Bila ingat orang yang selalu cari pasal, mulalah bermasam muka. Paling teruk saling berdendam dan langsung tiada maaf untuk orang itu.
Tapi, kalau jenis yang lembut hati, segalanya dia bersyukur. Dapat kawan yang berdendam, menyakiti hati dan sebagainya, dia maafkan. Langsung tiada dendam.
Ada sesetengah orang pula yang mampu memaafkan apa yang telah orang lain lakukan. Tapi untuk melupakan memang tidak akan sesekali. Bila bercakap begini, seoalh-olah kita tak lupa dan lama-kelamaan akan berdendam da ningat apa yang orang buat pada kita.
Bayangkan kalau kita tak jadi pemaaf, hati tidak akan pernah tenang. Percayalah. Ada sahaja yang tidak kena. Seperti apa yang dikongsikan olhe Ju Wan, maaf itu adalah kuncin ketenangan.
Berapa ramai di antara kita yang pernah berdepan dengan situasi yang menyakitkan hingga tak boleh nak memaafkan? Mesti pernah kan, sebab manusia memang dilahirkan dengan perasaan. Kita memang akan rasa sedih, sakit, kecewa..
Dengan adanya perasaan ni, hati susah sangat nak memaafkan lagi lagi bila orang lain yang membuatkan kita sakit. Betul kan? Tapi kenapa susah kita nak memaafkan ni?
Ads
Betul, memaafkan tu memang susah bagi sesetengah orang. Bukan setakat itu je, ada yang sampai berdendam. Persoalannya sekarang, layak ke orang yang telah menyakitkan kita diberi peluang untuk dimaafkan?
Semua orang layak diberi peluang untuk berubah dan mungkin ramai yang tak sedar sebenarnya dengan kasih sayang, anda mempunyai kekuatan untuk memaafkan..
Percayalah,
Setiap kali kita memaafkan,
Kita menyembuhkan luka di dalam hati sendiri.
“Barangsiapa memaafkan kesalahan orang lain, Allah akan memaafkan kesalahannya kelak pada hari kiamat.” (HR Ahmad)
Kawal Kemarahan
Hati yang sakit ada ubatnya. Ubat dia adalah belajar berdamai dengan kesalahan dan kemarahan tu. Banyak kerugian yang akan terjadi bila anda gagal mengawal kemarahan.
Sebelum kita nak maafkan orang lain di sekeliling kita, kita kena belajar untuk memaafkan diri kita dulu kerana sejujurnya kita seorang yang lemah dan tak terlepas dari kesalahan.
Ads
The moment kita belajar untuk muhasabah diri yang kita juga manusia yang tak sempurna, masa tu jugak la sebenarnya masa yang terbaik untuk kita menyempurnakan satu sama lain dengan saling memaafkan.
Sebab menyayangi orang yang menyayangi kita itu perkara BIASA. Menyayangi orang yang baik itu BIASA. Tapi menyayangi orang yang menyakiti kita itu LUAR BIASA..
Mingguan Wanita : Sebelum tidur, maafkan semua orang dan diri kita juga. Moga hidup kita akan lebih diberkati.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Semasa bersih beras untuk memasak, apakah yang seirng mak-mak fikirkan. Mungkin ada yang fikir nak masak lauk apa dan tak kurang juga memikirkan sesuatu sama ada baju nak kena jemur dan sebagainya.
Mungkin juga ada mak-mak sibuk memikirkan tentang anak-anak atau pun pasangan itu sendiri, apa yang dibuat pada waktu ini dan fikirkan anak-anak yang semakin membesar dengan peel masing-masing yang tak pernah habis.
Sedangkan apa yang sering ustaz dan ulama pesan, cara yang paling mudah untuk lembutkan hati anak-anak dan ahli keluarga lain adalah membaca surah-surah tertentu semasa bersih beras.
Jangan ingat, dengan baca doa selepas solat atau semasa anak tidur sahaja sudah cukup nak lembutkan hati anak. Perkara yang senang, kita permudahkan. Cuma ambil masa beberapa minit sahaja dan lakukan semasa bersih beras untuk memasa, bacalah surah ini.
Tip yang paling mudah untuk diamalkan hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.
1.Semasa basuh beras, berselawatlah ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w
2. Bila masukkan air untuk disukat, bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Baca beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini bagi menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
‘Haram buat binaan atas kubur.’ Tak salah buat tanda tapi rujuklah dulu orang yang lebih arif tentang pembinaan kubur. Takut beriya-iya kita buat yang terbaik untuk arwah, akhirnya hukumnya jatuh haram pula.
Menjadi trend dan kebiasaan dalam masyarakat kita membuat binaan di atas kubur di tanah wakaf. Hendak buat binaan atas kubur ada cara dan garis panduannya, bukan ikut suka hati nampak cantik di mata saja.
Ikuti perkongsian Tuan Muharrik Daie dan hadam baik-baik perkongsiannya.
Haram Buat Binaan
“Ini kubur almarhum ayah anta?” Tanya aku pada Malik, noja masjid kampung aku.
“Haa ustaz.” Jawab Malik.
“Tak boleh macam ni.” Ujar aku.
“Kenapa ustaz?” Tanya nya kembali.
“Ada binaan atas ni. Disimen lagi. Haram hukumnya. Ini tanah wakaf.”
“Tidaklah. Ini kakak dan abang ipar saya buat. Katanya dah rujuk pada yang buat batu nisan tu, orang tu kata ok.” Malik menerangkan pada aku.
“Tak boleh ni. Binaan ini haram sebab ia tanah wakaf. Kalau tanah sendiri makruh. Kalau nak buat tanda boleh. Tapi buat kepok. Kalau kayu boleh buat kepok atau bingkai tapi kalau simen siapkan acuan batu serupa kepok kayu itu dekat luar dulu.
Dah siap bolehlah letakkan kepuk itu atas kubur. Bolehlah di tanam daun dulang yang hidup dan batu sungai diatasnya.
Kalau kayu boleh buat kepok atau bingkai tapi kalau simen siapkan acuan batu serupa kepok kayu itu dekat luar dulu.
Tak Salah Buat Tanda
“Tapi kalau orang dulu-dulu mereka buat tanda kubur atu kepok itu dengan kayu jati saja sebab kayu jati tu susah nak reput dan tidak dimakan anai-anai.”
“Dah tu macam mana ya ustaz?” Tanya Malik lagi.
“Macam inilah. Bincang dengan ahli keluarga. Suruh orang buat batu nisan tu pecah balik, kemudian buat macam yang saya cakap.”
Ramai tak cakna tentang pembinaan diatas kubur. Tak salah nak buat tanda tapi kena lah rujuk pada yang arif tentang pembinaan kubur ni.
Guru aku pernah ajar, kalau nak buat tanda pada kubur tak boleh terus simen atas kubur tu. Kena buat acuan macam kepok kayu kat luar dulu kemudian angkat dan letak atas kubur.
Itu pun tak boleh besar besar sebab tanah kubur bukan tanah milik peribadi, ia milik wakaf. Andai kubur dah tak cukup nanti, mayat boleh saja ditindan-tindan dan di kubur di atas mayat sebelumnya.
Kita tak boleh larang sebab ia tanah wakaf. Kalau zaman dulu, satu kubur tu ada dua tiga jenazah didalamnya.
Sekarang ini orang sudah buat ikut nombor dan batu. Dan tidak boleh di bina-bina lagi ikut suka. Ianya standard. Mungkin sudah ada fatwa dan arahan kerajaan.
Bila Tanah Tak Mencukupi
Tapi walaubagaimanapun jika ianya tanah wakaf, ia tetap boleh diroboh dan boleh ditindan-tindan oleh jenazah orang lain jika tanah perkuburan tidak mencukupi.
Mungkin kita lihat perkara ini kecil tapi disisi syarak ianya ada hukumnya.
Oleh itu kalau ada ahli keluarga kita yang meninggal, pastikan perkara ini kita tahu. Terutamanya dikampung-kampung yang masih lagi tiada sistem dalam pembinaan tanda kubur.
Memang yang ramai terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah pun memasuki fasa kedua. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan lebih-lebih lagi yang bergaji harian. Kesempitan hidup pasti dirasai, lebih-lebih lagi jika memiliki anak-anak yang sedang membesar.
Memang terasa peritnya dugaaan ini. Maka perlu persiapkan diri dari segi emosi mahupun kewangan. Berjimat cermat dari sekarang, utamakan yang benar-benar perlu.Akan datang mungkin ujiannya akan lebih sukar dan mencabar.
Entah sampai bila PKP ini akan berlanjutan. Ada ramalkan sehingga hujung April atau Mei. Ketika ini, kita semua sedang diuji dengan dugaan yang berat. Ada yang sudah hilang topeng dan terserlah keperibadian mereka sebenarnya.
1.Ramai Hilang Mata Pencarian
PKP ini menyebabkan ramai yang kehilangan mata pencarian. Kemampuan menjadi berkurangan, dan terhad. Pada waktu begini adakah kita mendesak-desak dan meminta-minta, atau kekal bersabar dan bersyukur?
2.Muhasabah Diri
Kedua, dalam keadaan serba kekurangan ini, adakah kita mengimbau tentang kesenangan kita pernah kecapi dulu, atau tersedar tentang kesusahan yang dialami oleh orang yang nasibnya kurang baik berbanding nasib kita.
3. Nilai Sikap
Ketiga, apabila terlihat ada pihak-pihak yang galak menghulurkan bantuan, adakah kita meluat dan menaruh sangka bahawa mereka adalah orang-orang riak, atau kita bersangka baik serta doakan kesejahteraan mereka.
4. Manfaat Masa
Keempat, dengan lebihan masa yang kita ada ini, adakah kita bazirkan dengan melakukan perkara yang sia-sia dan melekakan, atau dimanfaatkan untuk mempertingkatkan ilmu di dada serta mengasah kemahiran yang ada?
5. Persiapkan Diri
Keadaan yang kita alami ini mungkin akan berterusan sepanjang bulan Ramadan. Jadi persiapkan diri untuk harungi keadaan ini dengan tenang dan rasional kerana pada ketika itu mungkin ujiannya akan lebih sukar serta mencabar.
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Marilah Bersiapsiaga
MW: Maka dalam tempoh PKP ini bersiap sedialah kita menghadapi ujian berat ini dengan tenang dan penuh sabar.
Bapa pilu peluk jenazah anak perempuan, kereta menjunam ke gaung. Seorang bapa tidak mampu menahan tangisan kehilangan anak perempuan berusia lima tahun selepas kenderaan...