Ramai ibu, bapa sedar tentang bahaya gajet. Tetapi masih ramai lagi yang leka. Setengahnya akibat terlalu sibuk dengan urusan dunia, mak dan ayah terpaksa kenalkan anak-anak dengan gajet. Sebagai pengganti diri mereka yang sentiasa sibuk.

Nampak mudah dan membantu sangat. Namun tahukah mak, ayah ini bukanlah solusi terbaik dalam menenangkan serta mententeramkan anak-anak.

Banyak cara lain dan jangan biarkan anak mak, ayah bergantung dengan gajet, kesannya sangat buruk hingga anak tak pandai bergaul. Malah setengah anak-anak langsung tak pandai berkomunikasi.

Ambil iktibar daripada perkongsian Diana Md Noor ini :

Hari ni saya nak cerita tentang kebimbangan saya sebagai seorang ibu. Kebimbangan terhadap gadget and screen time anak-anak. Seriously saya bimbang tengok parents yang beri anak-anak gadget setiap masa.

Saya punya bimbang sampai tak boleh cover. Bila makan dengan husband, saya mesti akan cuit husband saya, “tengok tu, orang tu bagi anak dia layan iPad, sampai ke sudah budak itu tak makan, makan berapa sudu saja, mata tengok iPad. Dipimpin ke tempat basuh tangan macam orang buta, tangan sebelah masih pegang iPad. Ya Allah parents, sedarlah… taubatlah.

Pengakuan Sendiri

Okay sekarang saya nak buat pengakuan. Ini kisah saya sendiri, kisah anak sulung kesayangan kami, Farish.

Farish ini daripada lepas pantang dia dah layan gadget. Gilakan mak dia? Ye… sebab kobodohan mak dia. First time parents. Saya kerja di Shah Alam, dari rumah ambil masa kadang-kadang sejam lebih nak sampai office bila jem.

Begitu juga dengan balik kerja. So dia ni kalau dalam kereta, hari gelap sahaja menangis macam nak terkeluar anak tekak. Saya pula bila anak meraung macam itu, macam orang gila driving.

IKLAN

Akhirnya kami dapat satu solution. Pasang tablet. Betul… memang selesai masalah. Bayangkan baby umur tiga bulan layan tablet dalam kereta. Ibu pun memandu dengan selesa. Tapi penangan tablet ini memang power. Farish boleh mengenal huruf pada usia satu tahun. Kenal shape and banyak benda.

Tunjuk apa saja, dia boleh jawab dan semuanya dalam bahasa Inggeris. Ya, in English. Balik kampung bersorak nenek dan sedara-sedara. Kagum, Farish budak bijak katanya. Ibu ayah kembang sekejap.

Gajet Bukan Pengganti Mak, Ayah, Kesannya Anak Tak Pandai Bergaul & Komunikasi
Bahaya gajet memang sukat dijangka, dari mata kasar nampak anak macam normal.

Mula Nampak Kesan Negatif

Tetapi bila tiba dekat nenek dia yang sebelah ibu, ibu kene bebel. “Apasal anak kau ni tak boleh bercakap macam orang lain? Budak lain setahun dua sudah bercakap ini. Ini balik-balik YouTube… YouTube..” Saya ambil enteng apa yang mak saya bebelkan.

“Mak nak cakap dengan dia pun susah. Dah macam anak mat saleh”. Dalam hati, “Eleh nanti pandailah, budak lelaki memang slow sikit”. Masuk umur tiga tahun kami sedar yang Farish sudah pandai membaca. Wah, laju gila. Ok saya masih leka lagi. Terasa happy, umur tiga tahun sudah pandai membaca. Tetapi pelik dia membaca, Jalan Jalan Cari Makan, bertukar menjadi ‘Jalan Jalan Kari Makan’. Memang pelik. Semua di Englishkannya.

IKLAN

Masuk empat tahun saya sedar something. Farish tak pandai bergaul. Ajak main kat luar, tak nak. Kalau nak pun sambil tarik tangan saya. Nak berteman. Ditakdirkan saya berhenti kerja sebab katanya nak fokus dengan family and mula buat bisnes. Saya hantar pada pengasuh yang baru. Pengasuh baru tegur saya elok-elok. Based on pengalaman dia yang pernah menjaga anak-anak autism. Cuba tengok-tengokkan. Dia takut anak saya mile autism. Sebab behavior dia ada 1-2 perkara sama macam autism kids yang pernah dia jaga. Lebih-lebih lagi part yang English pronunciation berhabuk itu.

Baru teringat, pengasuh lama ada beritahu dia memang tak nak bergaul dengan budak-budak lain. Saya ingat dia manja. Saya terus bawa ke OT and Speach Therapist di Hospital Sungai Buloh. Sempat layan beberapa sesi alhamdulillah ok dia bukan autism. Cuma masalah sensory. Masalah lah juga tu, perlu diperbaiki. Macam tak nak pijak rumput, tak nak buka selipar (Kita ingat anak kita penggeli or pembersih, jangan nak perasan), tak boleh tolarate dengan bunyi yang kuat, menangis kerasukan bila nak gunting rambut.

Kami syak masalah communication. Sebab itu pergaulan dia terbatas. Tak mampu nak communicate dengan kawan-kawan sewaktu bermain sebab limitations. Alhamdulillah masa di tadika dia dah mula bergaul, bermain, banyak perkataan baru and ayat baru dia bawa balik. Yang penting mostly dalam bahasa melayu. Bahasa budak-budak.

Banyak masalah anak-anak yang kurang berkomunikasi ni. Nak ajar ke toilet pun susah. Sebab dia tak bercakap. Farish free diaper pada usia 5 tahun. Sangat lambat, diaper pun takde size dah. Dah la badan dia besar. Bila nak express his feelings, dia akan terkinja-kinja, confuse kami. Nak terkencing ke apa, rupanya happy sampai terkinja-kinja. Kesian dia. Selalu kena marah sebab nak buat apa-apa tak beritahu. Buka fridge tuang air sendiri sampai tumpah satu jug, ambil barang tempat tinggi tak beritahu sampai jatuh semua. Kena marah, sebab tak beritahu… seriously kadang-kadang kami kesian sebab termarah dia.

Gajet Bukan Pengganti Mak, Ayah, Kesannya Anak Tak Pandai Bergaul & Komunikasi
Farish bersama teachernya di tadika.

Hadkan & Rampas Handphone

IKLAN

Sejak dari itu kami rampas handphone, simpan remote (kadang2 terbabas juga). Kami hadkan screen time dia. Teringat masa ambil dia di tadika, ada parents yang tegur saya tanya anak dah pandai membaca ke belum, saya balas.., alhamdulillah sudah. Dalam hati saya tuhan saja yang tahu, saya bukan hantar anak saya ke sekolah untuk dia pandai membaca semata-mata. Misi saya hantar dia ke sekolah pada usia 4 tahun ini sebab nak dia pandai berkomunikasi, develop social skills and etc yang saya tak mampu nak buat untuk dia. Alhamdulillah he is getting better, walaupun boleh nampak minat dia tak macam anak-anak seusia dia. Kadang-kadang too advance sampai kami naik bimbang. Takut itu bukan yang sepatutnya.

Satu lagi obses pada gadget ni anak-anak ada masalah fokus. Menulis, mewarna, tak sampai berapa minit sudah bosan. Risau sungguh. Kita cakap apa-apa dia tak fokus, kena jerkah baru menjawab.

Now dia tengah obses dengan solar system, and human anatomy. Which kadang-kadang saya tak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan. Tanyalah pasal any planet and sifat-sifat planet tu, sampai ke dwaf planet, komet semua dia boleh jelaskan. Ye lah mak dia kacukan jawa, cakap melayu all the time. Tak terikut dengan conversation dia. Tahun depan sudah darjah 1, saya bimbang dia tak mampu susun ayat, buat karangan bahasa melayu, nak hantar international School memang tidak lah. Belum mampu.

Sebagai ibu yang sudah bertaubat dari memberi anak-anak gadget, ini saranan saya :
1. Jangan berikan anak gadget pada usia yang terlalu muda. Macam saya yang gila bagi anak lepas pantang tengok phone.
2. Jangan beri alasan yang gadget boleh mendiamkan dan menenteramkan anak-anak.
3. Kawal screen time anak-anak baik gadget dan TV.
4. Banyakkan bercakap dan roll play dengan anak. Bila bermain, main sama-sama dengan mereka.
5. Banyakkan bercakap dan sebaiknya kurangakan bertanya soalan. Bila bercakap dan berbual, banyakkan sentuhan, memek muka dan intonasi yang over.
6. Selalu buat bedtime story. And ada sesi review and sinopsis by anak-anak.

Gajet Bukan Pengganti Mak, Ayah, Kesannya Anak Tak Pandai Bergaul & Komunikasi
Farish dan adiknya.

InsyaAllah berhasil. Saya yakin ramai parents macam saya. Terbabas atau kurang kesedaran. Buktinya, terlalu banyak pusat terapi kanak-kanak muncul bagaikan cendawan. Terlalu ramai Occupational Therapist and Speech and Language Theraphist diperlukan. Dan jumlah permintaan terhadap ini semakin meningkat. Sebab apa? Sebab ada demand yang melambung hasil dari kebodohan ibu bapa macam saya.

MW: Oleh itu wahai mak, ayah sedarlah bahawa penggunaan gajet banyak membawa petaka daripada kebaikan. Jika terpaksa sekali pun , cuba kawal dan jangan biarkan anak-anak bergantung dengan gajet.

Sumber: Diana Md Noor

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI