Setiap kali kita beli roti mesti akan tengok tarikh luput. Biasanya roti yang dibeli hanya bertahan seminggu saja. Sebab tu, kalau dah tamat tempoh jangan sayang nak buang. Kita tak tahu apa dah jadi pada roti tersebut.
Ada juga mak-mak yang jadikan roti hampir tarikh luput tu jadikan bahan makanan lain. Bukan apa, rasa membazir pula bila buang roti tersebut.
Jangan sayang nak buang roti yang dah nampak berkulat. Walaupun hanya sedikit dan buang pada bahagian berkulat itu saja, kita tak tahu ia boleh bahayakan kesihatan, lebih-lebih lagi kalau anak yang makan.
Inilah antar perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan dengan roti hampir berkulat ini. Jangan sayang nak buang ye.
“Sampai masuk hospital anak saya, doktor! 3 hari lembik, macam tuala buruk!”
Inilah yang terjadi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!
Ads
Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuil bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan.
Jangan buat macam tu.
Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Nampak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.
Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.
Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.
Ads
Jangan buat macam tu.
Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.
Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin (mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak.
Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.
Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.
Ads
Makanan sihat, adalah makanan yang selamat.
Mingguan Wanita : Selalunya tarikh luput yang diberikan itu adalah anggaran saja dan masih lagi boleh dimakan. Tapi kalau dah nampak berkulat, jangan sesekali pertaruhkan nyawa. Bahaya…
Agak-agak sudah berapa lama mak-mak tak bersihkan tilam. Jangan ingat hanya tukar cadar sudah cukup untuk nampak kebersihan pada tilam yang kita tidur setiap hari.
Bayangkan bila tukar cadar dan lihat berapa kotornya tilam yang kita baring selama ini. Sudah tentu dengan cara bersihkan tilan dengan semburan febreeze pun belum cukup untuk hapuskan kuman yang melekat.
Kalau nak jemur, mahunya sakit belakang nak angkat tilam yang berat itu. Atau mungkin biarkan saja, maklumlah tilam tebal kan.
Ada cara nak bersihkan tilam tanpa perlu jemur pun. Boleh ikuti cara Syuhaidah Asmaa Khalid ini. Hanya guna 3 bahan saja dan nak bersihkan pun bukannya tiap-tiap hari tapi 3-4 bulan sekali.
Tilam ini tempat kuman membiak dengan banyak. Malah, boleh dikatakan kita banyak habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam. Jadi, deep clean sangat diperlukan.
Kalau nak angkat tilam dan jemur memang tak larat. Lebih-lebih lagi tilam 12 inci. Boleh guna vara ini. Buatlah dalam 4 bulan sekali.
Caranya:
1. Vacuum tilam guna kepala vakum yg kecik muncung tirus tu (jangan guna yang vacum lantai)
2. Hilangkan stain kt tilam : terpulang la pakai cara apa pun..Cara saya lebih suka letak baking soda. Sembur dengan cuka dan biarkan seketika. Gosok dengan kain (boleh skip step ini kalau tilam tidak kotor. )
3. Tabur baking soda biarkan dalam 4-6 jam. Ini untuk pastikan bahan itu diserap.
4. Kemudian, vacum lebihan soda tadi.
5. Spray dengan dettol dan air.
6. Anginkan tilam dengna membuka tingkap.
7. Siap.
Mingguan Wanita : Senang sangat. Mungkin ada anak-anak demam dan tak sihat sebab tilam lama tak dibersihkan.
Kadang-kadang kita tidak menyangka bahan terpakai seperti tuala terpakai yang acapkali kita jadikan sebagai kain buruk dapat menjadi sesuatu yang bernilai. Bayangkan daripada sehelai tuala terpakai, dicelupkan di dalam simen serta dikeringkan. Cat mengikut kesukaan terus mampu menjadi pasu hiasan atau pasu tanaman.
Banyak masa terluang ketika PKP ini mungkin, mak ayah boleh mencuba diy yang dikonsgikan oleh Puan Hajah Rohida atau mesra dengan panggilan Cikgu Ida ini bersama keluarga tercinta:
JOM DIY GUBAHAN R&R PASU TUALA
Puan Hajah Rohida Hamzah merupakan Guru Akademik Subjek Seni Visual. Dia lebih dikenali dengan panggilan Jemariseni Cikgu Ida telah acap kali menjadi fasilitator beberapa penghasilan kraf dari bahan-bahan kitar semula terutama kepada ahli Kelab Pencinta Alam di luar Putrajaya.
Aktiviti kraf DIY ini telah dilaksanakan juga di sekolah terutama kepada ahli Kelab Pencinta Alam. Secara tidak langsung ianya dapat mengaplikasikan aktiviti 3R dalam kehidupan seharian iaitu menggunakan barangan terpakai sebagai bahan untuk dikitar semula dan menghasilkan sesuatu hasil yang sangat kreatif.
Dia menggunakan pasu DIY untuk jualan gubahan bunga yang telah sedia mendapat tempahan. Jom kita cuba buat sendiri Gubahan R&R Pasu Tuala yang ingin dikongsikan oleh Cikgu Ida, proses pembuatannya amat mudah dan murah.
Masa terluang terutama masa Perintah Kawalan Pergerakan dapat dimanfaatkan dengan hasilan kraf DIY bersama anak-anak.
ANGGARAN KOS
Bahan yang diperlukan amat murah dan mudah didapati. Kebetulan bahan telah disediakan sebelum PKP lagi.
Tuala terpakai digunakan sebagai bahan utama
Simen kelabu atau simen putih boleh dibeli di kedai hardware dengan harga lebih kurang RM 4 sekilo.
Cat atau aerosol spray berharga RM 6 hingga RM 8 ikut jenama dan warna yang dipilih.
Bunga orkid tiruan atau pokok hidup seperti kaktus dan lain-lain bahan gubahan.
PROSES:
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
Langkah 1:
Sediakan simen dan tuala mengikut saiz pasu yang dikehendaki. Tuala perlu dilembabkan.
Langkah 2:
Bancuh simen dengan kadar sukatan satu cawan simen dan setengah cawan air di dalam baldi atau besen.
Celupkan tuala ke dalam simen cair dan pastikan simen meliputi keseluruhan tuala.
Langkah 3:
Letak tuala tadi di atas acuan pasu mengikut saiz tuala iaitu seperti di atas cawan plastik untuk saiz kecil.
Jika mahu saiz besar acuan boleh menggunakan, pasu plastik, baldi dan sebagainya yang bersesuaian dengan saiz tuala.
Buat kemasan kedutan tuala dan akhir sekali biarkan seharian supaya tuala kering.
Langkah 4:
Setelah kering, pasu tuala disapu cat undercoat putih atau spray mengikut warna yang disukai.
Langkah 5:
Gubah hiasan sama ada menggunakan bunga plastik atau pokok hidup seperti kaktus.
INFO MENARIK
Bentuk pasu boleh dihasilkan mengikut kerativiti dengan menyediakan mold atau acuan seperti bentuk oval dari kertas keras.
Selain itu pasu DIY juga boleh digunakan untuk menanam pokok hidup seperti pandan, bawang dan lain-lain.
Hasil pasu DIY ini sebenarnya mampu menjana pendapatan bagi surirumah yang rajin menggubah bunga kerana dapat menjimatkan kos belian pasu malah hasil yang kreatif memang menarik minat penggemar gubahan hiasan.
MW: Rupa-rupanya tuala terpakai pun boleh dijadikan pasu hiasan atau pasu untuk menanam pokok tanaman. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kerja yang ramai mak-mak ‘bercinta’ nak buat bab lipat baju atau kain. Ada yang sanggup tunggu seminggu baru nak kumpul kekuatan mula melipat. Tapi, keseronokan itu datang bila mak-mak dapat lipat baju sama saiz, susun di rak pun kemas teratur.
Kongsi Rose Kamarina, “Cuti sambung lagi, jom lipat kain. Ni baru T-shirt Waiz, umur 6 tahun. Anak 4, campur umi abah.. fengsan nak perabih.”
Bagi ibu anak empat ini, Rose miliki skill lipat baju sama saiz. Kemas betul setiap satu baju yang bersusun di rak. Macam susunan kain dekat mall cantiknya. Rupanya ada rahsianya.
Dan, ini yang Rose buat sehingga dapat hasil lipatan yang kemas.
“Boleh pakai apa-apa sebagai ukuran.. buku, kad, kertas, kertas keras, kotak.. ikut suka nak saiz mana. Lapik dengan kertas A4 putih, lipat macam biasa.”
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...