapa kita biarkan lampu tandas terpasang.
PERTAMA:
Sebagai persediaan untuk keluar jika ada sesuatu berlaku
Contohnya kemalangan yang tak disangka ataupun untuk melihat sesiapa yang masuk ke bilik hotel kita kerana cahaya dari lampu tandas dapat membuatkan kita melihat sesiapa yang masuk melalui pintu bilik.
Jadi kita akan dapat membuat persediaan jika orang yang masuk adalah sesiapa yang tidak kita kenali.
KEDUA:
Untuk lebih selesa dan selamat jika kita ingin menggunakan tandas pada malam hari.
Ads
Ketika tidur di hotel, biasanya pada waktu malam hari kita mudah terbangun kerana ingin ke tandas. Oleh kerana kita dalam keadaan ‘mamai’ dan mengantuk, memudahkan kita untuk terus ke tandas tanpa perlu mencari suis lampu.
KETIGA:
Kita akan lebih nyenyak tidur.
Menurut kajian yang dilakukan menyalakan lampu tandas akan membuatkan kita tidur lebih nyenyak. Sesetengah orang berfikir, jika lampu tandas terpasang akan membuatkan kita susah tidur tetapi tidak sebenarnya.
Lampu bilik air yang redup dan jauh dari tempat tidur tidak akn membuatkan kita terganggu. Malahan kita akan berasa lebih selamat dan tidak merasa asing berada di tempat baru.
Ini kerana kita selalu terfikir perkara yang menakutkan yang pernah kita dengar atau baca. Jadi dengan memasang lampu kita akan berasa lebih selamat dan tidak membuatkan kita berfikir benda yang bukan-bukan semasa di hotel.
Ads
Mingguan Wanita : Ada betulnya. Sekurangnya kalau buka lampu tandas, lampu meja tak perlu buka dan tak adalah silau. Tidur pun lebih nyenyak.
Bukan senang mak ayah nak handle budak-budak baru nak up ya, tambah kalau yang tengah mabuk bercinta.
Ini antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang bergelar wartawan, apabila ditugaskan untuk membuat liputan berkaitan kesalahan juvana di Sekolah Henry Gurney di Melaka. Walau pun lebih 15 tahun berlalu, ia tetap terpahat kukuh di ingatan.
Terkejut Dengan Kesalahan Remaja
Saya berkesempatan menemu bual dua pesalah juvana yang ditempatkan di sekolah tersebut. Ketika dibawa berjumpa mereka, saya tak dapat agak apa kesalahan mereka sehingga ditempatkan di situ. Tengok gaya, mereka sama saja seperti remaja berusia 15 – 16 tahun yang lain. Tergamam dan terkedu apabila pegawai yang mengiringi memberitahu dua remaja tersebut ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan rogol! Saya bayangkan mungkin mereka ditahan kerana mencuri. Tengok muka, memang tak percaya. Remaja yang dikaitkan dengan merogol itu, saya tengok muka, macam bersunat pun belum! Muka innocent habis! Tak terjangkau dek minda macam mana dia boleh terlibat dengan kes rogol beramai-ramai?
Antara faktor utama yang boleh saya katakan, pengaruh rakan-rakan. Apabila melihat rakan-rakan mewah, mereka pun nak hidup mewah hingga sanggup buat apa saja demi duit. Bila berada dalam kumpulan, mereka ‘lupa diri’ dan sanggup melakukan sesuatu yang mungkin mereka tak berani buat jika berseorangan.
Cara Didik Budak-budak Baru Nak Up
Bila bercakap tentang remaja, cukup hebat tanggungjawab ibu bapa zaman sekarang. Tak kira yang ada anak lelaki atau anak perempuan. Tak tidur malam dibuatnya. Ada ibu bapa yang rasa anak-anak mereka ‘selamat’ sebab asyik berkurung dalam bilik saja. Tak pernah keluar dengan kawan-kawan. Oh no! Jangan silap ye. Dalam bilik pun macam-macam boleh jadi lebih-lebih lagi jika ada telefon bimbit dan lap top. Mungkin diri mereka terkurung dalam bilik, tapi mereka boleh berinteraksi dengan sesiapa saja di alam maya. Ini lagi bahaya! Sekarang ini macam-macam boleh jadi.
Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk didik anak-anak remaja. Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan cara saya ini. Tapi bagi saya, lebih elok kalau kita boleh jadi ‘kawan’ anak-anak kita. Seseorang yang mereka selesa dan boleh berkongsi apa saja termasuk soal cinta. Sekurang-kurangnya kita tahu rentak mereka dan boleh pantau dan menasihati mereka.
Anak lelaki saya kini berusia 14 tahun. Budak-budak baru nak up orang kata. Walau pun dia anak lelaki, tapi saya tetap bimbangkan dia sepanjang masa. Jadi saya cuba untuk latih dia supaya selesa untuk berbual dan berkongsi apa saja dengan saya termasuk soal rakan-rakan dan cinta. Bayangkan, pada usia lapan tahun saya dia sudah mendapat surat cinta! Kelakar sebenarnya sebab waktu itu membaca pun dia belum lancar. Begitu juga bila tiba-tiba ketika saya sibuk di ofis, dia telefon minta kebenaran nak pergi ‘dating’ di sekolah agama! Mak Ai! UPSR pun belum lepas dah sibuk nak dating. Saya tak marah malah saya nasihatkan dia. Saya benarkan tapi dengan pesanan, pergi jangan berdua dan jangan sesekali pegang dan sentuh anak dara orang walau tangan dia sekali pun. Saya jelaskan, selain berdosa, silap hari bulan dia boleh dituduh membuat gangguan seksual! Naya kan..nak masuk penjara?
Saya tak nak jadi ibu yang terlalu keras dalam soal ini. Bukan saya menggalakkan dia bercinta di usia muda atau bebas bergaul, tapi budak-budak zaman sekarang ni lain. Kalau kita tegah, di belakang kita tetap dia buat. Mungkin lagi teruk. Lebih baik kita bersikap sporting dan dalam masa yang sama kita bagi tunjuk ajar. Kadangkala mereka tak sedar apa risiko yang mereka hadapi.
Kita sering dengar pasangan remaja yang melakukan hubungan seksual secara suka sama suka. Tapi si lelaki tidak sedar, jika pasangan mereka itu di bawah umur dan jika sesuatu terjadi dan si perempuan itu membuat laporan polis, si lelaki boleh dianggap merogol! Agak-agak apa hukuman bagi kesalahan merogol??!
Dan yang paling penting, ilmu agama mesti diterap secukupnya dalam diri anak-anak kita. Bila agama ada di dalam dada, insya-Allah, dia akan dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Semoga Allah SWT jauhi anak-anak kita daripada segala kemungkaran.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada macam-macam cara mak-mak boleh buat untuk simpan barang basah dalam peti ais di rumah. Salah satunya sebagai mana yang dikongsikan wanita ini, Miemiey Apple Berry adalah menggunakan plastik ziplock.
Ianya lebih mudah, dan menjimatkan ruang. Dalam masa saya, senang untuk mak-mak asingkan siap-siap jumlah barang basah ikut kegunaan setiap hari.
Malah, cara ini juga memudahkan dirinya menyediakan bento untuk makanan harian anak-anaknya ke sekolah.
Asingkan Lauk Basah Dalam Plastik Ziplock
Bersihkan barang basah dan asingkan dalam bekas siap-siap sebelum dipindahkan ke dalam plastik ziplock yang lebih kecil.
Boleh dibahagikan ikut hari penggunaan.
Kongsinya,
Pagi ni saya anak share cara saya asingkan dan simpan lauk pauk dalam peti ais.
Tips ni saya gunakan ziplock untuk lebih cepat penyediaan bento anak-anak ke sekolah.
Memandangkan kita dah nak puasa (ketika status dimuat naik pada 10 April 2021). Jadi dengan cara ni sangat senang kita keluarkan lauk yang kita nak masak waktu berbuka dan sahur.
Ruang dalam peti pun boleh digunakan sepenuhnya. Ada juga saya letak dalam bekas tapi bekas-bekas kecik je kalau yang berkuah @ lauk untuk goreng.
Gambar ni saya nak cepat masa nak masak sebab lupa keluarkan awal.. tapi lagi bagus keluarkan awal lauk defrost sendiri.. kalau nak cepat tak nak letak air dalam plastik boleh letak air dalam bekas rendam dengan plastik pun cepat.
Mana Nak Dapatkan Plastik Ziplock
Plastik ziplock ada yang gunakan semula, ada yang pakai buang. Bergantung pada penggunaan dan jenis plastik.
Ziplock korang boleh beli dekat kedai eco, Mr. DIY, Daiso dan mana-mana pasaraya yang terdekat. Ada macam-macam saiz. Jadi pilih je saiz yang sesuai korang nak guna.
Untuk sayur dalam peti sejuk pun saya basuh dan letak dalam ziplock ni juga.
Lebih tahan lama tempoh hayat kesegaran sayur tu.
Harap dapat membantu memudahkan kerja masak memasak untuk yang tersayang. Jangan lupa masak sedap-sedap tau.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Setiap makanan yang diberikan pada ada bulus berbeza-beza, lebih-lebih lagi kucing kacukan. Bagi anak bulus yang dah biasa makan isi ikan, semestinya pemilik akan beli stok makanan untuk kucing kesayangan.
Sudah pasti setiap orang yang membeli anak bulus ini mahu melihat kucing yang dipelihara itu sihat, gebu dan paling penting gemuk. Kadang-kadang ada yang pelik apabila melihat anak bulus yang dijaganya sama saja, tidak gemuk dan sama saja. Sedangkan sudah pelbagai cara dilakukan untuk memastikan kucing kesayangan itu gemuk dan sihat.
Sebenarnya, untuk gemukkan kucing mudah sahaja terutamanya kucing yang sudah biasa makan ikan yang dijadikan makanannya setiap hari.
Campurkan isi ikan dengan roti yang kita makan ini dan berikan kepada kucing kesayangan Gerenti akan bertambah debab kucing itu nanti. Itulah yang dikongsikan oleh Sara Fini dalam nak gemukkan kucing peliharaan.
Rasanya, cukup mudah bahan yang digunakan untuk menggemukkan kucing peliharaan. Hanya dua bahan sahaja sudah cukup. Apa yang boleh dikatakan, ikan itu perlulah direbuskan dahulu dan gantikan nasi dengan roti yang telah digunting.
Ingat! Pastikan ikan yang direbus itu tidak masin. Sebab ini boleh menyebabkan bulu kucing anda akan gugur. Mengikut kesesuaian kucing anda.
Resepi:
1. Roti gardenia digunting
2. Isi Ikan rebus
Ikan yang biasa berikan pada anak bulus.
Inilah bahan-bahannya.
Gunting roti tersebut.
Pastikan asingkan isi ikan dan tulang terlebih dahulu.
Gaul sebati isi ikan dan roti yang telah digunting tadi.
#kaksarasharing
MW: Nanti boleh cuba di rumah. Gantikan nasi yang biasa kita bagi dengan roti. Nanti lihatlah hasilnya.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.