budak-budak baru nak up

Bukan senang mak ayah nak handle budak-budak baru nak up ya, tambah kalau yang tengah mabuk bercinta.

Ini antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang bergelar wartawan, apabila ditugaskan untuk membuat liputan berkaitan kesalahan juvana di Sekolah Henry Gurney di Melaka. Walau pun lebih 15 tahun berlalu, ia tetap terpahat kukuh di ingatan.

Terkejut Dengan Kesalahan Remaja

Saya berkesempatan menemu bual dua pesalah juvana yang ditempatkan di sekolah tersebut. Ketika dibawa berjumpa mereka, saya tak dapat agak apa kesalahan mereka sehingga ditempatkan di situ. Tengok gaya, mereka sama saja seperti remaja berusia 15 – 16 tahun yang lain. Tergamam dan terkedu apabila pegawai yang mengiringi memberitahu dua remaja tersebut ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan rogol! Saya bayangkan mungkin mereka ditahan kerana mencuri. Tengok muka, memang tak percaya. Remaja yang dikaitkan dengan merogol itu, saya tengok muka, macam bersunat pun belum! Muka innocent habis! Tak terjangkau dek minda macam mana dia boleh terlibat dengan kes rogol beramai-ramai?

Antara faktor utama yang boleh saya katakan, pengaruh rakan-rakan. Apabila melihat rakan-rakan mewah, mereka pun nak hidup mewah hingga sanggup buat apa saja demi duit. Bila berada dalam kumpulan, mereka ‘lupa diri’ dan sanggup melakukan sesuatu yang mungkin mereka tak berani buat jika berseorangan.

IKLAN

Cara Didik Budak-budak Baru Nak Up

Bila bercakap tentang remaja, cukup hebat tanggungjawab ibu bapa zaman sekarang. Tak kira yang ada anak lelaki atau anak perempuan. Tak tidur malam dibuatnya. Ada ibu bapa yang rasa anak-anak mereka ‘selamat’ sebab asyik berkurung dalam bilik saja. Tak pernah keluar dengan kawan-kawan. Oh no! Jangan silap ye. Dalam bilik pun macam-macam boleh jadi lebih-lebih lagi jika ada telefon bimbit dan lap top. Mungkin diri mereka terkurung dalam bilik, tapi mereka boleh berinteraksi dengan sesiapa saja di alam maya. Ini lagi bahaya! Sekarang ini macam-macam boleh jadi.

Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk didik anak-anak remaja. Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan cara saya ini. Tapi bagi saya, lebih elok kalau kita boleh jadi ‘kawan’ anak-anak kita. Seseorang yang mereka selesa dan boleh berkongsi apa saja termasuk soal cinta. Sekurang-kurangnya kita tahu rentak mereka dan boleh pantau dan menasihati mereka.

IKLAN

Anak lelaki saya kini berusia 14 tahun. Budak-budak baru nak up orang kata. Walau pun dia anak lelaki, tapi saya tetap bimbangkan dia sepanjang masa. Jadi saya cuba untuk latih dia supaya selesa untuk berbual dan berkongsi apa saja dengan saya termasuk soal rakan-rakan dan cinta. Bayangkan, pada usia lapan tahun saya dia sudah mendapat surat cinta! Kelakar sebenarnya sebab waktu itu membaca pun dia belum lancar. Begitu juga bila tiba-tiba ketika saya sibuk di ofis, dia telefon minta kebenaran nak pergi ‘dating’ di sekolah agama! Mak Ai! UPSR pun belum lepas dah sibuk nak dating. Saya tak marah malah saya nasihatkan dia. Saya benarkan tapi dengan pesanan, pergi jangan berdua dan jangan sesekali pegang dan sentuh anak dara orang walau tangan dia sekali pun. Saya jelaskan, selain berdosa, silap hari bulan dia boleh dituduh membuat gangguan seksual! Naya kan..nak masuk penjara?

IKLAN

Saya tak nak jadi ibu yang terlalu keras dalam soal ini. Bukan saya menggalakkan dia bercinta di usia muda atau bebas bergaul, tapi budak-budak zaman sekarang ni lain. Kalau kita tegah, di belakang kita tetap dia buat. Mungkin lagi teruk. Lebih baik kita bersikap sporting dan dalam masa yang sama kita bagi tunjuk ajar. Kadangkala mereka tak sedar apa risiko yang mereka hadapi.

Kita sering dengar pasangan remaja yang melakukan hubungan seksual secara suka sama suka. Tapi si lelaki tidak sedar, jika pasangan mereka itu di bawah umur dan jika sesuatu terjadi dan si perempuan itu membuat laporan polis, si lelaki boleh dianggap merogol! Agak-agak apa hukuman bagi kesalahan merogol??!

Dan yang paling penting, ilmu agama mesti diterap secukupnya dalam diri anak-anak kita. Bila agama ada di dalam dada, insya-Allah, dia akan dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Semoga Allah SWT jauhi anak-anak kita daripada segala kemungkaran.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI