“Jangan tunggu sampai bapa sudah tak ada” itulah antara luahan Datuk Yusof Haslam. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.
Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi cahaya mata tercinta.
Walaupun kita tidak sependapat dengan ibu atau bapa, jangan sesekali meninggikan suara, membentak atau bercakap dalam nada keras ketika sedang berbicara dengan mereka. Setiap orang ada pandangan tersendiri, sesuai dengan keadaan dan kehendak diri. Jadi, hormati pandangan atau pendapat ibu bapa walaupun ia kedengaran tidak logik pada anda.
Seperti yang diketahui umum, konflik keluarga antara Syamsul Yusof dan ibu bapanya sudah lama berlaku. Terbaru menerusi perkongsian rancangan Melodi, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa terhadap anak lelakinya Syamsul Yusof.
“Jangan Tunggu Sampai Bapa Sudah Tak Ada”
Menurut Datuk Yusof, Syamsul sudah bertahun tidak pulang ke rumah. Malah dirinya memberi nasihat buat anaknya agar pulanglah ke rumah dan lupakan sengketa dan berbaik dengan keluarga.
Bukan sekadar Datuk Yusof malah isterinya Datin Patimah Ismail juga sentiasa mendoakan Syamsul dan tidak menyimpan dendam terhadap anaknya itu.
“Kami sudah nak menjangkau usia 70 tahun pada tahun depan… Ramai rakan seperjuangan saya sudah pergi. Kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapa kau sudah tak ada, baru nak cari!
“Jangan anggap apa yang ibu bapa luah itu untuk merendahkan kamu. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik.
“Papa rasa jiwa kamu akan lagi tenang kalau kamu berbaik dengan ibu (terutamanya) dan keluarga. Wang bukan segala-galanya. Dalam solat kami sentiasa mendoakan yang terbaik,” ungkapnya.
Ads
Rindu Syamsul
Walau akui dirinya dan isteri rindui Syamsul namun mereka reda dengan sikap anaknya yang tidak mahu berjumpa dengan mereka lagi.
“Mestilah rindu, kita sayang anak kita, kan?
“Tiada istilah benci anak sendiri tapi saya sudah letih dengan semua ini,. Jiwa saya dan isteri sudah tenang dan terima semua yang berlaku ini.
“Saya doakan agar filem-filem Syamsul mendapat sambutan baik. Papa tetap akan menyokong kamu,” sambungnya.
Kali Terakhir Berhubung Menerusi Telefon Setahun Lalu
Ibu bapa mana yang tidak merindui anak, Datuk Yusof mendedahkan kali terakhir bercakap dengan Syamsul menerusi telefon sekitar setahun yang lalu.
“Saya pun tak ingat bila, seingat saya tahun lepas masa mak mentua saya sakit. Ibunya ada hubungi dia, masa itu saya ada berbual sekejap.
“Tapi sebelum itu, dah bertahun dia tak balik. Tak apa saya tak marah, tak anggap bukan-bukan.
“Kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera,” luahnya.
Allah… sangat mengejutkan apabila dua remaja lelaki ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi dengan aircond dan enjin kereta yang masih hidup di Kampung Jaya Baru, Kinabatangan, Sabah.
Dalam kejadian jam 11.46 pagi itu, Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, keduanya 19 tahun ditemui mati di kerusi hadapan kereta yang dipakir di tepi jalan raya kampung terbabit gara-gara tersedut gas karbon aircond.
Mohon sangat kepada orang ramai yang nak berhenti rehat atau tidur dalam kereta, buka sikit cermin kereta untuk udara luar.
Bahaya Penggunaan Aircond Kereta
1. Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.
2. Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta, oksigen semakin berkurang.
3. Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% sahaja, kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, tak bangun dan tidak keluar dr kereta, maka kita akan collapse atau tidak sedarkan diri.
4. Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa tak sedarkn diri tu kita masih bernafas dan apabila mencapai 10%, oksigen sudah tak dapat dihantar ke otak dan sistem tubuh tidak dapat berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian
5. Apabila kereta bergerak ok sahaja kerana semasa kereta bergerak, oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin bukan hanya oksigen yang sama circulate.
6. Jika nak rehat macam tu memang boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.
7. Ketika jalan sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yang masuk ke dalam kereta adalah kurang. Itu adalah tanda yang kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas, tak salah buka aircond dan buka tingkap sedikit.
8. Karbon monoksida dari ekzos bukanlah penyebab semata-mata kematian kerana karbon monoksida dari kenderaan juga terkawal melalui catalyst converter dan dilepaskan oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Untuk menyebabkan kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yang kenderaan lepaskan.
Jadi selepas kes ini, tolong lah panjangkan kepada keluarga dan kawan-kawan terdekat jika mereka biasa berjalan jauh demi keselamatan.
Kredit info aircond: Malaya Hari Ini
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mukjizat bacaan Al Quran memang istimewa. Setiap baris ayatnya mampu melembutkan hati dan memberikan hidayah buat sesiapa yang mendengarnya. Apatah lagi dibaca dengar begitu merdu mengikut taranum dan bacaan tajwid yang betul.
Penyanyi dari negara Amerika Syarikat, Jennifer Grout menarik perhatian ramai apabila berkongsikan sebuah video dirinya mengalunkan bacaan Ayat Kursi dengan begitu merdu sekali dan cukup hukum tajwidnya.
Tarannum Ayat Qursi
Jennifer memeluk Islam pada 2014 merupakan penyanyi Amerika telah memuat naik bacaan ayat ke-255 surah al-Baqarah itu secara bertarannum dan bersahaja di Instagram miliknya.
Menerusi statusnya, Jennifer memberitahu, guru muzik Arabnya telah menasihatkan supaya selalu mendengar bacaan Al-Quran untuk mahir bahasa Arab dan menjadi seorang penyanyi muzik Arab yang hebat kerana sebahagian besar ikon muzik Arab bermula dengan menguasai bacaan al-Quran secara tepat.
Asah Teknik Vokal & Nyanyian
Beliau berkata, pembacaan al-Quran adalah seni untuk dirinya, pada masa sama dapat mengasah teknik vokal dalam nyanyian bahasa Arab.
Menurut laporan media tempatan, Jennifer meminati muzik Arab pada 2010 ketika menyambung pelajaran di Kanada dan mula berjinak dalam muzik tersebut selepas membuat persembahan di kafe Syria sekitar Montreal serta berpindah ke Maghribi selepas graduasi.
Di sana, dia telah berkahwin dengan seorang lelaki tempatan dan memeluk agama Islam.Nama beliau juga melonjak apabila terpilih untuk ke pusingan akhir program ‘Arabs Got Talent’ beberapa tahun dahulu.
Sementara itu, video berdurasi 2 minit 14 saat itu tular dan netizen menyifatkan suara penyanyi itu sungguh merdu serta memukau.
A post shared by Jennifer Grout (@jennifer_grout_official) on
MW: Alhamdulillah. Mukjizat ayat-ayat Al Quran mampu memikat jiwa. Semoga penyanyi ini berterusan diberikan hidayah dalam kehidupan, istiqamah menjadi muslimah dan mengamalkan ajaran Islam sebenar.
Tiba musim ‘GV’ ruang masa bersama suami terhad, penyanyi dan usahawan Datin Alyah akur dengan kesibukan yang dilalui suami.
Mengakui ruang masanya bersama suami, Datuk Ramli MS menjadi agak terhad setiap kali tibanya program Gegar Vaganza (GV) setiap tahun.
Tiba Musim ‘GV’ Ruang Masa Bersama Suami Terhad
Bagaikan sudah terbiasa dengan jadual sebegini setiap tahun, Alyah anggap GV seperti acara tahunan.
“Jujurnya tiap kali tiba ‘musim’ GV, memang rutin jadual kami jadi agak berbeza. Jarang dapat makan luar sama-sama. Iyelah, kata orang ia acara tahunan.
“Jadi jadual Tok Ram agak padat sebab bermula Selasa, dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya.
Aqil Pun Bijak Tahu ‘Uncle’ Ramli Sibuk
“Saya sedia maklum dengan situasi itu. Malah Aqil (anak saudara) yang sering isi masa bersama kami pun sudah faham. Bila ada sahaja iklan GV di kaca TV, dia akan cakap ‘uncle’ sibuk, tak boleh bawa jalan-jalan. Untuk ubati rasa rindu, mereka akan ‘video call’.
“Tapi saya percaya bukan Tok Ram saja yang sibuk, artis bertanding dan produksi pun turut sama beri komitmen yang tinggi. Masing-masing cari rezeki,” ungkapnya.
Kolaborasi Perniagaan Bersama Kamya Glow
Ditanya tentang perkembangan terbarunya, Alyah baru memerterai perjanjian di antaranya dan Kamya Glow. Malah Alyah juga melihat usaha ini sebagai satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaannya bersama Kamya Glow di dalam bidang kecantikan dan kesihatan.
Alyah juga turut memberitahu Kamya Glow juga sedang menjalankan kempen ‘Mencari Wajah Kamya’ yang mana 30 pengguna baik lelaki atau wanita akan dipilih untuk menggunakan produk Kamya Glow selama sebulan secara percuma.
Alyah menyarankan mereka turut membuka peluang kepada mana-mana pengguna untuk mengambil peluang meningkatkan pendapatan menerusi program ‘dropship’ dan ejen yang sedia ada.
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...