Ada mak ayah berkira-kira dan rasa duit habis atau tak cukup kalau belanja anak. Fikirannya, kalau gunakan duit itu, perbelanjaan lain akan terbantut dan tidak dapat untuk membeli keperluan keluarga yang sepatutnya.
Pernah tak terjadi, anak merengek-rengek untuk beli makanan kegemaran yang sudah lama tidak dimakan. Sedangkan mak ayah mula merasakan duit habis kalau digunakan untuk membeli yang lain sebab duit yang ada untuk keperluan asas atau simpan duit untuk digunakan waktu kecemasan.
Namun, ada juga mak ayah yang tidak sanggup untuk melihat anak dalam keadaan begini tanpa menunaikan apa yang mereka hajati. Sebolehnya, ayah akan cuba sedaya upaya untuk tunaikan apa yang diingini oleh anak mahu pun isteri walaupun terpaksa bersusah payah.
Sebab itu, baik mak atau ayah tak berkira dengan anak-anak, tidak mustahil rezeki makin bertambah. Kadang-kadang kita tak tahu ada rezeki terpijak yang kita perolehi. Jadi, janganlah terlalu berkira dan takut duit habis sebab gunakan untuk belanja anak isteri.
Kita tak tahu asbab dari mereka inilah rezeki makin bertambah-tambah tanpa kita duga. Begitu juga dengan perkongsian daripada Kartini Sulaiman tentang perkara ini.
Kadang-kadang kita tidak duga macam mana Allah susun rezeki kita dengan baik sekali.
Semalam suami tanya nak beli apa-apa tak? Dia ada berapa ringgit ni.
Selepas itu, saya bagitau pada suami sambil gelak-gelak.
“Kita ini makin kurang duit makin la nak belanja”
Dia cakap balik, tak apa, esok ada tu masuk rezeki.
Ads
Hari ini, tiba-tiba betul payment masuk. Allah balas balik 100 kali ganda dengan apa yang suami keluar untuk belanja isteri dan anak-anak semalam.
Itu suami cakap, belanja anak isteri ini berkat. Sebab itu, dia sekarang tak pernah takut kalau duit dah susut belanja untuk anak isteri.
Lagi satu, jangan berharap dengan manusia kata suami.
Kadang ada orang beria nak invite show, register class dan sebagainya. Jadi kita pun berharap la terus close deal. Sekali tiba-tiba senyap.
Ads
Tapi cuba kalau tak fikir, tak berharap. Cuma percaya rezeki tu Allah akan bagi. Usaha dan serah pada Allah. Tak disangka-disangka, tiba-tiba adalah rezeki masuk mencurah-curah.
Percayalah suami-suami. Bila kita utamakan sedekah dengan anak isteri, mak ayah, rezeki kita akan berkat dan berpanjangan.
Kalau rasa tersekat, sangkut-sangkut tu, ada la hak anak isteri atau orang lain kita tak lunaskan. Dia macam tak flow. Bila tak keluar, dia takkan masuk lah.
Macam mana nak kaya kan?
MW: Fikir satu saja, rezeki yang mak ayah ada ini adalah rezeki daripada anak-anak juga. Jangan takut dan berkira untuk keluarkan duit atau belanja demi anak-anak.
Mungkin ada lelaki rasa tak penting tetapi percayalah kalau anda ingat tarikh-tarikh penting dalam rumah tangga, anda lebih dihargai kaum isteri.
Untung-untung boleh dapat rezeki dua kali ganda sebab isteri selit doa dalam kegembiraannya.
Begitulah hidup, kalau pandai menghargai dan mengambil hati… ganjarannya pasti bahagia. Inilah yang Puan Nieza Termizi cuba kongsikan, terbit bahagia bila suami tak pernah lupa tarikh-tarikh penting. Walau cuma ucapan, itu lebih bermakna bila dengar dari mulut orang yang kita sayang.
Nah, jemput baca…
Ada pasangan masih tak perasan macam mana nak baiki hubungan.
Kita duduk sebumbung
Kita ke tempat kerja bersama
Kita ada anak-anak
Kita gembira kita bahagia
Kita ok!
Benarkah?
Susah nak cari kayu pengukur kita happy dan kita gembira, bila apa yang kita buat setiap hari adalah kerja rutin.
Pagi-pagi kejutkan pasangan, siapkan anak-anak, sarapan bersama, bersiap ke tempat kerja. Berjumpa semula selepas tamat waktu bekerja, siapkan hidangan makan malam sementara suami tengokkan anak-anak. Makan malam bersama, solat dan bersiap untuk tidur. Esoknya, rutin sama berulang lagi.
Itulah kerja rutin.
Terlupa… ada kelompongan dalam hati. Lompongnya jadi makin besar dan dalam dari sehari ke sehari.
Tapi bila kita buat sesuatu yang berbeza dari hari semalam, sedikit demi sedikit, tabung emosi terisi. Level bahagia naik tak henti-henti. Senyum meleret sampai ke dinihari.
Sumpah!
Kita tak pernah kisah orang lupa hari jadi, hari anniversary, hari ulang tahun pertemuan, hari memula kita diijabkabulkan, hari kita menjadi halal untuk bersentuhan.
Sehinggalah pada satu ketika, bila ‘ujian’ dalam rumah tangga datang. Kita tersentak.
Sahabat-sahabat,
Tolong jangan abaikan tarikh-tarikh penting suami dan isteri. Bunyinya macam tak islamik. Takde dalam sunnah. Walhal nak buat sesuatu yang romantik dan tunjukkan kasih sayang, hari-hari pun boleh. Kata hati kita..
Jangan tipu diri sendiri. Berbalik kepada apa yang saya mention kat atas tadi. Hari-hari mengulang kerja rutin. Selalu yang berlaku, kita tak punya ada masa dan kesempatan pun untuk buat pasangan kita hatinya berbunga-bunga.
Sekeping coklat yang harganya di bawah RM5 dan sekeping kad ucapan tu macam biasa-biasa aja. Tapi tanpa kita sedar, Allah bagi rahmat atas setiap usaha kita mengambil hati pasangan. Kasih sayang kerana Allah. Kasih sayang yang membawa ke syurga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bilik rahsia Ozlynn persis kedai runcit, hanya mak-mak mengerti keseronokan ini. Benar tu bila di dapur penuh pelbagai barangan memasak, cukup senang hati golongan ibu. Mana tidaknya ruang dapur merupakan ruangan yang sentiasa digunakan dan paling penting dalam sesebuah rumah.
Bila barangan keperluan harian untuk sekeluarga sentiasa tak perlulah asyik nak berulang alik ke kedai atau pasaraya.
Seperti mana yang dikongsi oleh Ozlynn tentang bilik rahsianya, sememangnya menarik perhatian peminatnya. Mana tidaknya di dalam rumah mereka mempunyai ruang ‘rahsia’ yang menyimpan pelbagai jenis barangan rumah.
Bilik Rahsia Ozlynn Persis Kedai Runcit
“Siapa tahu bilik rahsia aku nih, memang dorang akan selongkar. Ni baru setempat, kalau pusing kiri susu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam. Makanlah jangan hanya di pandang.
“Tisu tandas? Tisu dapur? Air zam2 pon ada. Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik rahsia ni, beras basmathi? Wangi? Biasa? Pun ada. Milo? Horlicks? Black coffee? White coffee? Organic sugar? Gula pasir? Maggi?? Ada ruang khas dalam almari.
Senang Siapa Terdesak, Memang Mereka Tahu Nak Selongkar Di Mana
“Beritahu nak ramen? Maggi kari? Bihun pama? Eh banyak jenis, senang siapa tersedak atau terdesak kawan-kawan atau adik beradik. Memang diorang tahu nak selongkar mana.
“Ni la syurga aku, hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku ni. Nak syampu ke pencuci baju ke. Memang mudah kena rembat, yang penting sebelum ambil kena ucap alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku. Yang ni memang aku paksa.
“Kaum hawa memang akan doa nak ruang ni. Aku doakan semoga korang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka.
“Paling penting bila ada rezeki jangan lupa ‘orang tepi’,” luah Ozlynn.
Poligami sebagai sunnah tetapi hukum poligami bukan sunat. Betul… poligami dibenarkan di dalam syariat Islam sebagai satu perkara yang harus, bukan wajib dan bukan sunat.
Poligami sebagai sunnah Rasulullah SAW kerana poligami dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sunnah bermaksud setiap perlakuan atau perbuatan Rasulullah, setiap perkataan atau ucapan baginda malah setiap pengakuan baginda s.a.w. Sunat pula satu hukum yg jika dibuat perkara tersebut akan dapat pahala, jika ditinggalkan tak berdosa.
Kalau Suami MAMPU
Haaaa… kalau seorang lelaki itu berkemampuan dan mampu berlaku adil serta mempunyai hasrat untuk berpoligami, diharuskan baginya untuk berpoligami. Memang wujud kes poligami yang adil dan bahagia walau purata kesnya adalah satu daripada puluhan kes poligami yang ada.
Tetapi andai suami anda berkemampuan dan boleh berlaku adil malah telah menunjukkan usaha dan kesungguhannya untuk berlaku adil, haram bagi seorang isteri untuk memohon cerai semata-mata atas alasan tidak mahu berkongsi suami.
Ya, semua wanita akan sakit hati dan tak boleh terima suaminya mempunyai cinta baru. Bukan saja dah ada cinta baru; tika suami baru berhajat nak wujudkan cinta baru pun, isteri boleh menyinga kalahkan singa betina. Sebab apa?
Fitrah wanita tak boleh berkongsi. Hati akan sakit, cemburu akan menguasai diri. Itu hakikat! Isteri Rasulullah s.a.w pun cemburu. Pernah berlaku isu sakit menyakitkan hati antara mereka. Sarah, isteri Nabi Ibrahim melakukan pelbagai cara untuk menghapuskan cinta Nabi Ibrahim kepadanya setelah mengetahui kewujudan Siti Hajar dalam hidup baginda. Apakah kita boleh katakan Nabi Ibrahim curang? Rasulullah s.a.w juga curang?
Emosi isteri tercalar? Islam bukan zalim. Emosi isteri diambil kira oleh syarak tetapi tidak diutamakan. Perlu fahami konsep redha. Poligami adalah ketentuan syarak bermaksud bukan satu musibah sebaliknya adalah hikmah. Jika suami layak, mampu berlaku adil; isteri wajib menerima perkahwinan baru si suami.
Macam mana kalau masih enggan? Enggan bermaksud anda ingkar kehendak Ilahi; anda tidak redha dan melawan takdir Ilahi. Hati sakit? Kenapa perlu sakit sedangkan suami anda berlaku adil? Tak boleh terima ada wanita lain dalam hidup suami? Siapa anda kepada suami? Suami anda hanyalah pinjaman yang dipinjamkan oleh Allah, satu hari Dia akan ambil juga.
Ada Ego Dalam Diri
Tak boleh terima juga? Itu ego anda. Bukan kasih sayang yang setia. Isteri yang setia akan membantu suaminya menjalankan tanggungjawab sebagai suami kepada dirinya dan madunya kerana madunya juga mempunyai hak yang sama dengan dirinya- dengan syarat; suami tidak abaikan tanggungjawab yang patut menurut syarak.
Tak sanggup, nak cerai? Haram bercerai jika tanpa alasan yang munasabah menurut syarak. Tidak sanggup berkongsi kasih bukan alasan yang munasabah berdasarkan syarak sebaliknya berdasarkan emosi dan hukum menuntut cerai dalam keadaan tersebut adalah haram berdasarkan satu hadis: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Mana-mana perempuan yang memohon cerai daripada suaminya tanpa sebab yang munasabah maka haram ke atasnya bau syurga.” -riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...