Belum ada rezeki, itulah yang selalu kita ungkapkan kalau ada apa-apa keinginan yang kita harap sangat dan belum lagi tercapai.

Walaupun belum ada rezeki yang kita inginkan itu, tapi percayalah DIA telah berikan rezeki lain tanpa kita sedar.

Keinginan mungkin juga dari segi memperolehi anak, berkahwin, nak beli kereta, rumah dan sebagainya. Itulah yang dikatakan belum ada rezeki untuk kita daapt apa yang diidamkan.

Tapi percayalah, perancanganNya lagi hebat, DIA tak beri apa yang kita inginkan tapi DIA bagi sesuatu yang tidak kita sangka. Sebab itulah rezeki yang kita ada ini berbeza-beza.

Inilah yang dikatakan oleh Ammar Kamilin dalam perkongsiannya tentang belum ada rezeki tapi bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan. Sabar dan terus sabar.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Adik Beradik Susah, Senang Sekalipun, Bantulah Gembirakan Mereka, Inilah ‘Kunci’ Rezeki Kita Luas

Nak Hidup Berkat, Rezeki Melimpah, Amalkan ‘Micro Habit’, Kena Biasakan Tabiat Ini

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Belum Ada Rezeki Tapi Ada Nikmat Lain

“Bila nak kahwin?”

IKLAN

“Tak ada rezeki lagi nak jumpa jodoh.”

“Bila nak ada anak?”

“Tak ada rezeki lagi nak dapat anak. Sedang berusaha.”

Kahwin, ada anak, antara rezeki yang Allah berikan pada kita. Bila sebut ‘antara’, tak bermakna semua orang akan berkahwin atau mesti ada anak.

Rezeki Allah sangat luas. Datang dari pelbagai sumber. Buat yang masih belum berkahwin atau belum punyai anak, usah gundah gelana. Rezeki kalian mungkin belum datang dari sumber itu, tetapi banyak rezeki dan nikmat lain yang perlu disyukuri.

Tahu tak, kategori rezeki tu berbeza-beza. Ada orang dapat buat kebaikan, itu rezeki.

IKLAN

Terhindar dari buat kejahatan, itu pun rezeki.
Kadang, disebabkan kepandaian kita, kita dapat melakukan sesuatu yang menyumbang kepada masyarakat, itu rezeki.

Kadang, disebabkan ‘kebodohan’, kita terhindar dari buat perkara merapu. Contoh, orang lain terkinja berjoget dalam Tik Tok, nampak cantik. Kita kalau berjoget, nampak macam pokok ditiup angin. Tumbang kiri, tumbang kanan. Tak pandai. Tapi, itulah rezeki, takdelah terjebak!

Cerita rezeki ni. Hanya orang yang bersyukur dan redha dengan apa Allah bagi, akan nampak itu rezeki. Kan?

Kena pasang mata hati. Baru boleh nampak clear! Kalau tak, dok salah Tuhan macam-macam. Terlupa teropong diri sendiri.

INGAT! Jadikan Panduan

1. Allah kurniakan rezeki, bagi siapa yang bersedekah. Termaktub dalam surah al-Baqarah.
2. Allah tegaskan rezeki kita semua makhluk yang bernyawa, sudah terjamin, mesti cukup, sampai mati menjemput, firman-Nya dalam surah Hud.
3. Allah sebutkan lagi, siapa yang bersyukur, Allah tambah lagi rezeki buat dia. Dalam surah Ibrahim.
4. Bagi siapa yang punya anak ramai, jangan bimbang. Allah janjikan rezeki dalam setiap anak sudah tersedia, malah rezeki buat kita mengalir melalui anak-anak ini. Janji-Nya disebut dalam surah al-Isra’.
5. Dalam surah An-Nur, Allah janjikan rezeki bagi orang yang mahu berkahwin. Jangan bimbang takut miskin. Harta belum cukup. Insya-Allah, perkahwinan akan membawa rezeki. Dengan syarat, agama mesti letak teratas!
6. Siapa buat, dia dapat! Kata-kata ini benar. Selalu juga dipesan kepada kami dalam Akademi Bonda Nor. Buat dan terus buat. Insya-Allah, akan nampak nanti hasilnya. Bagi kawan-kawan yang sedang berusaha. Terus berusaha. Pasti akan terlihat hasilnya setimpal usaha. Ini janji Allah buat orang yang berusaha dalam surah An-Najm.
7. Allah selalu surprisekan kita! Betul kan? Dalam kita tak sangka nak dapat sesuatu, Allah beri begitu saja. Tanpa tanda! Ada yang pernah melalui pengalaman begini akan akui Maha Kaya Allah. Rezeki tak terduga ni, Allah sebutkan dalam surah at-Talaq. Memang ada. Kena percaya.
8. Selalu kan dengar, orang alim pesan, rezeki kalau rasa susah, tersangkut, lambat dapat, jauh, itu semuanya sebab kita kurang beristighfar. Kurang minta ampun pada Allah. Masya-Allah. Lafaz istighfar tu, taklah panjang. Tapi bukan semua orang mampu sebut selalu. Tapi jika Allah janji, siapa yang minta ampun pada Dia, akan Dia curahkan rezeki. Nak buat tak? Buatlah kan! Amalkan istighfar, insya-Allah, terpecah perisai dosa yang menahan rezeki daripada singgah kepada kita.

Itulah, antara ayat dalam al-Quran yang bercerita tentang rezeki. Menarik sangat kan! Tersedar, ya Allah, Maha Baik Allah. Maha Kaya. Kita tak ingat nak minta pun, Allah beri juga rezeki. Masya-Allah.

IKLAN

Mingguan Wanita : Setiap daripada kita telah ditetapkan rezeki masing-masing.

Sumber: Ammar Kamilin
https://www.facebook.com/ammarkamilin

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI