Setiap penceraian yang berlaku antara suami isteri, mereka perlu tempohi waktu eddah terutamanya di pihak perempuan. Satu perkara penting yang perlu dilalui oleh perempuan yang diceraikan dalam tempoh tertentu.

Walaupun pada asasnya setiap pasangan yang berkahwin tentulah inginkan rumah tangga yang dibina itu berkekalan hingga ke hujung nyawa. Namun, jika tertulis itu bukan jodoh kita, usaha macam mana pun pasti tidak dapat diteruskan.

Namun, yang menjadi persoalan sekarang, isteri yang diceriakan perlu tunggu habis eddah, sedangkan suami tidak perlu tunggu dan boleh kahwin selepas itu. Betul ke? Kadang-kadang, inilah yang menjadi persoalan bagi sesetengah pihak. Bagi persoalan ini, Khairul Fahmi Ramli ada jawapannya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kenapa Lebih Ramai Bercerai Dari Berkahwin? Peguam Amirul Akmal Kongsi Tip Suami Isteri Bahagia

Prinsip Perkahwinan Adalah Tanggungjawab, Bila Isteri Tanggung Keluarga Jadi Apa Fungsi Suami?

Info Lebih Menarik DI SINI

Masa Eddah – Halal Kahwin Adik Dan Kakak Serentak?

Ada satu drama di TV3 yang saya baru lepas tonton. Tajuknya Cinta Sekali Lagi. Biasanya saya jarang tengok drama, apatah lagi waktu Maghrib pulak tu. Senang tengok online, tak ada iklan.

Saya disuruh tengok oleh isteri saya, katanya drama ni menarik sebab watak Amani lakonan Hanah Delisha yang cuba rampas abang iparnya untuk jadi suami. Caranya, memfitnah kakaknya sendiri sehingga diceraikan.

IKLAN

Saya terbaca beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh netizen, khususnya mengenai soal memendekkan masa eddah bekas isteri.

Ada yang tanya, kenapa perlu suami tu tunggu habis eddah isteri, baru boleh kahwin dengan wanita lain?

Bukan ke dah cerai, jadi, bolehlah kahwin dengan wanita lain kan?

Kalau nak tunggu eddah orang mengandung, bukankah lama kalau nak tunggu dia bersalin jika baru dua bulan sahaja tempoh mengandung?

Ada tiga (3) keadaan si suami perlu menunggu habisnya tempoh eddah isterinya.

IKLAN

Antaranya adalah :
a) Apabila seseorang lelaki yang telah menceraikan salah seorang daripada isterinya yang keempat dan ingin berkahwin dengan isteri yang kelima. Dalam hal ini, lelaki tersebut hendaklah menunggu sehingga tamatnya tempoh eddah isterinya yang diceraikan tersebut.

b) Seseorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan talak tiga. Dalam keadaan ini, sekiranya lelaki tersebut ingin berkahwin semula dengan bekas isterinya, maka dia hendaklah menunggu sehingga isterinya berkahwin dengan lelaki lain, melakukan persetubuhan dengan suaminya yang baru, bercerai dan tamat eddah dengan suami yang baru dikahwininya tersebut.

c) Apabila seseorang lelaki yang telah pun bercerai dengan isterinya dan ingin mengahwini perempuan yang mahram dengan bekas isterinya seperti saudara perempuan kepada bekas isteri, ibu saudara kepada bekas isteri, anak saudara kepada bekas isteri dan lain-lain. Dalam situasi ini, lelaki tersebut hendaklah menunggu tempoh iddah isterinya berakhir terlebih dahulu.

Daripada ketiga-tiga keadaan ini, maka terjawablah situasi yang berlaku dalam drama tersebut iaitu lelaki yang hendak mengahwini saudara perempuan bekas isterinya, perlu selesaikan eddah bekas isterinya terlebih dahulu.

Bagi lelaki yang nak kahwin dengan wanita lain dalam tempoh eddah isteri, dia perlu memohon kebenaran poligami di Mahkamah. Cuma situasi ini tak boleh dipakai bagi lelaki yang nak mengahwini saudara perempuan bekas isterinya. Haram hukumnya dalam Islam.

IKLAN

Jadi, betullah tindakan Fahad yang menunggu habisnya eddah Amanda untuk kahwin dengan Amani. Cuma, yang tak bagusnya adalah tindakan Amani menolak kakaknya Amanda secara sengaja sehingga jatuh keguguran sewaktu mengandung tersebut. Maka, tamatlah tempoh eddah yang dilalui Amanda. Bijak tapi kejam.

Tak Boleh Kahwin Serentak

Tahukah anda?
Satu fakta yang saya nak kongsikan, di dalam Islam, tidak boleh dikumpulkan adik dan kakak dengan seorang suami serentak. Namun, pada zaman dahulu, Nabi Yaakub a.s adalah Nabi yang dibenarkan Allah melalui Syariat ketika itu yang berkahwin kakak dan adik serentak.

Nabi Yaakub dikahwini bapa saudaranya dengan anak perempuan sulung bernama Laiyah terlebih dahulu dan kemudian berkahwin dengan Rahil yang cantik iaitu ibu kepada Nabi Yusuf a.s.

Tapi ingat, Syariat pada ketika itu sahaja yang dibenarkan untuk kahwin kakak adik sekaligus tanpa menceraikan salah satunya.

MW: Kahwin atau cerai bukan perkara yang boleh dibuat main-main dan bukan untuk seronok semata-mata. Tanggungjawab dan ilmu kena ada.

Sumber: Fahmi Ramli

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI