Buat suami di luar sana, pertanyaan isteri sayang atau tidak padanya bukan hanya berlegar pada peringkat awal perkahwinan saja iya. Tetapi soalan ini akan diulang tanpa jemu oleh isteri bertahun-tahun lama.
Kenapa isteri bersikap begitu? Isteri ulang soalan “sayang saya tak?”, bukan tak percaya suami, tapi demi kepuasan perasaan si isteri.
Bayangkan bila suami menjawab yang semakin hari semakin sayang pada isteri, sudah tentu isteri senang hati dan bertambah bahagia. Betul tak?
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan ketahui apa sebab utama isteri suka sangat dengan soalan yang satu ini.
Isteri Tanya Suami Sayang Atau Tidak
“B, sayang umai tak?”
Entah berapa kali sepanjang 14 tahun bersama sebagai suami isteri, saya diajukan soalan begini.
Dan saya yakin soalan yang sama akan terus diajukan ke saya untuk 10, 20 tahun lagi atau selama hidup saya nanti.
Itulah watak isteri atau jiwa perempuan.
Bukan Tak Percaya, Tapi Demi Kepuasan Perasaan
Saya faham, bukan isteri ragu-ragu. Bukanlah mereka tak percaya. Atau tak juga sebab mereka menanti jawapan yang sebaliknya.
Isteri cuma mahukan kepuasan perasaan. Kata-kata cinta daripada seorang lelaki yang dia sendiri cintai.
Ads
Untuk kita yang lelaki, apakah jika ditanya berulang kali, kita akan berubah jawapan? Atau merasakan isteri dah tak percaya dengan kita?
“Kenapa tanya macam tu?”
“Nak saya jawab macam mana?”
“Tak percaya saya ke?”
Ini bukan skema jawapan yang isteri mahu. Kita tak perlu untuk lontarkan soalan semula atas soalan isteri.
Pada kita macam tak penting kan nak tanya soalan begitu? Iyalah kita dah tunjukkan usaha kita sebagai suami.
Kita sudah bekerja. Menghabis waktu seumur hidup kita demi dia dan anak-anak. Berpenat lelah keluar pagi, balik petang kadang malam asalkan ada nasi dan lauk terisi dalam pinggan makan keluarga setiap hari.
Kita juga layan setiap cerita dan adu isteri waktu dia lelah dengan dunia. Dia menangis juga kita selalu ada untuk kuatkan dia kembali.
Raikan hari lahir, buat kejutan, belanja makan. Cari masa bercuti, bergambar dengan dia ikut cara yang dia mahu.
Ads
Iya, semua itu kita buat. Tapi berselang hari akan ada juga soalan yang sama daripada isteri.
Sayang Saya Tak?
“Sayang saya tak?”
Inilah yang kita nak kena faham. Mereka cuma nak mendengarkan kata-kata cinta itu keluar sendiri dari mulut kita. Itu ketenangan dan penguat cinta buat isteri.
Maka, usah bosan untuk kita jawab dan balas soalan tadi. Dan percayalah, untuk entah berapa puluh tahun lagi ke depan, isteri akan tetap bertanyakan soalan yang sama ke kita.
Hingga kalau kita ditakdirkan pergi dulu pun, mereka akan tetap berbisik seolah bercakap rapat dengan kita;
“Sampai saat ini, awak masih sayangkan saya ke?”
Begitulah rumah tangga.
Firdaus Mokhtar, Mencintaimu, dalam kamu tahu atau tidak.
MW: Lumrah seorang isteri gemar tanya soalan yang sama walaupun sudah tahu jawapannya. Tetapi apa salahnya suami layankan saja pertanyaan isteri, tentu isteri berasa lebih bahagia serta disayangi.
Gajet sudah satu keperluan dalam kehidupan masa kini. Peredaran zaman yang pesat kini membentuk sebuah cara hidup yang berbeza dengan zaman yang lepas. Arus teknologi yang kian deras mengubah cara hidup kita. Jika dahulunya tatapan kita adalah material berbentuk kertas dan buku namun sekarang peralihan kepada tatapan skrin. Segala maklumat berada di hujung jari tanpa batasan masa.
Pemberian Gajet Pada Anak Perlu Dikawal
Hakikat ini jika tidak dapat dikawal, secara individu dikhuatiri membentuk sebuah gaya hidup yang kurang sihat dari sudut emosi. Oleh sebab, kehidupan dengan gajet ini sudah membentuk gaya hidup seseorang malah masyarakat, maka ia juga turut menjadi perkara yang lumrah di kalangan kanak-kanak.
Gajet dan kanak-kanak adalah perkara yang sinonim kini kerana ini adalah zaman mereka. Ikuti perkongsian daripada Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhamad, pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), juga salah seorang kolumnis di dalam Majalah MINGGUAN WANITA. FB:https://www.facebook.com/naznur.muhamad
Gajet Dan Anak Susah Nak Dipisahkan
Ibu bapa yang dihormati, oleh sebab itu pemisahan kanak-kanak dengan gajet sememangnya agak sukar tak kira anak remaja atau yang kecil. Ini kerana mereka hidup di dalam persekitaran yang menjadikan gajet sebagai salah satu daripada rutin kehidupan.
Bahkan, di rumah dan di mana-mana sahaja mereka berada, masyarakat sekeliling menggunakannya. Adalah menjadi lumrah jika mereka juga turut menunjukkan minat untuk memegang dan berinteraksi dengannya. Walau bagaimana pun, kanak-kanak terutamanya masih belum dapat membezakan antara perkara yang baik dan perkara yang perlu dielakkan. Jadi di sini peranan kita selaku ibu bapa perlu menjelaskannya kepada mereka.
Ini merupakan antara cabaran ibu bapa di abad 21 yang perlu dihadapi bukan dihindarkan, kerana anak-anak kita perlu juga didedahkan dengan gajet dan cara yang betul untuk berinteraksi dengannya.
Bahaya Guna Gajet Tanpa Pengawasan
Bagi saya, adalah lebih bahaya jika dia berkenalan dengan gajet secara sembunyi, tanpa pengawasan kita. Ini kerana, di dalamnya terdapat seribu satu kemudaratan jika tidak digunakan dengan tujuan dan cara yang baik. Jadi, anak-anak kita perlu tahu akibat dan implikasi negatif yang mungkin diperoleh sewaktu menggunakannya. Apatah lagi cara yang betul untuk berinteraksi dengannya.
Bayangkan sahaja, anak-anak kita berkenalan dengan gajet tanpa pengetahuan kita. Dia mungkin sahaja tenggelam dengan lambakan maklumat di dalamnya yang dia sendiri tidak tahu perkara tersebut baik atau tidak.
Apa laman web yang boleh dilihat, maklumat apa yang patut dihindarkan dan tidak perlu dilayari. Semua ini harus dipantau dan diberitahu secara jelas kerana anak-anak kita sangat baik persepsinya, dia mungkin sahaja akan percaya dan terpengaruh dengan segala maklumat yang dibaca atau ditonton.
Pembacaan, tontonan yang mempengaruhi emosinya akan juga mempengaruhi persepsinya terhadap diri dan kehidupan. Kepercayaan ini akan mempengaruhi tingkah lakunya. Lebih dikhuatiri, dia tidak dapat menceritakan hal tersebut kepada kita kerana takut akan dimarahi. Jadinya, kita tidak dapat memberitahunya apa yang betul dan apa yang seharusnya dihindarkan.
Memang Tak Salah Tapi…
Oleh yang demikian, tidak salah untuk memperkenalkan anak-anak dengan gajet kerana mereka hidup di dalam zaman yang sememangnya dipenuhi dengan gajet. Mereka harus tahu cara yang betul untuk berinteraksi dengannya.
Mungkin pada waktu ini, iaitu pada usia anak-anak kita yang masih kecil tumpuannya hanya pada permainan atas talian dan cerita kanak-kanak. Jadi, berikan dia panduan untuk memilih cerita yang baik dan permainan yang wajar. Kemudian berikan limit waktu. Setelah limit waktu tamat, ambil gajet tersebut daripada tangan anak dan komited dalam melakukannya.
Jangan Biar Terlalu Lama
Usah dibiarkan anak-anak terlalu lama dengan gajet. Mereka harus diberikan panduan, disiplin dalam berinteraksi dengannya. Mungkin sahaja mereka akan menangis dan memberontak apabila gajet itu diambil namun itu perkara biasa dalam proses mendidik dan mendisiplinkan anak.
Alihkan perhatiannya. Apabila perkara ini terbiasa dengannya. Dia akan faham bahawa dia hanya boleh menggunakannya pada had masa tertentu. Apabila dia makin dewasa, berikan panduan lebih jelas bagaimana berinteraksi dengan maklumat yang berada di dalamnya dan penggunaan media sosial yang baik. Insya-Allah panduan yang diberikan ini akan membantu mereka berinteraksi dengan dunia baru dengan baik.
Perasan tak, kawan kita yang hebat pernah jumpa sekarang adalah kawan yang dahulunya kelas tercorot. Sedangkan kita pula berjaya dalam pendidikan dan berpeluang mendapat pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang kita pilih.
Itulah bezanya hebat seseorang yang berusaha untuk menaikkan taraf hidupnya dengan orang yang hebat dalam ilmu pengetahuan dan kerja ‘makan gaji’. Mana satu yang kita inginkan?
Bukan tidak bersyukur tapi itulah hakikatnya. Rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah. Tidak pandai bukan kehidupan berakhir dengan kemiskinan, sebaliknya deangan usaha yang dia ada telah menjadikan dia seorang yang hebat.
Maah, hebat seseorang itu bukan sebab dia bijak atau pandai tetapi hebatnya seseorang itu bila dia pandai memilih hala tuju hidup.
Ikut iperkongsian daripada Siti Suryani Yaakop tentang apa yang dikatakan seseorang itu HEBAT.
Jadi Orang Besar
Dulu masa sekolah menengah kan, aku pernah jadi Ketua Pengawas. Lepas itu segala jenis benda aku nak masuk. Aktiflah sangat konon-kononnya.
Kawan aku pernah cakap, “Kau satu hari nanti, mesti jadi orang hebat. Orang besar”.
Ye. Betul.
Makbul doa kawan aku.
Memang aku jadi orang besar. Tapi yang besar tu cuma badan aku. Aku rasa dia tak habis cakap. Atau aku memang salah faham.
Hidup Hebat
Itu bab besar. Bab hebat pulak. Hebatkah? Apa hidup hebat bagi aku? Bebas, tenang, gembira. Bebas memilih jalan hidup aku tanpa perlu bersandar pada definisi kejayaan mengikut hala mata orang lain.
Aku ada kawan. Bujang. Hidupnya sibuk dengan kerja amal. Dia tak kisah cerita nak kahwin. Nak sedih belum kahwin. Nak kalut bergetar rusuk. Tidak. Dia mencari bahagia dengan mencipta jalan dan tujuan hidupnya sendiri. Buat kebajikan.
Aku juga ada lagi satu kawan. Masa tengah sambung belajar, dia diuji dengan masalah ibu yang sakit. Komitmennya bertambah. Masa, tenaga, duit. Dia memilih ibu. Akhirnya dia berhenti belajar. Duit bulanan dia tambah bayar pada jururawat khas untuk jaga ibu dia waktu dia bekerja.
Ada kawan yang jadi pelajar terbaik masa di Uni dulu. Bijak. Cantik. Kemas. Disiplin. Tapi, dia tidak memilih ke mana-mana dengan kehebatan dia. Dia tekad memilih menjadi ibu sepenuh masa.
Aku melihat orang yang mampu untuk berada di puncak tapi meninggalkan semuanya kerana punya komitmen dan ujian tanpa disangka.
Dan aku lihat juga orang yang mampu berjaya sebenarnya kalau dia usaha. Tapi dia sendiri tak mahu. Bukan kerana malas usaha, tapi kerana hala tujunya telah berbeza. Haluan hidupnya beralih fasa. Dia memandang hidup dan berjaya dari definisi berbeza dari pandangan kita.
Sedar Diri
Sebab itu kadang-kadang bila nak bagi motivasi pada orang lain, sedarlah.
Jangan sampai nasihat jadi hinaan dan jangan sampai dorongan jadi kutukan.
Jangan sampai suruhan jadi desakan.
Kita tak tahu apa masalah orang lain yang menghalang dia berjaya dengan definisi sempit kejayaan di mata kita.
Atau memangnya apa pandangan dia mengenai hidup yang tak meletakkan dia di tempat yang sama seperti kita.
Jangan sombong bila Allah menguji kita di tempat kita.
Tidaklah menjadi lebih tingginya kedudukan kita dengan memandang rendah pada orang lain yang tidak berdiri serupa.
Kita fikir kita siapa?
MW: Kita jangan pandang rendah pada orang bawah sebab kita tidak tahu dia lebih baik daripada kita nanti.
Begitulah hakikatnya. Kadang-kadang isteri rela atau lebih memilih berdoa pada Allah daripada bergaduh dengan suami, walaupun mereka sedar sedang ditipu suami.
Kadangkala disebabkan malas berbalah dengan pasangan, mak-mak rela diamkan diri dan tak ambil pusing. Takut apabila diluahkan keadaan menjadi makin sulit seterusnya bermasam muka. Betul tak?
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang membuatkan seorang isteri bertindak sebegini:
Walaupun Sedar Ditipu Suami
Isteri tahu suami tipu dia…
Tapi dia buat-buat tak tahu disebabkan dia tak nak bergaduh atau bermasam muka…
Suami balik rumah, suami sembang dengan dia, dia sambut dengan senyuman dan dia layan macam biasa…
Boleh saja dia terus serang, boleh saja dia buat muka dan tak bercakap berhari-hari…
Tapi itu tidak akan membuatkan suami sedar apa yang dia buat… Isteri mahu suami mengaku sendiri daripada isteri itu beritahu kesalahan dan kesilapan suami… Bila isteri yang beritahu, belum tentu suami hendak mengaku atau admit…
Suami akan berdalih, suami akan bagi alasan, dan worse part is suami salahkan balik isteri sebab check apa yang dia buat, ke mana dia pergi, dengan siapa dia bergaul dan sebagainya…
Isteri ini dia hendak hidup yang tenang…
Kadang-kadang Isteri Memilih Berdoa Pada Allah
Dia ada banyak urusan lagi yang dia perlu lakukan… Dia ada banyak benda lagi yang dia hendak fikirkan… Sebab itu bagi isteri, jalan dan langkah yang terbaikialah berdoa kepada Allah SWT.
Biar Allah SWT yang buat suami mengaku… Biar Allah SWT yang buat suami sedar…
Dan biar Allah SWT yang detikkan hati suami untuk berterus terang dan jujur…
Dia tahu doa itu adalah senjata seorang isteri… Dia memilih untuk berdoa daripada bergaduh walaupun dia sedar dia sedang ditipu suami sendiri…
Mingguan Wanita : Selagi mampu isteri akan memendam perasaan, namun jangan amnil kesempatan di atas sikap isteri yang satu ini. Jangan biarkan terlalu lama hingga membuatkan isteri tawar hati dengan sikap suami.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Lavender bakery akui tiada sijil halal tapi guna bahan halal & patuh standart HACCP. Baru-baru ini, Lavender Bakery tampil memberikan penjelasan rasmi susulan dakwaan...