Sekarang ini, kehendak sudah menjadi satu keperluan dalam hidup. Malah, tidak dinafikan apa saja yang terlintas di hati atau berkenan, mesti akan cuba dapatkan. Kalau tak dapat inilah yang akan bermain di fikiran setiap hari.

Bila kehendak tidak diperolehi, kita pastinya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan sampai ada yang sanggup berhutang. Seolah-olah barang yang kita inginkan itu adalah satu keperluan.

Namun, ada yang beranggapan kehendak itu jugalah satu keperluan. Tanpanya, mungkin kita sukar untuk lakukan tugas atau kerja. Contohnya, kenderaan (kereta), tidak salah untuk enaiki kenderaan awam tapi bagaimana pula bila sudh berkeluarga.

Kehendak inilah menjai satu keperluan bagi sesebuah keluarga. Hutang tetap berhutang untuk teruskan hidup. Tapi, janganlah berhutang hanya semata-mata untuk menunjuk. Itu salah.

Apa yang lebih penting, biarlah hidup sederhana asalkan bebas hutang seperti yang dikongsikan oleh June Melur, ada benarnya dan berkait rapat dengan kita.

Baca Artikel Menarik Di Sini: MEMINJAM DUIT, Jangan Sampai Orang Mengemis Duit Sendiri, Bayarlah Hutang!

Suami Isteri Sanggup Berhutang Sebab Nak Hidup Senang, Bersyukurlah Apa Yang Ada!

Info Lebih menarik DI SINI

Hutang Pun Satu Keperluan

Perjuangan nak bebas hutang ni bukan mudah. Nak kena ikat perut, kurang shopping, jarang beli pakaian kasut baru. Mungkin tak dapatlah nak selalu travel cuti sana sini seperti orang lain.

Namun percayalah!

Jika dapat tutup satu hutang hari ni, rasa lega sangat. Cubalah.

Kehidupan zaman moden sekarang, kumpul hutang ratus ribu dah jadi adat, satu budaya. Ia sudah jadi biasa normal dah macam satu keperluan terutamanya orang yang tinggal di bandar.

IKLAN

Terlalu banyak yang kita mahukan perlukan dalam hidup. Ini contoh biasa yang berlaku dalam hidup kita.

 

  1. Rumah nak kena ada astrok, penapis air dan udara, internet wifi. Ini semua nak kena bayar bulan-bulan.
  1. Kereta tak cukup 1, kena beli satu lagi untuk pasangan sebab pergi kerja lokasi berbeza.
  1. Dah ada rumah sendiri, nak kena renovate lawa-lawa habis sampai puluh ribu. Duit takde, ambil Personal Loan khas untuk renovate rumah. Kekadang renovate 50K, ambil PL 80K. So ada extra 30K untuk joli-joli sikit.
  1. Selepas itu, kita ni ada habit nak add on itu ini dalam life supaya hidup tu ceria sikit. Contoh nak kena ada kad starbuck, eo diffusser, microwave dishwasher, cadar baru, nak carpet kat kaki katil dan dapur dan macam-macam nak deco yang tengah viral, tudung saji viral, periuk viral, vacuum viral.
  1. Kita juga ada hobi mahal. Contoh suka kumpul tuppwerware, alat makeup sampai penuh drawer, minyak wangi dari pelbagai top brand, jam tangan, koleksi tudung 20 warna, barang kemas. Kalau orang lelaki hobi mahal mereka kumpul basikal, helmet motor.
  1. Selepas itu, kita ada item based on event. Contoh kasut formal pergi kerja, outing santai, kasut sukan, pergi majlis keramaian, kasut jenis sneaker lembut untuk jalan lama, selipar gi pasar. Baju lagi lah, baju gi kerja, kenduri, baju outing, sukan dan baju matching satu keluarga serta baju keluar nak beli goreng pisang.

 

Penat kan?

 

Mingguan Wanita : Mungkin ini sebahagiannya. Walau apapun, kena berpada. Tak perlu beria sangat. Ukur baju di badan sendiri.

 

Sumber: June Melur

IKLAN

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

IKLAN

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

#bangkitwanita

#langkahyakinlakarkejayaan

#bisnesdarirumah

#mingguanwanita

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI